BAB 2

90 10 2
                                    

— LA DOULEUR EXQUISE.

TERKELIP-KELIP kelopak mata milik Karla melihat roti-roti yang masih panas serta beberapa kek yang terhias indah di freezer kedai itu. Sedapnya semua! Sudahlah dia tak makan dari pagi tadi.

Mata melilau mencari roti kegemaran Emyr. Bakery ini merupakan kedai kesukaan Karla dan yang lain. Jadi masing-masing sudah hafal makanan kegemaran masing-masing untuk memudahkan pembelian.

"This and that one, thank you!" Karla mengucapkan terima kasih sambil menyelitkan rambut ke belakang telinga. Roti kegemaran Emyr dibelinya sampai tiga manakala roti yang dirinya suka Karla beli dua sahaja. Maklumlah dia nak beli cookies pula nanti.

Bunyi loceng menandakan ada lagi pelangan telah tiba, Karla toleh ke arah pintu utama kedai.

"Gibran!" Penuh teruja nada Karla memanggil Gibran yang sedang melangkah masuk ke kedai itu. Lelaki itu hanya memakai pakaian biasa dan bukannya uniform tentera seperti biasa. Mesti Gibran sedang bercuti. Kepala dipanjangkan, mana tahu Alana ikut sekali.

Gibran membalas senyuman Karla sambil mendekati wanita itu.

"Beli apa tu Karla? Yang lain mana? Ke you sorang je?" Bertalu-talu soalan dilepaskan oleh Gibran. Dah macam kena soal siasat pula.

"I sorang je... Lana mana?" soal Karla sambil mencari keberadaan Alana.

"Lana demam hari ini and katanya craving kek red velvet kedai ni ha. Itu yang singgah sini sekejap," ujar Gibran lalu membuat pesanan di kaunter utama. Gibran menunjuk kek red velvet di dalam freezer lalu mengangguk saat ditanya penjaga kaunter.

"Macam mana boleh demam? Kesiannya, mesti penat sangat sebab bawa baby kan? You belikanlah dia roti dengan cookies juga, Gib. Lana kan suka cookies Famous Amos tu," arah Karla dengan kerisauan.

Iyalah Alana tu sudahlah mengandung, demam pula tu. Kasihan sahabatnya yang sorang itu. Semoga Lana dan baby baik-baik sahaja.

"Baik boss!" balas Gibran. Karla terima beg plastik yang dihulur lalu ditilik isi di dalam. Gibran juga turut melihat.

"Banyak juga you makan roti hari ni, craving roti juga ke?" soal Gibran, sengaja mengusik Karla.

"Eh tak adalah, dua ni I punya lagi tiga ni untuk Emyr!" Dahi Gibran berkerut. Nak kata perli, dia kenal Karla macam mana ketika memerli. Penuh sarkastik dan diva. Ini pula Karla betul-betul nampak ikhlas. Eh? Tak akanlah Karla tak tahu?

"Karla you tak tahu ke Emyr dekat mana sekarang?" soal Gibran penuh berhati-hati. Kepala disengetkan sedikit. Kini giliran Karla pula berkerut seribu.

"Kenapa? Emyr tengah kerjalah kan?" Polos sahaja Karla menyoal. Wajah Gibran bertukar redup. Keluhan Gibran halus sahaja namun cukup mendebarkan Karla. Gibran maki Emyr dalam hati. Nampak sangat jantan keparat tu tak beritahu Karla apa-apa langsung.

"Karla... Emyr dah dihantar ke Greece, tiga hari yang lepas. Dia posting kat sana dalam setengah tahun and then baru balik Malaysia semula," terang Gibran dengan sebersalah.

Dug!

Jantung Karla terasa terhenti buat seketika waktu. Sudah seminggu lebih sejak kejadian dia meluahkan perasaannya kepada Emyr dan patutlah selama beberapa hari ini Emyr langsung tidak membalas mesej atau panggilan daripada Karla.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 26 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[SU] BUKAN UNTUK DICINTAI.Where stories live. Discover now