🧒5👦

900 49 13
                                    

Author pov

"Hai abang Ad" Fahim tersipu malu bila Adrean kalih dia sengaja lalu dekat bangunan tingkatan 5 sekadar cuci mata.

Adrean buat tak endah

"Abang Ad je? Abang-abang lain tak nak?" usik rakan kelas Adrean ramai bersiul sampai gamit satu kelas.

Fahim blushing suka dia kena usik dengan abang-abang senior tapi senyuman dia mula luntur bila dia nampak Evan berjalan dekat koridor.

"Apa dia buat kat sini?" desis Fahim.

Sementara itu, Evan mencari-cari kelas si serigala. Coach Adrean terserempak dengan dia dan minta tolong berikan kunci stor pada Adrean.

"Aku mana lah tahu kelas dia kat mana" rungut Evan dari tadi ramai lah juga tengok dia mungkin sebab dia sorang je yang jalan macam orang hilang duk intai-intai kelas orang.

"Cari siapa dek?" tanya seorang pelajar perempuan pada Evan.

"Ah sorry kak uhm akak tahu kelas Adrean?" tanya Evan. Pelajar perempuan itu senyum "Adrean je?"

Evan kerut dahi lah takkan kena sebut nama penuh kalau nak panggil si serigala tu "salah ke?" soal dia balik.

Pelajar perempuan tu ketawa "taklah tapi jarang ada yang berani panggil Adrean" Evan senyum kelat kalau dia tak kena paksa dengan coach tadi takdenya dia jejak kaki kat sini.

Evan tarik tangan perempuan tu dan beri kunci pada dia "akak jelah bagi saya takut kang saya kena pukul" alasan dia.

"Eh kenapa akak pula takpe² akak teman beranilah si Ad nak pukul awak" Damia tarik lengan Evan menuju kelas Adrean.

Mereka berjalan ke koridor dan Evan nampak Fahim di seberang "ah akak saya tak jadi bagi, akak jelah" seboleh-bolehnya dia nak lepas rangkulan tangan Damia.

"Kuatnya minah ni alahai Awish lengan pun macam ranting pokok" desis Evan dalam hati.

"Mana boleh tu kan amanah awak" Damia berkeras seret Evan.

"Amanah tak amanah aku taknak jumpa dia" Peluh dah Evan sekarang lagi-lagi bila nampak Fahim tenung dia tajam.

Tok

Tok

"Ad!" jerit Damia dah satu kelas pandang pintu masuk. Evan sorok belakang Damia dia dah kata tubuh Awish ni pendek.

"Sempat lagi nak lari" Evan jengkit perlahan-lahan cuba untuk pergi dari situ dia sendiri pelik kenapa Fahim boleh ada dekat sini.

Dia punya kalut sampai terlanggar orang depan.

Bruk

"Aduh" sakit punggung terhentak dekat simen sedangkan lelaki yang dia langgar tu berdiri statik je.

"Berani kau langgar aku" dengar suara berat buat Evan kecut perut kalau pelajar tingkatan 4 dia boleh tibai lagi tapi kebanyakan pelajar lelaki tingkatan 5 adalah atlet mahu lunyai badan dia.

"S-sorry" Evan tak berani nak pandang, dia kena tarik sampai terbangun "kau budak mana?" orang boleh tahan tapi muka lagi samseng dari Adrean.

"Tamatlah riwayat aku" desis Evan.

"Saya form 3" Evan betulkan baju yang lelaki tadi tarik.

"Tak takut jalan sorang budak gay?" ejek lelaki itu. Evan terus pandang tak puas hati asal semua nak menyibuk lantak dialah nak gay ke tak.

Evan silang tangan "come again?" dia mula jengkel. Budak lelaki itu dekatkan wajah dekat Evan tapi dia mundur ke belakang.

"I said you are gay" lantang lelaki itu.

TUKARWhere stories live. Discover now