🧒10👦

878 55 8
                                    

Author pov

Flashback

"Hai Van" Hayden usap kepala Evan tapi ditepis kasar.

"Rosaklah rambut aku" rungut Evan tapi dibalas dengan kekehan dari Hayden. Evan baru habis main bola sepak sementara Hayden baru tamat latihan ragbi.

"Ahh tak sabar nak habis sekolah" Hayden baring atas rumput sementara Evan hanya pandang dia.

"Aku tak sabar nak bagitahu seseorang yang aku dah lama cintakan dia"

Deg

Sebab itu Evan tak pernah ungkapkan perasaan dia pada Hayden kerana Hayden sudah mempunyai pujaan hati.

"Goodluck" Evan senyum paksa.

"Thanks Van i really need it" senyuman Hayden merekah.

End of flashback

AAAAAARGGHHHHH!!!

Evan tersedar sambil menjerit histeria mengejutkan Kamal dan Hayat yang ada dekat BK.

"Awish okay?" mereka pegang bahu Evan yang bergetar, terkejut mereka bila Adrean dengan cemas mengendong Evan yang tak sedarkan diri.

"Hiks...hiks" dada Evan rasa sakit dia pukul sekuat hati tapi Hayat hentikan dia "Dah Awish kenapa ni? Awish?" airmata Evan berjuraian.

Tangisan Evan tak kunjung berhenti Kamal segera telefon pembantunya untuk ambil mereka pulang nampak gaya keadaan Evan seperti mengalami trauma.

"Awish kita balik okay?" Mereka papah Evan sampai pintu gerbang. Ada yang pandang pelik dekat Evan kerana dia menangis teresak-esak.

"Daiyan" Evan menoleh dekat sahabatnya dulu tapi lelaki itu berjalan melepasinya kalau boleh dia nak peluk sahabat dia dan mengatakan betapa rindunya dia pada mereka.

Ayah Afeef terkejut tengok Evan "kenapa dengan Evan?" mereka balas dengan gelengan. Evan peluk ayah Afeef dengan erat.

Dia tak sedar sesakit ini menangung rindu..

Hiks hikss

Tangisan tak kunjung berhenti buatkan ayah Afeef risau dia cuba pujuk Evan.

"Aku tau kau tengah risaukan dia tapi jangan bawa sampai game" nasihat Hayden pada Adrean lalu dia tepuk bahunya. Hari ni Adrean tak fokus langsung fikiran dia tertuju pada Evan.

"Bro kau asal?" Khai tengok muka Adrean cemas semacam, Adrean tak balas dia sendiri terkejut bila Evan pengsan tadi.

Malamnya..

Muka Evan sembam dia tak bermaya walaupun dah lama dia dalam tubuh Darwish tapi bila dia jumpa kawan-kawannya dia sedar yang dia rindukan mereka.

Bila teringat Hayden dia rasa seperti mengkhianati lelaki tersebut. Hatinya sudah dimiliki orang lain tanpa Evan sedar.

Tok

Tok

Pintu dibuka oleh ayah Afeef "masuklah nak" Evan termenung sambil peluk lutut dia kuis je nasi tapi tak masuk mulut.

"Hei..." suara seseorang mengejutkan dia.

"Ad?" Adrean berdiri dengan baju santai sambil pandang redup kearahnya. Ayah Afeef masuk bilik dia tak nak ganggu mereka.

"Kau okay?" tolonglah jangan tanya soalan ni dah pasti airmata dia akan berjuraian lagi. Evan lari memeluk tubuh Adrean erat.

"Hiks...Ad..hiks"

Esakan dia menyakiti hati Adrean, Evan tarik Adrean masuk dalam bilik dan dia menangis di pangkuan Adrean.

"Are you scared?" soal Adrean lalu Evan geleng.

TUKARWhere stories live. Discover now