Dan aku hilang hilang ~
Dari cintamu dari hidupmu ~
Dari segala-galanya ~
Dari cintamu dari hidupmu ~
Dari segala-galanya ~Pagi buta macam ni dah ada orang telefon? Aku rasa alarm pun belum keluarkan lagi bunyi ayam berkokok, tapi kenapa lagu Najwa Latif yang berkumandang dulu?
9.30a.m.
Astaghfirullahalazim, Teja Dahlia! Siapa suruh kau lelapkan mata lepas solat subuh? Padan muka, diri sendiri!
Segera aku angkat panggilan, entah siapa yang telefon aku main sambar saja. Kalau scammer pun, aku sanggup ucap terima kasih sebab tolong kejutkan. Teja, kau dah 18 kot?
"Sedap tidur? Aku spam chat nak dekat 300 aku rasa. Tidur mati, ke?" Lesya merupakan Wonder Woman aku untuk pagi yang indah ini. Tak indah sangat, aku rasa aku lupa sesuatu...
"Kau nak ambil result SPM ke tidak, Teja Dahlia!" Aku tersentak dalam mamai nafsu ingin tidur lagi. Boleh bawa mengucap sebenarnya, macam mana boleh lupa yang aku ada hal penting! "Terima kasih sangat kawanku Lesya. Aku nak bersiap!"
Tut! Telefon terus aku campak entah landing dekat atas katil mahu pun meja kecil tepi itu aku tak endah. Aku hanya ada masa 30 minit untuk sampai ke sekolah dan ambil slip keputusan. Sempat juga aku berdoa panjang diminta dapat keputusan yang cemerlang.
"Ya Allah, harap aku dapat banggakan ibu ayah kali ni. Aamiin." Habis saja doa dibaca, tuala di belakang pintu bilik terus aku capai. Kaki kiri laju berdesup masuk ke dalam tandas. Air sejuk pun jadi lah!
Naik serabut kepala otak aku sekarang. Cukuplah tadi hanger tersangkut antara hanger yang lain, kunci kereta hilang dan depan pagar rumah ada banyak sampah yang bersepah entah siapa punya kerja - aku salahkan monyet dekat kawasan tu. Kali ni, jalan jem pula?
9.53a.m.
Aku capai telefon di kerusi penumpang sebelah, nombor Lesya aku cari satu per satu. Jumpa! Punya susah nak mencari, satu hal pula nak kawal stereng kereta. "Lesya, result memang keluar tepat pukul 10 ke macam mana? Aku lambat ni, jalan jem teruk pula."
Kedengaran talian di hujung sana pun agak meriah, Lesya dah sampai rasanya. "Lambat sikit pun tak apa. Tapi pukul 10 sengah ada penyampaian anugerah untuk student yang dapat straight A." Sementara Lesya bercakap, aku ambil ruang sikit untuk masuk ke lorong sebelah.
"OK. By the way, parents aku tak dapat datang sebab ayah aku sakit. Ibu aku risau pula, tu aku sorang datang."
"Allahu Akbar, semoga dipermudahkan urusan lah. Tak apa aku dengan parents aku teman kau." Panggilan dimatikan.
Terima kasih, Lesya. Walaupun ayat ni aku tak ucap depan kau, tapi aku sungguh maksudkan.
TEJA Dahlia Binti Ahmad Nuh.
Aku terkesima sekejap. Hah? Aku? Aku baru sampai kot?
"Teja, tahniah! Cepat lah naik pentas!" Lesya berkali-kali tepuk bahu aku. Bergoncang juga lah badan aku. "Tahniah kerana berjaya mendapat 9A+!" Sekali lagi suara pengacara majlis yang bertugas bergema.
Alhamdulillah! Aku berlari-lari anak naik ke atas pentas. Sempat juga aku menjeling Lesya dan mama papa dia ambil gambar aku. Rasa sebak pula. Sekejap, siapa potong bawang ni? Habis jatuh satu dua titik air mata aku.
Sambil turun tangga pentas, aku melihat slip a4 berwarna merah yang sudah di laminate. Terpampang jelas "9A+" bersama dakwat hitam. Aku berjaya capai target result, ya Allah! Aku dapat banggakan ibu ayah!
YOU ARE READING
C | Destined For Her
Romance✧ Destined For Her | Ditakdirkan Untuk Dia ✧ Fua'd = Teja. Kehidupan mereka seperti y dan x yang saling memerlukan. Bagaimana pula dengan pertemuan mereka? Tidak dianggap asing. Cukup berkenalan sebegitu semasa di alam persekolahan. "Dah tu kalau ak...