"Bunga, cepatlah!"
Gadis genit yang membawa beg sandang berpaling ke belakang mengamit Bunga yang berhenti mengikat tali kasut.
"Sekejap. Dah nak siap" Setelah itu dia berdiri tegak dan berlari anak menghampiri kawannya.
Mereka baru sahaja melangkah keluar dari pagar sekolah. Kawasan sekitar kelihatan sunyi. Manakan tidak, hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan SPM. Hari yang dinanti-nantikan sebelum mula melangkah ke dunia yang lebih mencabar.
Bunga melilaukan pandangan ke sekeliling. Firasat hatinya berkata aneh.
"Aku rasa tak sedap hatilah, Rina..." Bunga berkata perlahan tetapi masih boleh didengari. Jantungnya berdegup kencang sedari tadi lagi.
"Kenapa? Kau takut lepas ni dah tak boleh jumpa aku?" Lancang Arina bertanya. Bunga menjeling Arina tajam sebelum mengeluh panjang.
Baru sahaja Bunga hendak membidas, tiba-tiba ada sebuah van putih berhenti di hadapan mereka. Dua orang lelaki bertopeng keluar seraya menghunuskan pisau.
"Allah!" Bunga dan Arina terduduk di atas jalan. Terkejut dan ketakutan.
"Yang mana satu ni?" Lelaki bertopeng yang menghunus pisau itu memandang Bunga dan Arina silih berganti.
"Bawak je semua. Yang sorang tu kita buat lauk," kata lelaki bertopeng yang sedikit berisi.
Arina memandang Bunga. Wajahnya sudah basah dengan air mata manakala Bunga memandang dua penculik itu tajam. Arina dibawa ke dalam pelukannya erat.
"Siapa korang?" Keras suara Bunga.
Buk!
Tanpa aba-aba, kepala Bunga terus diterajang. Efek gegaran yang kuat menyebabkan Bunga terus rebah.
"Bunga!" Semakin laju air mata Arina mengalir.
Dia takut!
"Nampak macam nak melawan sangat kan." Sekali lagi kepala Bunga disepak.
"Tolong... jangan apa-apakan kami. Kami budak lagi..." Arina cuba meraih simpati. Malangnya rayuannya tidak dipedulikan. Mereka ditarik kasar oleh penculik yang berisi itu lalu terus dihumban ke dalam van.
"Tolong!"
"Diam!" Penampar terus dilayangkan ke pipi bersih Arina. Akhirnya Arina terkulai layu.
"Abang..."
Bunga membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya berdenyut kuat. Tubuhnya juga kesejukan dan menggigil.
Matanya dililaukan ke sekeliling. Serta-merta riak wajahnya berubah cemas.
Tempat ini gelap dan sempit. Dia tidak tahu dia berada di mana. Apa yang dia tahu, separuh tubuhnya sudah terendam di dalam air. Paling menakutkan, paras air semakin meningkat. Dia cuba bergerak tetapi tubuhnya diikat kemas.
Arina. Bagaimana dengan gadis itu? Bunga semakin panik.
"Arina! Arina!" jerit Bunga. Suaranya kembali bergema semula.
"Bunga..." Panggilannya disahut oleh suara lemah milik Arina.
"Arina! Kau tak apa-apa?" tanya Bunga kuat. Meskipun suaranya kembali bergema sehingga menyakitkan telinga, dia tak peduli.
"Sakit..." Setitis air mata Bunga gugur ke bumi. Dia tak tahu bagaimana keadaan Arina tetapi mendengarkan suaranya merintih, Bunga semakin cemas.
"Arina..." Bunga mengonggoi halus. Tali yang terikat kemas cuba dileraikan biarpun hanya sia-sia. Paras air sudah melepasi dagunya.
"Maafkan aku, Bunga. Aku sayang kau," ujar Arina. Setelah itu bunyi besi bergeser di dinding menarik perhatian Bunga.
"A... Arina..." panggilnya.
Buk!!
"Arina!" Semakin kuat Bunga menjerit sebelum dia terus kelemasan di dalam air.
Arina...
Maafkan aku.
YOU ARE READING
Hak Milik Bunga Aisywara (NON EDITED)
Romance#1ST UNDER FLOWER SERIES Well known as DIA (revamp jalan cerita dan tukar nama watak) Satu kejadian yang berlaku menemukan dua jiwa. ARIEL NOAH dan BUNGA AISYWARA Ini bukan Ariel Noah penyanyi Indonesia yang semakin berusia semakin tampan. Ini ialah...