𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠

24 5 0
                                    

"Hanniel, nanti besar kita kahwin nak tak?" soal Nuha sambil menguriskan namanya dan Hanniel di atas pasir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hanniel, nanti besar kita kahwin nak tak?" soal Nuha sambil menguriskan namanya dan Hanniel di atas pasir. Bentuk hati diletakkan di tengah-tengah.

"Kalau kita dah tak jumpa lagi macam mana?" Hanniel pula menyoal. Tangan sibuk menyusun ranting kayu membentuk sebuah rumah.

"Alaaa.. sebab itulah Niel kena janji dengan Nuha. Niel kena cari Nuha tau nanti besar. Pastu nanti kita kahwin." Nuha muncungkan bibirnya kedepan.

"Yela Nuha. Tapi kan kau kata kau nak pindah. Kau tak bagitahu lagi kat aku kenapa kau nak pindah." mata tepat memandang wajah comel Nuha, pujaan hatinya.

"Nuha pindah dekat aje. Haritu abah kata dekat KL. Tapi abah tak bagitahu pulak kenapa nak pindah. Alaaa.. bukannya jauh pun."  ujar Nuha sambil mengangkat kedua bahu tanda tidak tahu.

Hanniel menunjal kepala Nuha. "Banyak la kau tak jauh. Kita ni dekat Johor." sampuk Hanniel.

"Ishh sakitlah. Bagitahu abah kita." Nuha mengusap perlahan dahinya yang menjadi sasaran sebentar tadi.

"Atototo, sakit ye. Padan muka." Hanniel mengelus lembut rambut Nuha sebagai tanda meminta maaf juga sebagai tanda mengejek.

Nuha menepis lembut tangan Hanniel lalu berdiri dari cangkungannya. Dia mengibas hujung baju skirtnya yang terkena tanah.

"Saya balik dulu lah. Nanti ibu marah pulak sebab saya balik lambat." adu Nuha.

"Alaa.. awalnya nak balik. Hmm apa kata kita buat janji." Hanniel menanyangkan jari kelingkingnya di hadapan Nuha.

"Janji apa?"

"Macam yang kau cakap tadi, kau kan nak pindah. Jadinya.. walau apa pun yang terjadi, kita tetap kena berjumpa suatu hari nanti. Deal?" terang Hanniel dengan bersungguh-sungguh.

"Deal." Nuha menautkan jari kelingkingnya di jari putih Hanniel. Bibir diorak membentuk satu senyuman yang manis.

Mereka melepaskan tautan pada jari kelingking mereka. Hanniel turut berdiri dari cangkungngannya selepas itu.

"Hmm tadi kau kata nak balik kan, pergilah. Esok jumpa kat sini tau. Macam biasa, lepas asar."

"Kalau macam tu saya balik dulu tau. Muahhh. Bye." Nuha mencium pipi Hanniel sebelum mencicit lari meninggalkan Hanniel seorang diri.

Hanniel memegang pipinya yang baru dinodai itu. Telinga dan pipinya mula memerah. 'Mama, Nuha kiss kitaa'

Tangan Nuha yang mahu memulas tombol pintu terhenti apabila mendengar jeritan ibunya dari dalam rumah.

"Ceraikan I! Buat apa you simpan perempuan macam I ni lagi. Lepaskan jela I." bentak Puan Dian.

Mengapa ibu abah bertengkar?

Dengan segera Nuha memulas tombol pintu rumah. Kornea matanya kini jelas menunjukkan sepasang suami isteri yang sedang berdebat mulut. Atau lebih tepat, ibu bapanya.

Maleeka: Her FateWhere stories live. Discover now