Bab 20 - Demam

988 16 0
                                    

“Apa…apa yang kau buat ni?” tanya Tony termengah-mengah menahan kesakitan.

Lututnya telah ditembak ketika cuba melarikan diri. Manakala orang-orang bawahannya pula, mati seorang demi seorang di hadapan matanya sendiri.

Tony melihat ibu ayam berjalan berlenggang dengan memegang sepucuk pistol di tangan. Dia kemudiannya duduk di hadapannya sambil dua orang lelaki memaksa Tony melutut di hadapan wanita tersebut.

“Sebab seorang pelacur je? Kau sanggup buat semua ni?” soal Tony bagaikan tidak percaya.

Ibu ayam mengacukan pistol ke dahi Tony, suaranya sedih menjawab, “sebab dia anak aku…”

Blam!

“Habis huru-hara, di dalam satu hari begitu banyak kematian,” ucap pegawai polis yang menguruskan kes.

“Maaf, tuan. Bukankah kita tahu siapa yang melakukannya?” tanya anggotanya.

“Dia dah siap dengan peguam…cakap ada alibi yang kuat,” beritahu pegawai polis tersebut.

“Alibi tahi kucing!” sambungnya lagi.

Selepas lebih 48 jam mengurung suaminya di dalam stor, akhirnya Zahlia dapat memastikan yang mengawal tubuh suaminya kini adalah Aeril.

“Kasihan suami aku, sampai demam kena kurung,” ucap Zahlia mengelap tuala basah pada dahi suaminya.

Tetapi dia tidak mahu mengambil risiko, teruk padahnya sekiranya masih Badri yang mengawal tubuh suaminya. Pada awalnya, Badri cuba untuk menipunya.

“Sayang, lepaskanlah abang, sayang…abang lapar, haus…” rayunya.

“Oh, abang nak air arak yang abang awak bawa ke? Saya boleh ambilkan,” tanya Zahlia.

“Nak! Cepat ambilkan untuk aku sekarang!” ucap Badri teruja.

Zahlia tersenyum. Di dalam perjalanan keluar dari bilik stor, dia mendengar suara Badri memaki hamunnya kerana telah menipunya.

Hanya pagi tadi, kelakuan suaminya berubah dengan bertanya, “awak, mana lelaki botak tu? Dia ke yang ikat saya? Apa yang dia dah buat dekat awak?”

“Di mana pertama kali awak jumpa saya?” tanya Zahlia tegas.

“Eh, kenapa awak tak jawab soalan saya? Mestilah saya jumpa awak dekat gerai awak meniaga dulu,” jawab suaminya.

Belum sempat dia bertanya lebih lanjut, Aeril bercerita sambil tersenyum, “masa tu awak pakai baju kurung bunga-bunga warna putih dan biru, tudung warna pink terang…”

Zahlia terkedu, lalu bertanya, “lauk kegemaran awak makan dengan nasi lemak saya?”

“Mestilah rendang kerang. Dah lama saya tak makan nasi lemak awak dengan rendang kerang,” beritahu suaminya.

Selepas mendengar apa yang dikatakan suaminya, Zahlia lekas mengambil pinggan yang telah disediakannya di atas meja. Dia sememangnya menyiapkan lauk dan nasi lemak tersebut kerana merindui Aeril.

Matanya teruja melihat nasi lemak bersama rendang kerang yang dibawakan isterinya. Lalu dia berkata, “sayang, boleh suapkan abang?”

Melihat suaminya begitu berselera memakan makanan yang disuapnya, air mata Zahlia berlinangan. Cara kunyah dan bagaimana dia mahu disuapkan, betul-betul sama ketika mereka bersarapan bersama dahulu.

“Abang ingat lagi tak, apa yang abang cakap selepas tersesat jalan dulu?” tanya Zahlia.

“Hehehe…abang ajak awak kahwin. Awak cakap tak nak sebab tak kenal,” cerita suaminya tersengih.

Zahlia [Complete]Where stories live. Discover now