Her Wolf
x
His Oyen"Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
Kata-katanya kepada Faith dua hari yang lepas kembali berlegar-legar di ruang fikiran. Kerana kata-kata itu juga dia terasa seperti kulit mulusnya ditampar oleh tangan ghaib.
Dia menarik senyum hambar.
Rambut panjangnya beralun lembut ditiup dek angin pantai. Bahagian bawah gaunnya sudah basah terkena badai ombak yang bergulir.
Tangan memeluk lutut erat. Matanya tenggelam dalam lautan yang gelap itu.
Suasana yang sunyi sepi tidaklah dapat mendamaikan sekeping hati yang sedang berperang dengan perasaan. Hanya bunyi deruan ombak saja yang menemani sepinya.
"Munafik!" kutuk dirinya sendiri.
Nafas dihela berat.
"Kau sekeji-keji manusia," kutuknya lagi.
"Kau ibarat syaitan yang bertopengkan malaikat, Bunga Aisywara..."
Lagi...
"Layakkah kau mendapat pengampunanNya sedangkan kau mengkhianatiNya?"
Dan lagi.
Setiap perkataan yang berbaur negatif dan kecaman semua dilemparkan pada diri sendiri.
Kedua-dua belah tangan yang bergetar halus diangkat separas dada. Matanya menilik setiap ukiran tatu di tangannya. Tatkala bebola mata terasa hangat, pantas dia menutup mata.
Mengalirkan setitis air jernih.
"Aku berdosa, Ya Allah..."
Setelah sekian lama... bibirnya menyebut kalimah suci itu.
Masih segar dalam ingatannya dua tahun lepas, ketika dia membuat keputusan untuk mengukir tatu di anggota badannya. Pelbagai rasa bercampur-baur tatkala itu.
Puas kerana dapat memberontak sehingga ke tahap ini.
Marah kerana perasaan yang memberontak.
Sedih kerana gagal mengawal diri dari memberontak.
Semuanya sebati menjadi satu.
Hanya kerana ikutkan perasaan benci kepada lelaki yang bergelar ayah.
"What have you done, Bunga Aisywara?" Keras suara Faith menghentam deria pendengaran Bunga.
"I did some art," ujar Bunga tanpa rasa bersalah. Tangannya yang masih memerah dibelek kosong. Tidak dipedulikan rasa perit yang beransur-ansur bertandang.
Setiap ukiran tatu yang tidak diketahui maksud itu memenuhi bahagian lengan sehingga ke jari.
Di antara ukiran 'abstrak' itu ada satu ukiran tiga kuntum bunga yang diletakkan plaster luka.
Bunga yang terluka...
"Art my ass!" Dahi Bunga ditunjal. Tetapi Bunga masih memberikan reaksi yang sama.
Faith mendengus kuat.
"Why you did this? What's on your mind?" Penat berdiri, duduknya dilabuhkan di hujung birai katil milik Bunga.
Penat bersoal jawab dengan Bunga. Atau lebih tepat... the other side of Bunga Aisywara.
Melihatkan Bunga yang masih mendiamkan diri menyebabkan Faith menggeleng kepala.
"I know you're mad. But you can't do this, Bunga. As a mulism, you are probihited to get a tattoo. But look at you, that damn ink is everywhere. This is wrong!" Faith meramaskan rambutnya.
YOU ARE READING
Hak Milik Bunga Aisywara (NON EDITED)
Romance#1ST UNDER FLOWER SERIES Well known as DIA (revamp jalan cerita dan tukar nama watak) Satu kejadian yang berlaku menemukan dua jiwa. ARIEL NOAH dan BUNGA AISYWARA Ini bukan Ariel Noah penyanyi Indonesia yang semakin berusia semakin tampan. Ini ialah...