BAB 6

19 1 0
                                    


jeda.

aku terjaga dari tidurku yang lama.
buka sahaja mata aku sudah terbaring di atas katil dalam satu bilik. Aku keluar .

rumah yang sedang aku duduki ni besar. Aku boleh agak yang ada satu family tinggal kat sini. Masih boleh dengar gelak tawa mereka.

KRAKK....
Pintu bilik dibuka. Haihh.. terkejut aku.

"kau mandi pastu turun makan breakfast" ujar lelaki yang membuka pintu itu tadi. Dia juga meletakkan pakaian di atas katil. mungkin untuk aku agaknya..

"awak siapa?" aku bertanya. Serious aku tak kenal dia ni.. tau-tau suruh aku mandi.

"siapa-siapa je lah" balasnya.

aku tak bertanya banyak. Terus akur mengambil pakaian yang diletakkan dan menuju ke bilik mandi.


Usai mandi aku keluar dari bilik. Lalu turun ke bawah. Satu keluarga memandang aku.. pelik

"dah bangun... meh duduk sini" kata seorang wanita yang duduk besebelahan seorang lelaki. Gamaknya seperti suami isteri mungkin...

aku akur. Duduk di kerusi yang dikatakan wanita itu sebentar tadi.

"lembutnya kerusi ni.." guman ku. Serius lembut ! Dah lama aku tak rasa selesa macam ni..

"nama apa ni ?" sambung lelaki yang bersebelah wanita itu tadi.
Keluarga ni ramah sangat sampai buatkan Senja Arrisa tak tahu nak balas apa.

"pang..panggil saya Risa" ujarku dalam takut-takut. Memori semalam masih menghantuiku. Aku mungkin trauma dengan lelaki..

"nama panjang ?" tanya anak teruna yang duduk di sebelah wanita tadi. Mungkin juga dia anak bongsu. Nampak manja.

"err... Senja Arrisa" balasku.

" HAH ? SENJA ?!? " seorang lagi yang aku tak tau sapa tapi yang aku tahu aku naik kereta dia semalam.

"ye saya ?" aku balas. kening ku terangkat sedikit. Pelik. Aku tak tau kenapa aku balas.haih..

"unik nama risa ni" ujar wanita itu tadi.
"Nama aunty, Hasna.. ini uncle Kabir. Disebelah ini pula.. Mirza Han anak bongsu aunty dan yang itu pula Malik Han, anak sulung aunty"

Aku angguk. Mereka juga tersenyun.
Aku makan sarapan yang disediakan. Huh.. makanan orang kaya.. pelbagai ada.. padahal sarapan aje..

"kau lari dari siapa semalam ?" Tiba-tiba Malik Han bersuara. dan sekarang ni semua mata tetatap pada ku. GULPP.. telan air liur... aku boleh agak soalan macam ni bole keluar...

aku senyap.

"yang Han tanya buat apa ? mungkin risa trauma lagi" aunty Hasna bersuara.

aku senyum.

"risa lari dari abang Hariz" mulutku yang berkunci tadi tiba tiba boleh dibuka.

"sape tu ?" tanya Malik Han lagi.

"abang angkat Risa"  aku jawab dan terus senyap.

yang lain juga sama senyap. Malik Han yang bertanya tadi juag senyap tidak bertanya apa- apa lagi. Mungkin memahami yang aku takkan buka mulut lagi lepas ni. Aku lega.









Hi ! Vote and like 😻 oke tak chap kali ni ?











You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MALIK HANWhere stories live. Discover now