PROLOG

122 9 7
                                    

Restoran Gemerlapan, 12 Tengahari..

Ting!

Loceng yang berada di atas kaunter yang terletak berdekatan dengan sebuah dapur restoran ditekan oleh seseorang yang memakai seragam pelayan.

"Chicken katsu dua untuk meja lapan!"

Lantang pelayan itu bersuara kerana dapur sekarang ini yang sibuk dengan pelbagai tukang masak yang bertungkus lumus menyiapkan setiap pesanan yang datang.

"Gempa, boleh kamu uruskan tu?!" laung seorang tukang masak berseragam hitam kepada tukang masak berseragam putih.

"Okey, bos!" balas Gempa yang sibuk menggoreng sotong celup tepung di dalam minyak yang menggelegak.

Sementara menunggu sotong tersebut digoreng, Gempa dengan pantas mengambil dua isi dada ayam di dalam peti sejuk dan beberapa bahan yang lain.

Gempa meletakkan dua isi dada ayam itu di dalam mangkuk besi dan menyucuk isi dada ayam itu menggunakan garfu di kedua-dua bahagian. Setelah itu dia menuangkan miso paste, gula dan sos kicap cair di atas isi dada ayam itu sebelum dia mengaul perapan itu dengan sekata pada isi dada ayam itu.

Sementara menunggu ayam diperap untuk 15 minit, Gempa cepat-cepat menyediak salutan ayam tersebut seperti tepung gandum, telur dan bread crumbs di dalam tiga bekas yang berbeza.

Pergerakkan Gempa amat pantas dan professional apabila dia terus mengangkat keluar sotong celup tepung yang sudah digoreng menjadi kuning keemasan, Gempa menapis minyak sotong tersebut sebelum meletakkannya di atas pinggang dan menghiasi pinggan tersebut dengan cantik.

Gempa cepat-cepat membawa pinggang tersebut ke kaunter dan menekan loceng pada kaunter itu.

"Sotong celup tepung untuk meja enam, siap!"

Kedengaran lantang suaranya menyebut untuk mempermudahkan dia mengambil perhatian pelayan.

Setelah selesai dengan pesanan itu, dia kembali menguruskan chicken katsu. Gempa mengeluarkan kedua-dua isi dada ayam dari mangkuk perapan dan menerbalikkan isi dada ayam itu ke dalam tepung gandum di kedua-dua bahagian sebelum dicelup ke dalam telur dan terus ke mangkuk bread crumbs. Setelah yakin  bread crumbs menutupi kedua-dua isi dada ayam itu, Gempa terus meletakkan isi dada ayam itu ke dalam minyak yang panas.

"Pinggan, pinggan." Gempa mengomel seorang diri sambil mengambil dua pinggan yang bersih dan mula menghias pinggan tersebut dengan coeslow dan nasi yang ditekap menggunakan mangkuk kecil.

Beberapa minit kemudian, Gempa terus mengangkat kedua-dua isi dada ayam yang sudah goreng dengan sempurnya. Dia cepat-cepat memotong isi dada ayam kepada beberapa bahagian sebelum diletakkan di atas pinggan. Gempa menuangkan sos khas di atas isi  dada ayam tersebut sebelum mengangkat kedua-dua pinggan ke kaunter.

Ting!

Loceng ditekan sekali lagi oleh Gempa.

"Chicken katsu untuk meja lapan!" laung Gempa lagi.

Setelah itu, Gempa kembali membantu tukang masak yang lain sebelum pengurus restoran itu menapak masuk ke dalam dapur dengan keadaan tergesa-gesa.

"Gempa?" Pengurus itu menegur Gempa.

"Hm? Ya, Pengurus? Apa-apa yang saya boleh bantu?" balas Gempa dengan ramah.

"Boleh kamu ikut saya ke pejabat saya sekarang? Ada hal kecemasan," arah Pengurus.

"Hal kecemasan?"

☆☆Our Family Cafe☆☆

Hospital Pulau Rintis, 2 petang..

Gempa yang masih berseragam tukang masak berlari di sepanjang koridor salah satu bangunan hospital tersebut dengan cemasnya, amaran oleh pengawal keselamatan dan jururawat dihiraukan olehnya. Mindanya hanya tertumpu pada wad yang ada di dalam depan tersebut.

Setelah tiba di hadapan wad tersebut, Gempa terus menolak pintu wad tersebut dengan luas, terpampang wajah ibubapanya dan kesemua enam adik-adiknya yang menunggu bersama seorang lelaki tua yang terlantar di atas katil. Wajah masing-masing menunjukkan riak wajah sedih.

"Abang! Kenapa abang datang lambat?! Tok Aba lama tunggu abang, tahu tak?!" marah salah satu adik kepada Gempa, Blaze.

"Ba..Bagaimana keadaan Tok Aba?!" soal Gempa, matanya sudah berkaca.

"Ge..Gempa?" celah satu suara yang lemah, menarik perhatian Gempa.

"To..Tok Aba." Gempa mendekati lelaki tua yang terlantar di atas katil itu.

"Ya, Gempa di sini. Maafkan Gempa sebab tak selalu melawat Tok Aba," ucap Gempa dengan nada sebak, dia memegang erat tangan Tok Aba yang sudah berkedut itu.

"Cucu atuk yang satu ni.. selalu nampak kacak bila pakai baju chef ni," puji Tok Aba sambil mengusap rambut Gempa dengan lemah.

Air mata Gempa mula berderai apabila dia merasakan sentuhan daripada datuknya itu, dia berasa sedih melihat keadaan datuknya sekarang jni.

"Gempa? Boleh kamu janji dengan Tok Aba?" soal Tok Aba.

"Ja..Janji apa?" soal Gempa pula.

"Janji dengan atuk… jaga kedai atuk, okey?" balss Tok Aba.

"Apa ni, Tok Aba? Hiks. Tok Aba masih kisah pasal kedai Tok Aba walaupun keadaan Tok Aba macam ni?" soal Gempa dengan nada tersedu-sedan.

"Tolonglah, Gempa. Ini sahaja wasiat Tok Aba untuk kamu, jagalah kedai itu baik-baik. Ya?" Tok Aba tersenyum lemah ke arah Gempa.

"Ya, Gempa janji." Gempa memegang tangan Tok Aba dengan erat.

Our Family Cafe [BBB Elemental Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now