BAB 6

30 8 8
                                    

MAGHRIB beransur menolak siang ke barat. Ufuk langit biru mula berubah warna jingga kekuningan. Sekumpulan burung berterbangan di dada langit, pulang petang ke sarang sebagai tanda tugas mereka mencari makan pada hari ini selesai. Besok, lain pula ceritanya.

Tidak terkecuali Ilhan. Kerjanya selesai petang itu. Usai selesai, dia menemani Cahaya untuk mencari tempat perlindungan sementara buat gadis itu.

"Kita singgah solat dulu?" cadang Ilhan, setengah jam yang lepas.

Sekarang, dia sudah selesai menunaikan tuntutan Tuhan. Jemaah lelaki yang lain turut beransur keluar. Beberapa jemaah wanita juga dilihatnya berjalan keluar melepasi dia yang menguis tar jalan di luar kawasan surau menunggu ketibaan Cahya.

Dia menilik jam tangan, suara jamnha berdetak perlahan. Sabar dia menanti dan membuat kiraan dalam hati. Berapa minit sudah ni? Mana Cahya?

Pak! Pak! Pak!

Hentaman permukaan selipar bertemu tanah membuatkan kepala Ilhan berpusing. Cahya termengah mendapatkan lelaki itu. Dia menarik nafas sedalamnya, hembus.

Tangan dicantumkan. "Sorry!"

"Ramai orang ke?" Ilhan bertanya, tentang asbab-musabab kelambatan Cahya.

Cahya angguk. Ramai orang, dan telekung tak cukup. Jadi, dia terpaksa tunggu jemaah wanita yang lain selesaj solat terlebih dahulu.

"Ingatkan kau hilang ke mana." Ilhan sudah memasang wasangka buruk tadi.

Cahya sengih. Serba salah dia membiarkan Ilhan menunggunya lama.

"Ya takpa, Cahya," balasan Ilhan kepada pernyataan maaf Cahya buat kali yang kedua. Lelaki itu sengih. Dia benar-benar tak kisah.

Mereka meneruskan perjalanan ke tujuan asal. Motel Leong, tempat Cahya akan bermalam pada malam ini. Anak kepada tauke motel itu kawan kepada Hazim. Kenalan kepada Ilhan juga. Hanya sebatas kenalan. Ilhan tidak pernah terfikir untuk memanggilnya sebagai seorang 'kawan.' Dia hanya kenal Chen- anak kepada tauke Leong itu sekadar cukup syarat, nama dan rupa.

Hazim sepatutnya ikut serta, menunjuk jalan kepada Ilhan dan Cahya tetapi ada hal darurat pula berlaku di rumah. Adiknya yang berusia lima tahun tinggal di rumah, sendirian dan kebuluran. Ibu dan ayahnya, bekerja lebih masa di kilang pada malam ini.

"Tak apa, kau balik je. Aku tahu jalan nak ke sana." Ilhan mengingat kembali perbualan mereka di restoran sebelum jam kerja mereka selesai tadi. Dia menepuk bahu lelaki itu, mengurangkan serba salah dalam diri Hazim.

"Betul ke?"

"Ya. Dekat je dengan rumah aku. Beza sepuluh minit je." Ilhan meyakinkan.

"Tapi, aku tak ada ni, aku tak boleh jadi translator kauorang, tau?"

"Aku ada ni." Ilhan menayangkan sebatang pen dan sebuah buku nota kecil dan nipis, sebesar saiz tapak tangannya- tapak tangannya lebih besar berbanding buku itu ke arah Hazim.

Hazim anggukkan kepala, puas hati. "Okey. Elok-elok ke sana. Cakap je kau kawan Chen, nanti Uncle Leong bagi diskaun." Jempolnya dinaikkkan.

Kembali ke realiti, sedar tidak sedar, sunyi yang ikut sama menjejaki langkah mereka telah membawa mereka di hadapan premis motel Uncle Leong. Terpampang besar-besar papan tanda di atas sana, bewarna merah dan disinari cahaya fluorescent di sekelilingnya.

Cahya menarik lengan baju Ilhan, memanggilnya.

"Sini ke?" tanyanya, melalui tulisan.

"Haah." Ilhan mengangguk. Dia tahu Cahya ragu-ragu. Siapa yang pertama kali jejakkan kaki ke sini memang akan ragu-ragu. Manakan tidak? Suasana tidak mesra alam. Dinding putih dihinggapi lumut sehingga dinding itu berubah warna mejadi hitam.

CAH[A]YAWhere stories live. Discover now