RESEPI 5

34 3 14
                                    

Sebulan kemudian...

KTOK! KTOK! KTOK!

Terdengar paluan tukul di atas bumbung, Gempa yang sudah datang ke tapak kedai itu sedang membaiki kesemua bumbung lama ke bumbung yang baru. Sekali sekala peluh di wajahnya dilap, walaupun jam baru sahaja menunjukkan 7:50 pagi tetapi badannya sudah dipenuhi dengan peluh.

"Abang Gem, nasi lemak sudah sampai!" jerit Duri dan Blaze yang memegang beberapa bungkusan plastik, mungkin baru sahaja pulang daripada beli makanan.

"Mari makan!" kata Taufan pula.

"Okey!" Gempa turun daripada bumbung itu menggunakan tangga.

Gempa membasuh tangan di paip air yang berada di tepi longkang sebelum berjalan mendekati adik-adiknya yang sudah berkumpul di atas tikar yang diletakkan di halaman kedai.

"Ah, penatnya." Gempa terus bersila di atas tikar itu setelah membuka kasutnya.

"Dah siap ke bumbung tu?" soal Taufan sambil menghulurkan sebungkus nasi lemak kepada Gempa.

"Sikit lagi," balas Gempa dan tangannya mengambil nasi lemak sebelum membukanya di atas tikar.

"Sekarang kita sudah siap yang mana?" soal Blaze.

Solar menolak cermin matanya ke atas dan mengeluarkan sehelai kertas yang dipenuhi dengan senarai.

"Kita sudah selesai halau biawak tu, kita sudah selesai memotong semua rumput serta lalang, baiki setiap paip di dalam kedai, baiki setiap wayar kedai dan baiki siling kedai," terang Solar.

"Uish, banyak juga kita sudah selesai!" kata Blaze dengan terkejut.

"Tapi kebanyakkannya kita upah orang," celah Halilintar.

"Benar juga." Blaze bersetuju.

"Sekarang bumbung pun nak siap, tinggal tukar lantai baru dan cat dinding. Selepas itu kita boleh letak perabot di dalam kedai itu," sambung Solar.

"Hehe. Tak sabarnya nak tengok kedai kita dengan wajah baru!" kata Duri dengan teruja.

"Kan, abang pun!" kata Blaze pula.

"Jadi mari kita siapkan kedai ini secepat mungkin!" kata Gempa, memberi semangat kepada mereka semua.

"Baik!" kata Taufan, Duri dan Blaze dengan penuh semangat.

"Bisingnya," rungut Ais yang sedang tidur di atas tikar.

"Eh, banyak rungut kau. Kau buat kerja pun sikit," bebel Halilintar.

"Hmm.." Ais mengalihkan badannya ke arah lain dan sambung tidur.

"Bertuah punya budak," gumam Halilintar.

"Abang dah kenyang! Abang nak sambung baiki bumbung!" Gempa cepat-cepat bangun dan menyarungkan kasutnya.

"Eh, cepatnya makan!" Taufan terkejut.

"Hehe, biasalah." Gempa terus berjalan ke kedai semula.

"Biarkan abang tu, dia tengah bersemangat tu." Halilintar mencelah.

"Haha, ya." Taufan ketawa kecil.

"Makan cepat! Kita ada banyak kerja lagi nak kena buat," kata Halilintar.

"Baik!"

Mereka semua menjamah sarapan dengan tenang sebelum dia bekerjasama menguruskan dalaman kedai beberapa minit kemudian.

☆☆OUR FAMILY CAFE☆☆

Kelihatan Halilintar, Taufan, Blaze dan Ais sedang sibuk menghancurkan lantai lama dengan tukul yang berada di dalam tangan masing-masing.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Our Family Cafe [BBB Elemental Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now