BAB 5

23 7 6
                                    

CAHYA berjalan sambil membawa perut yang berkeroncong hebat. Hampir satu jam dia menorak langkah, masih lagi tanpa arah tuju. Dia melepasi beberapa deretan kedai tepi jalan. Berhenti, menayang muka simpati, berharap para penjual mengasihani malah hampa yang diberi. Mereka berpura-pura tidak memandang kelibat Cahya. Seorang dua penjual bahkan tergamak menghalau dan menyelanya. Dia diperlakukan tak kalah seperti seekor anjing kurap jalanan yang kelaparan.

Perjalanan masih saja diteruskan. Dia masih berjalan di bawah Terik matahari. Dahinya sudah membentuk keringat-keringat, mengalir turun sehingga ke dagu. Dia menyeka. Menyepetkan mata lalu mendongak memandang cahaya matahari di atas kepala.

Panas, namun terang.

Kira-kira sepuluh minit melajukan langkah, hidungnya terbau-bau aroma masakan yang menggiurkan. Nafsu makannya semakin bergelojak. Perutnya juga semakin bergendang. Bau yang menggiurkan, yang membuatkan nafsu makannya makin bergelojak. Tidak jauh dari tempatnya berdiri, dia melihat sebuah restoran terpencil yang tersorok ditumbuhi pokok-pokok menjalar yang kehijauan. Seorang pelayan lelaki keluar dari restoran itu, menghidangkan makanan kepada pelanggan yang memilih tempat duduk di luar restoran.

Pelayan itu membalikkan badan.

Dan Cahya dapat nampak sekilas lalu wajah lelaki itu.

Ilhan....

Dia hendak memanggil, tapi terlupa dirinya seorang bisu yang hina. Seorang gadis yang kekurangan dari segenap perkara.

Kakinya bergerak lebih pantas dari kata hati sendiri. Dia mahu menghindari diri dari lelaki itu tapi tahu-tahu saja, dia sudah berdiri tepat di hadapan lelaki itu. Dengan muka polos, Cahya menayangkan sengih. Melambai kecil. Ilhan yang terpelongo bingung mendapati Cahya berada di hadapannya, di sini.

"Cahya?" Ilhan memastikan. "Kau buat apa dekat sini?" Restorannya jauh dari tempat tinggal Cahya. Berjalan kaki ke sini sahaja mengambil masa hampir dua jam. Bagaimana gadis berkaki pendek ini boleh sampai ke sini?

Cahya mencantumkan penghujung tangannya ke atas, membentuk atap, memberi maksud 'rumah.' Kemudian, dia memajukan dan mengundurkan gerakan tangan, memakasudkan 'lari.'

"Kau lari rumah?" Ilhan tayang muka terkejut.

Cahya ketawa. Boleh dikatakan begitu.

"Weh, Cahya... kau boleh gelak..." Terkejut Ilhan berganda.

Sekejap... baru dia dapat proses sesuatu.

Maknanya, betullah tekaan dia selama ini? Bahawa makcik dan pakcik Cahya tidak bertanggungjawab? Tak menjaganya dengan baik? Kalau tidak, kenapa gadis tinggi separas bahunya ini sanggup lari tinggalkan rumah?

"Mana kau tahu aku kerja sini?"

Cahya geleng kepala. Dia angkat bahu. Tak tahu pun.

Krukk... krukk....

Perut Cahya berbunyi kuat, benar-benar minta diisi. Cahya terkejut. Kalut-kalut memeluk perut sendiri. Sengihan tidak bersalah diberikan.

Dia menyatukan tangan. "Maaf...."

Ilhan senyum kecil. "Masuklah dekat dalam. Panas dekat luar ni."

Cahya mengekori langkah lelaki itu masuk ke dalam restoran. Suasana restoran ini biasa. Cat dinding restoran ini sudah lusuh, beberapa kulat hitam menempel di sana sini. Lantai berjubin hijau yang dipijak Cahya berminyak, barangkali belum dimop.

"Duduk dulu. Nak makan apa-apa ke?" Ilhan mengeluarkan buku nota dan pen bertinta hitam dari dalam poket apronnya. Dia menyerahkan kedua objek itu kepada Cahya.

CAH[A]YAWhere stories live. Discover now