— LA DOULEUR EXQUISE.
EMYR berdiri tegak sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Senyuman masih terukir di bibir walaupun terpaksa. Sebak dan kecewa yang terasa dikuburkan dalam-dalam supaya tiada siapa yang dapat menghidu. Wajah jelita Ayla Hessa yang sedang ketawa gembira di atas pentas pelamin mewah sana ditatap lama. Semakin bahagia Ayla tersenyum, semakin naik hujung bibir Emyr mengukir senyuman.
Waktu ini, Ayla dan Eshan sedang memotong kek gergasi mereka berdua di hadapan sana bersama-sama dengan Eshal yang sedang selesa dalam dukungan Eshan. Kedua mempelai tersebut kelihatan sangat gembira dan Emyr rasa semua di dalam dewan hotel mewah ini turut gembira meraikan majlis perkahwinan pasangan sejoli itu. Dan percayalah, dia juga turut gembira buat Ayla dan Eshan. Setelah pelbagai onak duri yang berjaya dilalui oleh pasangan tersebut, akhirnya Allah satukan juga mereka bersama.
Namun Emyr tidak dapat menipu dirinya sendiri bahawa sesungguhnya dia sedang berduka oleh kerana wanita yang dia cintai sudah sah menjadi hak sahabat baiknya sendiri. Emyr tidak dapat menahan sakit di hati taktala melihat Eshan yang berada di sisi Ayla ketika ini dan bukannya dia. Walhal dia yang sepatutnya di tempat Eshan ketika ini, berbahagia dengan wanita idamannya.
Tetapi apa lagi yang dia boleh lakukan saat ini selain daripada menerima pahitnya takdir yang telah tertulis.
Namun ada bagusnya juga Ayla tidak menjadi miliknya di dunia ini. Bagaimana jika Ayla juga akan dijemput ajal serta-merta jika mereka berdua bersama? Emyr geleng kepala. Yang bukan-bukan sahaja fikiran dia ketika ini.
"Eh Myr, Ingat kau tak akan datang majlis hari ni?" Firas, rakan sekerja Emyr yang bertugas menjaga majlis, menyapa jejaka yang sedang duduk termenung berseorangan itu. Kasihan pula tengok rakannya itu hanya mendiamkan diri dari awal majlis lagi.
"Kuat kau Myr, kalau aku dah nangis tengok kekasih hati jadi milik orang lain." Afiq pula mencelah. Mentang-mentang Emyr tidak membalas, makin berani pula mengusik.
"Itulah member ingat ada chance lah, rupanya..." Belum sempat mahu habiskan sesi membahan, lengan Emyr yang sudah dirangkul oleh seseorang itu membuatkan semua kepala tertoleh ke arah wanita tersebut. Bukan setakat Afiq dan Firas sahaja, Emyr pun keliru dengan apa yang sedang terjadi.
"Before you guys nak mengata tu make sure update your daily news boleh tak?" perli Karla dengan penuh divanya. Firas dan Afiq saling membalas pandangan.
"I know lah you guys duduk terperuk dalam hutan sana lama-lama and berkawan dengan binatang aje but tak akanlah tak tahu kut apa-apa tentang member sendiri kan?" Sinis Karla bersuara.
"Oh by the way, I Karla Yasmeen Laurent... Girlfriend Emyr," ucap Karla sambil mengibas rambut panjangnya lalu dihulurkan tangan untuk bersalaman dengan Firas dan Afiq. Namun belum sempat rakan-rakan sekerja Emyr mahu bersuara, Emyr terlebih dahulu menarik tangan Karla lalu diletakkan ke lengan sasanya, membuatkan kedua-dua belah tangan Karla selamat melekat di lengan sasa Emyr. Karla tersenyum gatal lalu melabuhkan kepala ke bahu Emyr sambil memandang wajah terkejut Firas dan Afiq.
Karla sangkakan bahawa Emyr tidak mahu dia menyentuh lelaki lain kerana sikap protective yang selalu Emyr tunjukkan ketika bertugas menjaga Ayla namun sebenarnya Emyr mahu menjaga air muka Karla sahaja oleh kerana Firas dan Afiq tidak bersentuhan dengan mana-mana wanita yang bukan mahram.
"Pergh! Tak sangka Tuan Emyr kita dah ada awek!" Afiq menolak bahu Firas. Cuba meleraikan suasana kekok di antara mereka.
"Itulah, awek mat salleh pula tu," kata Firas pula. Ketawa palsu mula kedengaran. Emyr gulingkan biji mata.
YOU ARE READING
[SU] BUKAN UNTUK DICINTAI.
Romance━ #𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐁𝐑𝐎𝐌𝐀𝐍𝐈𝐀. ❴ THIRD BOOK OF HER SERIES, #3 ❵ ❛ Mencintai dengan harapan untuk dicintai. ❜ 𝑲𝒂𝒓𝒍𝒂 𝒀𝒂𝒔𝒎𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒂𝒖𝒓𝒆𝒏𝒕. Kisah lalunya tidaklah secantik wajah jelitanya. Anak perempuan tunggal kesayangan orang tua, Ka...