BAB 2

15 4 0
                                    

"Ariel, tolong alihkan pasu bunga tu ke tepi sana." Ariel mengangguk pantas.

"Berat ni. Puan tolong doakan saya, okey?"

"Hmm."

Pasu bunga bersaiz sederhana itu diangkat lalu cepat-cepat dia alihkan ke tempat yang telah diarahkan.

Nafas terhembus kasar. Berat betul! Sikit lagi nak tercirit.

Tapi berkat doa puan besar, tak jadi nak cirit.

Hebat kan?

Pokok bonzai yang berharga ribuan itu ditilik lama. Dia mencebik sesaat. Apa yang istimewanya kau ni sampai harga beribu? Hantaran bini aku pun tak mahal macam kau.

Wah! Hebatnya kamu. Yakinnya kamu.

Matanya kemudian jatuh pandangan pada figura yang memeluk tubuh di belakang.

"Ada apa lagi yang saya boleh tolong, puan besar yang tak berapa besar?" tanya Ariel sambil tersengih seperti kerang busuk.

Wanita separuh abad itu menjeling tajam. "Huisyh! Ganas!" Ariel membuat riak wajah terkejut. Tak dilupakan tangan menekap dada.

Terkejut sangatlah tu.

"Sudahlah berdrama. Pergi rehat dulu. Petang nanti pulak sambung," kata Majihah selaku pemilik rumah agam ini.

Ariel yang baru hendak tersenyum gembira terbantut hasratnya. Perkataan rehat tu dah best bila dengar. Tapi part 'petang nanti pulak sambung' memang spoiler teruk.

Orang baru je nak rilek-rilek layan Valo. Tup-tup puan besar suruh sambung kerja.

Nak tak nak, Ariel terpaksalah relakan kehendak puan besar.

Kerana terpaksa aku relakan. Walaupun mulut terkumat-kamit tak puas hati.

"Yang menurut perintah, puan!" Ariel memberikan tabik hormat kepada Majihah tetapi dibalas dengan tatapan sinis.

"Menurut perintah, menurut perintahlah. Petang nanti aku cari kau tak ada, siap kau," ugutnya. Jari telunjuk diangkat tinggi paras muka. Tajam matanya tertancap pada wajah Ariel.

Ariel tersenyum kelat. Air liur yang ditelan terasa berpasir. Kepalanya digaru. Ugutan Puan Besar Majihah jangan dibuat main. Harimau dekat hutan pun boleh tunduk hormat kalau puan besar itu mengamuk.

"Ariel janji, Ariel tak lari. Kalau Ariel lari, Ariel janji lagi. Doakan Ariel tau." Dia ketawa hambar. Kelakarlah tu?

Malas mahu melayan, Majihah menapak masuk ke dalam rumah. Baru beberapa langkah, kakinya terhenti apabila terdengar bunyi ngauman enjin kereta. Tubuhnya dipusingkan. Saat matanya tertancap pada pemandu kereta Wira itu, dia tersenyum lembut.

"Assalamualaikum puan, Ariel. Maaflah saya menganggu. Ini ada buah tangan sikit dari orang rumah." Pak Su Wahab menghulurkan mangkuk tingkat kepada Majihah.

"Alhamdulillah, rezeki. Terima kasih Pak Su," ucap Majihah. Mangkut tingkat diambil lalu diangkat tinggi.

"Apa tu, Pak Su?" tanya Ariel seraya menghampiri Majihah.

"Bubur kacang. Bolehlah buat minum petang nanti," jawab Pak Su Wahab senada.

Mata Majihah kemudian tertancap pada satu susuk tubuh yang berada di dalam kereta Pak Su Wahab.

"Itu siapa? Mira ke?" tanya Majihah dibalas dengan anggukan.

"Ya, puan. Tadi saya jemput dia dari klinik. Dia kena cuci luka. Kemudian terus saya singgah ke sini," jelas Pak Su Wahab.

"Ohh..."

Ariel yang tidak berminat pada topik itu terus mengambil mangkuk tingkat dari genggaman Majihah. Perutnya sudah lapar. Sudah tak sabar nak rasa air tangan isteri Pak Su Wahab.

Hak Milik Bunga Aisywara (NON EDITED)Where stories live. Discover now