Bab 6

385 48 14
                                    

𝑳𝒖𝒌𝒂 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊, 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒖 𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊 𝒎𝒂𝒕𝒊

MIKA menutup fail kesihatan pesakit yang dia periksa sebentar tadi sebelum pandangannya tertumpu pada sesusuk tubuh wanita yang kini berdiri di hadapan Mika.

Wanita yang lengkap memakai baju seragam jururawat itu hanya tersenyum kecil kepada Mika.

"Maaflah, kalau saya kacau awak. Saya tunggu dekat luar, eh." ujar Zahira. Rasa segan pula bila dia datang masa Mika tengah sibuk.

"No, it's okey. Saya cuma check rekod kesihatan pesakit saya je," jawab Mika.

Zahira senyum lagi. "Awak free tak? Kalau nak... jomlah lunch sama-sama. Saya belanja." pelawa Zahira. Berharap agar Mika menerima tawaran itu.

"Awak ni macam tahu-tahu je saya belum makan. Kan? Tak apa, biar saya belanja. Lagipula sekarang saya free. Awak nak makan dekat mana?" ujar Mika.

Dalam hati Zahira sudah bersorak riang, tak sangka pujaan hatinya menerima pelawaan itu.

"Up to you, saya ikut je." balas Zahira.

"Aikk? Saya pula yang kena. Saya ikut awak je nak makan kat mana. Saya jarang makan kat luar so saya tak tau tempat-tempat yang menarik," jelas Mika lalu bangun dan menanggalkan kot putih yang tersarung pada tubuhnya.

"Kalau macam tu, serahkan pada saya." tambah Zahira sambil tersenyum lebar.

--------------------------

KELAS bersurai lebih awal dari jangkaan Dian. Sesudah dia mengisi buku nota ke dalam beg galas. Dian lalu mengambil iphone dan berjalan keluar dari bilik kelas. Aplikasi WhatsApp di buka. Nama Anak pungut tepi jalan ditekan olehnya.

Last seen today at 13.23

Typing....

"Kau kat mana? Jangan gerak dulu." -Dian

"Weyh Dian, asal minah acah cantik ni cakap aku girlfriend kau erk? Mata dia buta sebelah ke apa?" - Anak pungut tepi jalan.


"Minah acah cantik? Siapa? Nayra?" - Dian

"Siapa lagi kalau bukan girlfriend kau. Aku cadangkan better kau tukar Dian. Minah acah cantik tu tak padan langsung dengan test kau." - Anak pungut tepi jalan.

"Jangan layan dia Izyan, biar je. Nayra memang macam tu." - Dian

"Kau suruh jangan layan pastu biarkan dia serang aku? wahh... aku bangga ada abang macam kau." - Anak pungut tepi jalan

Last seen at 13.25

Dian lupa. Dian lupa kerana membiarkan Izyan sendiri, entah apa yang Izyan lakukan sepanjang Dian tiada.

"Dian!" panggil gadis yang berkaca mata. Dian menoleh ke belakang.

"Tu... tunggu. Jangan pergi dulu." ujar Farah setelah dia tiba di hadapan Dian.

Nafas ditarik secara perlahan sebelum di hembus. Farah mengeluarkan iphone dari beg tangannya kemudian membuka video yang dirakam oleh Gina. iPhone diserahkan pada Dian.

𝐇𝐀𝐍𝐒𝐄𝐋 𝐃𝐘𝐀𝐙𝐄𝐋𝐋𝐎 [C]Where stories live. Discover now