Zuhal Emeer : I

181 7 0
                                    

Tolonglah, aku serabut sangat.

"Entah anak penagih mana kau bawak jalan tadi. Buat malu aku! And kenapa tak dapat aliran sains? Aku dah tengok keputusan kau, menjunam macam otak kau!"

Aku berdiam diri. Belum sampai masa lagi untuk gunung berapi meletus.

"Disappointed gila aku rasa bila nampak result kau! Lepas exam pertengahan tahun sekolah ni, kau pindah. Aku tahu macam mana nak bagi kau masuk aliran tu." Bonda sambung.

Pandangan maha tajam aku berikan kepada Bonda. Punggung yang elok labuh di sofa terus aku bingkas bangun.

"Whatever, Datin. I'm done and thanks bagi tazkirah free for me." Belum sempat aku berlalu dari ruang tamu, sempat Bonda dapatkan pergelangan tangan aku.

"Zuhal Emeer, aku tak pernah ajar kau kurang ajar."

"But you just did. A second ago. I've learned it from you, Datin Nafisah!"

Pang! Tak, bukan bunyi kuali macam dekat kedai makan mamak tapi tamparan yang kuat hinggap melekat di pipi aku. Wow! Aku baru saja dapat natural blush dekat pipi belah kiri. Nice.

"You're grounded. Ni semua mesti anak penagih dadah tu ajar kau kurang adab macam ni."

Aku menjeling sambil menyambung, "Like I said, it is from you. Zuhal tak tahu macam mana kakak abang boleh hadap this attitude. Patut diorang ambil rawatan daripada personal therapist."

"Diorang stres belajar! Jangan buat cerita macam-macam."

Sebenarnya banyak lagi yang dia bebelkan, tapi aku malas layan. Terus aku naik masuk bilik. Aku rasa katil empuk ni dah memanggil sebab rindu sangat tuannya.

Ada juga aku terfikir, entah bagaimana hidup kakak dan abang aku sekarang. Bukannya malas ambil tahu, tapi bila aku cuba contact mesti tak balas mesej atau angkat call. Busy kerja mungkin.

"Alololo my Baby Shark ni! Your daddy melayan orang tua gila tadi. Tak sempat nak jumpa you." Aku peluk bantal busuk yang berupa shark. Aku terjumpa di Kaison, terus bawa ke cashier.

"Oh ye katilku, jangan merajuk. I pun rindu you juga, jom tidur!" Rasa ingin melihat jam dinding membuak-buak, terus aku pandang. Bagus, pukul 5 petang. Solat Asar pun entah ke mana.

Aku sebek. Hancur punah niat aku nak lelapkan mata sekejap. Tak apa lah, see you guys tonight.

PEJAM celik, aku dekat dalam kereta. Boleh tahan juga result exam pertengahan tahun aku, tapi orang tua ni tetap nak aku ambil aliran lain. Katanya, "Sekolah baru tu nanti tempat Aunty Afana kau kerja. Dia akan tolong campak kau masuk dalam aliran sains. You better study hard and jangan buat orang sekeliling suspicious."

Aku buat muka toya, malas layan. Banyak cekadak pula. Pandai-pandai aku la hadap benda tu nanti, bukannya dia pun. Bawa kereta besar-besar turun Johor, bukannya ada satu kampung nak ikut pindah. Dua ketul kepala je ada dalam kereta ni.

Brek tangan ditarik, asap ekzos kereta juga masih lagi berkepul di belakang. Rupanya dah sampai ke destinasi yang ditujui. Rumah Aunty Afana. Masa untuk talam dua muka lah kau, Zuhal.

"Alhamdulillah, sampai pun!" Aunty Afana sikit sahaja lagi ingin peluk aku...mungkin? Nasib Bonda dah tahan dulu.

"Aku tak ada masa. Settle ke belum benda yang kita bincang dekat chat?" Bonda terus tarik Aunty Afana masuk ke dalam rumah.

Ceh, dah bincang tepi rupanya. Rasa macam masa depan aku ni tergantung dekat diorang pula. Aku rasa sekarang mungkin diorang dah mengopi dekat ruang tamu sambil mengumpat pasal aku nak masuk sekolah baru. After that, aku kena sambung bebel lagi dengan Bonda dan hadap beberapa hal untuk duduk dalam rumah yang gah ni.

C | Destined For HerWhere stories live. Discover now