PROLOGUE

205 21 13
                                    

━━━━━━━ ✮⋆˙ ━━━━━━━

"TOLONG..."

"Tolong ambil dia dari aku Eshan... Tolong ambil budak ni, aku tak mampu..." Seraya itu, bunyi guruh menggegarkan seluruh kawasan perumahan elit tersebut. Eshan hanya pandang Emyr yang sedang melutut di hujung kakinya itu. Dalam dakapan lemah Emyr, ada seorang bayi perempuan yang sedang mencebik akibat terusik dengan bunyi guruh serta titisan hujan yang menyembah bumi.

"Kau sedar tak apa kau cakap ni, Emyr?" soal Eshan dengan dingin. Emyr masih tertunduk. Tidak langsung melangut memandang tepat ke mata Eshan seperti biasa.

"Aku... Aku tak boleh jaga dia. Aku tak mampu." Rintihan Emyr membuatkan Eshan sebak. Eshan mengepalkan tangan sendiri sehingga menggigil.

"Bangun Emyr. Bangun sebelum-" Eshan mahu memberi amaran, namun belum sempat amaran itu habis, orang yang dimaksudkan Eshan telah tiba.

"Emyr Naufal, bangun!" herdik Ayla Hessa sehingga bayi kecil tadi merenggek kecil akibat terkejut. Emyr mendodoi anak perempuannya perlahan-lahan, berharap supaya si kecil itu kembali lena.

"Aku tak mampu Ayla... Aku tak nak tengok budak ni lagi, tolonglah..." Emyr merayu bersungguh-sungguh. Seakan-akan sudah benci dengan bayi yang tidak berdosa itu.

"Astaghfirullahalazim, bawa mengucap Emyr!" Suara Ayla naik seoktaf, tangisan Ayla membuatkan Eshan mendengus kegeraman.

"Kau dengar baik-baik ya Emyr Naufal. Sebaik sahaja anak kau jatuh ke dalam pelukan aku, aku haramkan kau ambil dia semula dari kami, Emyr." Kali ini, Eshan bersuara dengan penuh dingin. Kalau ikut baran, mahu sahaja dia hentak muka Emyr ke dinding rumah kerana samggup mengambil keputusan sebegini rupa.

Ada lagi ya bapa yang sanggup buang anak?

"Abang..." Ayla mengusap dada Eshan yang sedang berombak hebat itu. Dipandang wajah Eshan yang sedang bengis itu lalu dialihkan pandangan kepada Emyr yang sedang murung itu. Akhir sekali, Ayla renung wajah suci bayi yang sedang nyenyak tidur di dalam dakapan bapanya itu.

"Emyr awak dah kenapa? Sedarlah Emyr..." Ayla menitiskan air mata. Setitik demi setitik sehingga ia lebat mengalir di pipi. Ayla tidak kuat lagi.

Ya Allah. Setelah satu ujian lama telah selesai, kau uji lagi kami dengan ujian yang lebih berat. Sesungguhnya, kami sudah pasrah dan menyerah ya Allah...

"Aku tak kisah, ambil lah dia." Terbungkam Eshan dan Ayla dibuatnya. Emyr sudah mahu menyerahkan si bayi kepada mereka tanpa rasa bersalah langsung! Sedangkan itu anak kandungnya, anak lelaki itu dengan isterinya. Anak Emyr dengan Karla!

"Emyr Naufal!" Eshan menjerit kuat akibat terlalu bengang dengan keputusan Emyr yang gila itu.

Dan apa yang lebih mengejutkan ialah Ayla sudah mara ke hadapan lalu merentap bayi perempuan tersebut daripada pelukan hangat si ayah. Bayi yang tidak berdosa itu merengek kecil sebelum Ayla mengusap pipi merah tersebut lalu melabuhkan ciuman ke dahi bersih anak buahnya itu.

"Mulai hari ini, kau jangan harap aku akan benarkan kau jumpa Keisha lagi Emyr. Keisha milik aku dan Eshan," ucap Ayla dengan penuh tegas lalu membawa bayi kecil di dalam dakapannya masuk ke dalam rumah.

"Aku kecewa dengan kau Emyr," kata Eshan dengan penuh rasa kecewa. Air mata menitis lagi dan lagi sehingga mereka sendiri sudah lelah. Mata hampir bengkak namun tidak separah hati yang sedang menanggung rasa yang tidak berpenghujung ini.

"Dan aku yakin, Karla sepuluh kali ganda lebih kecewa dengan kau." Dengar sahaja nama wanita yang paling dia benci itu, Emyr mengetap gigi sambil mengepal penumbuk.

"Maafkan aku," ucap Emyr sambil tertunduk. Masih melutut di hadapan Eshan. Kaku, tidak bergerak seinci pun walaupun belakang badan sudah basah kerana ribut taufan di luar sana.

"Jangan minta maaf dengan aku, minta maaf dekat anak bini kau, minta maaf dengan Allah sebab dah gagal jadi seorang pelindung untuk keluarga sendiri." Makan dalam teguran Eshan sehingga Emyr terhenyak hebat. Hampir tersungkur menyembah tanah. Syukur sahaja tangan masih kuat untuk menyokong berat badan sendiri.

Eshan pusing ke belakang lalu melangkah masuk ke dalam lalu pintu rumah dihempas kuat. Emyr hanya memejam mata seerat mungkin. Wajah jelita Karla yang sedang menangis bermain di layar fikiran sehingga Emyr mengenggam lalu menarik rambut sekuat hati.

"Argh!" Kuat Emyr menjerit akibat kebencian yang mendalam terhadap isterinya sendiri.

━━━━━━━ ✮⋆˙ ━━━━━━━

Emyr red flag. Harap maklum.

[SU] BUKAN UNTUK DICINTAI.Where stories live. Discover now