"Tok Aba! Tok Aba! Tengok, Gempa buat ni!" kata seorang anak kecil yang memegang satu pinggan berisi bebola coklat dengan perasaan teruja.
"Amboi, pandai betul cucu atuk yang seorang ni. Dari mana kamu belajar ni?" puji Tok Aba sambil mengusap kepala kepala Gempa.
"Mestilah Tok Aba ajar Gempa! Gempa nak jadi macam Tok Aba!" balas Gempa dengan penuh semangat.
"Oh, kenapa kamu nak jadi macam Tok Aba?" soal Tok Aba sambil tangannya sibuk mengelap kaunter kedainya.
"Gempa nak pandai masak macam Tok Aba! Gempa nak tolong Tok Aba bila besar nanti!" balas Gempa dengan penuh keterujaan.
"Haha, besar nanti Gempa belajarlah rajin-rajin dulu. Baru kamu tolonf Tok Aba, okey?" kata Tok Aba.
"Okey, Tok Aba!"
Gempa merenung album gambar yang dipegangnya, setiap kali dia melihat gambar dirinya semasa kecil bersama Tok Aba membuatkan dia mengimbau semula memori lamanya. Sekali sekala air mata diseka, hatinya terasa sebak mengingati memori lamanya.
"Abang? Abang dah makan ke?" Pintu bilik Gempa diketuk oleh seseorang, membuatkan Gempa cepat-cepat menutup album itu.
"Da.. Dah!"
"Betul ke? Aku tengok nasi goreng yang aku tinggalkan untuk abang langsung tak disentuh," kata Taufan dengan nada sedih.
Gempa terdiam seketika sebelum pintu biliknya dibuka oleh Taufan.
"Abang betul-betul okey ke ni? Abang dah jarang makan sejak beberapa hari selepas Tok Aba meninggal," kata Taufan dengan nada sedih.
".. Maafkan abang, abang cuma tak ada selera."
Taufan mengeluh dan mendekati Gempa, dia melabuhkan punggungnya di sebelah Gempa.
"Taufan tahu abang sayang sangat dengan Tok Aba tapi tidak elok abang tak makan langsung, mesti Tok Aba sedih."
Taufan cuba memujuk Gempa, kepalanya disandar atas bahu Gempa.
"A.. Abang tahu."
"Abang tahu tak? Masa abang selalu sibuk kat restoran, Tok Aba selalu cerita kat Taufan dan Solar macam mana abang suka sangat jadi tukang masak disebabkan Tok Aba." Taufan mula bercerita.
"... Betul ke?"
"Ya, Tok Aba gembira sangat yang abang berjaya menjadi tukang masak dan dia gembira sangat apabila dia tengok abang gembira dapat pakai seragam tu." Taufan memandang ke arah seragam tukang masak milik Gempa yang tergantung di pintu almari.
Gempa terdiam seketika, dia turut memandang seragamnya itu. Memang benar dia berjaya menjadi tukang masak profesional kerana impiannya menjadi seperti Tok Aba.
"Taufan dengar juga yang abang nak tolong Tok Aba di kedai dia. Abang jangan menyerah sekarang kerana Tok Aba sudah tiada, abang tuntut janji abang kepada Tok Aba. Ambil alih kedai dia, ini adalah masa yang tepat abang kotakan janji abang." Taufan menyerahkan segugus kunci di atas telapak tangan Gempa.
"Kunci ni." Gempa memandang kunci-kunci tersebut.
"Ayah yang suruh Taufan untuk serahkan kunci ni kepada abang, dia kata abang berhak untuk menyimpannya. Mari kita sama-sama hidupkan semula kedai Tok Aba!" Taufan tersenyum lebar.
"Kita?"
"Ya! Taufan nak tolong abang untuk hidupkan semula kedai Tok Aba! Taufan nak belajar memasak macam abang!" balas Taufan dengan teruja.
Gempa terdiam seketika, sebuah senyuman terhasil di bibirnya. Tingkah laku Taufan membuatkan dia mengingati dirinya semasa kecil kerana kali ini Taufan pula mengikuti jejak langkahnya dan mengambil bidang kulinari di universiti.
YOU ARE READING
Our Family Cafe [BBB Elemental Malay Fanfiction]
Fanfiction1 cawan susu full cream 1 sudu besar gula 1/2 sudu besar serbuk koko 40gram dark choco Toppings: Whipping cream, choco syrup dan choco flakes Resepi yang mengimbau kenangan silam berada di dalam tangannya setelah peninggalan datuknya. Gempa, seora...