Pagi Isnin itu menjadikan hari yang sungguh mendebarkan bagi seaorang gadis yang bernama Haifa Hazwani. Beliau baru sahaja memasuki ruangan parkir Kompleks Dewan Undangan Negeri . Gadis yang berumur 25 tahun itu betul-betul berharap agar temuduga yang akan dihadiri nya itu akan menjadi temuduga yang terakhir.Mudah-mudahan beliau diterima untuk bekerja di pejabat itu
Setelah hampir berbulan-bulan dirinya menganggur kerana majikan lamanya Dato Hambali membuat keputusan untuk bersara dari menjadi Exco Kerajaan Negeri dan arena politik. Terus sahaja dirinya kehilangan tempat untuk mencari rezeki untuk menanggung perbelanjaan keluarganya di kampung.
Tetapi dirinya tetap bersyukur kerana atas jasa baik Dato Hambali yang menolong dirinya dengan aturkan temuduga pada pagi itu.
Dengan memulakan langkah kaki kanan nya, Haifa terus melangkah memasuki pintu utama Kompleks Dewan Udangan Negeri itu dan menuju ke kaunter lobi.
" Assalamualaikum.Tumpang tanya, saya ke sini untuk menghadiri temuduga sebagai pembantu peribadi Dato Menteri Besar.Dekat mana tempatnya yer?" tanya Haifa pada wanita yang berada di kaunter itu.
" Waalaikumsalam Oh !!! Pejabat Menteri Besar dekat aras 3.Cik boleh naik lif dekat sebelah kanan sana ya" jawab wanita tersebut.
" Baik !! Terima kasih" dengan itu Haifa terus berlalu menuju ke arah lif untuk naik ke aras 3" Fuhhhhhhhhh....Harap-harap berjaya lah" setelah menghembus nafas beratnya, pintu lif pun terbuka menandakan beliau sudah tiba di aras Pejabat Menteri Besar Negeri di utara tanah air itu.
Haifa terus mengatur langkah kaki menuju ke arah kaunter lobi aras 3 itu .
" Haifa Hazwani ya?? tanya wanita yang berada di kaunter itu apabila melihat Haifa menghampiri nya.
" Hi..Saya Kak Fiza..Kamu nak temuduga untuk PA Datuk kan.Kamu duduk kejap dekat ruangan menunggu tu.Akak nak inform Datuk dulu yang kamu dah sampai " jelas wanita yang selesa digelar Kak Fiza itu.Seketika kemudian Kak Fiza kembali semula ke ruang lobi .
" Haifa! Kamu dah boleh masuk ya. Selamat berjaya" kata Kak Fiza sambil tersenyum kepada Haifa.
" Terima Kasih Kak" balas Haifa lalu mengatur langkah ke arah bilik Dato Menteri Besar itu.Setelah mengetuk pintu, Haifa memulas tombol dengan kanan nya manakala tangan kirinya pula memegang fail resume untuk ditunjukkan pada Dato Menteri Besar sebentar lagi.
Dengan perasaan yang berdebar-debar beliau melangkah masuk.Setelah memasuki ruangan bilik yang tersergam luas itu, Haifa dapat melihat satu susuk tubuh yang sedang duduk di meja kerja dengan mata yang sedang meneliti fail yang di pegang nya.
Figura tersebut ada Dato' Prof Dr Ghazlan Othman, Menteri Besar Negeri di utara tanah air itu. Beliau merupakan seorang tokoh politik yang sangat di disegani dan dihormati.Sebelum memasuki dunia politik beliau merupakan seorang professor yang mempunyai kepakaran dalam fiqh yang merangkumi kenegaraan, perubatan, dan keagamaan.Jadi tidak hairan lah kenapa nama beliau amat disegani apabila memasuki arena politik sehingga diangkat menjadi Menteri Besar.
" Ermmm.. Assalamualaikum" Haifa memberi salam apabila dilihat Dato Yang Berhormat itu tidak perasan akan kehadirannya.
" Ehh Haifa.. Sorry !! I tak perasaan tadi.. Actually i've waiting for you all morning" kata Dato Ghazlan dengan ramah.
" Maaf Datuk!! Saya dah terlambat ke? " tanya Haifa yang sudah risau ketika itu sambil mengatur langkah merapati meja kerja Dato Ghazlan
" No lah!! its just Dato Hambali have been calling me all morning, asking me if you already here or not." kata Dato Ghazlan lalu menyambut resume dari tangan Haifa." You can make your self confortable over there.I'll be there shortly" arah Dato Ghazlan agar Haifa duduk di sofa yang disediakan untuk tetamu.
" Haifa Hazwani, umur 25 tahun.Lepasan graduan dari UUM and pemegang ijazah pengurusan sistem pejabat." terdengar suara Dato Ghazlan yang sedang meneliti resume Haifa pada ketika itu.