RESEPI 2

74 8 31
                                    

"Sampai hati kau guna aku jadi kuda kau?" Solar menatap datar ke arah Duri, tangannya berusaha mengelap cap jari pada cermin matanya.

"Maafkan Duri, Abang Sol. Duri tak sengaja," ucap Duri.

"Hm, yalah."

"Luka kau macam mana?" soal gadis yang menyelamatkan mereka bertujuh kepada Gempa.

"Nasib baik luka kecil je, terima kasih sebab selamatkan kami." Gempa membalas.

"Perkara biasa sahaja, tempat situ memang banyak biawak sebab itu jarang orang menjual di situ dah."

Mereka semua sekarang ini berada di klinik berdekatan kerana gadis itu membawa mereka semua akibat dari jatuh sebentar tadi, risau jika sesiapa tercedera semasa jatuh itu.

"Kau memang biasa lalu situ ke?" soal Gempa dengan perasaan ingin tahu.

"Ya, aku selalunya pergi ke kedai kek yang aku selalu pergi melalui jalan itu. Tiba-tiba aku dengar korang semua menjerit, itu yang aku datang." Gadis itu memberi keterangan.

"Ohhh."

"Oh ya! Sembang punya sembang, apa nama kau?" soal Gempa.

"Aik, jiran sendiri takkan tak kenal?" balas gadis itu.

"… Huh?! Jiran?!" Gempa terkebil-kebil.

"Ya, takkan kau dah tak ingat aku? Aku selalu main dengan kau kat kedai Tok Aba, okey?" Gadis itu mencebikkan bibirnya.

".. Nanti, kau Yaya?!" Gempa menerbeliakkan matanya.

"Huh?! Kak Yaya?!" Taufan dan Halilintar secara serentak, mereka turut terkejut.

"Hah! Curi dengar orang tua cakap!" Duri menunding jarinya ke arah Taufan dan Halilintar.

"Orang tua?!" Gempa dan Yaya menatap tajam ke arah Duri secara serentak.

"Eh! Ta..Tak! Akak ngan abang tak tua, hehe." Duri bersembunyi belakang Solar.

Gempa berdehem.

"Weh, betul ke kau ni Yaya?! Kau nampak lain weh!" puji Gempa.

"Haha! Punyalah lama kau tinggalkan Pulau Rintis, sampai kau lupa aku ya?" seloroh Yaya.

"Maaflah, aku sibuk sangat sampai aku jarang datang ke Pulau Rintis." Gempa menggarukan kepalanya.

"Kau dapat jadi tukang masak ke?" soal Yaya.

"Ha'ah!" balas Gempa.

"Wah, tahniah! Kau mesti hebatkan jadi tukang masak, macam atuk kau."

"Hehe, terima kasih."

"Amboi, kemain gembira mereka tu bersembang sampai tak ingat kita." Taufan berbisik.

"Masalahnya siapa tu? Aku tak kenal pun?" Blaze menggarukan kepalanya.

"Duri pun! Kawan baik Abang Gempa ke?" Duri pula mencelah.

"Ya, kawan lama Abang Gempa masa kecil. Korang ingatkan yang ayah selalu cakap Abang Gempa selalu tinggal dengan Tok Aba masa Tok Aba masih sihat, kan? Abang Gempa dan Kak Yaya selalunya bermain di kawasan kedai Tok Aba sama-sama masa mereka kecil," terang Taufan. 

"Ohhhh, faham!" Blaze, Duri, Ais dan Solar menganggukkan kepala mereka serentak.

"Kenapa kau pergi ke kedai Tok Aba tu?" Yaya melontarkan soalan lagi.

"Cuma nak tengok-tengok dahulu, sebenarnya aku diwasiatkan oleh Tok Aba untuk jaga kedai itu."

"Oh! Baguslah tu, aku setuju!" Yaya berasa teruja apabila Gempa ingin menjadi pemilik  kedai milik Tok Aba.

Our Family Cafe [BBB Elemental Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now