"YANG kau pegang tu ayam, Fatihah." Aku menegur Fatihah yang sedang menyentuh ayam dengan hujung jari telunjuk.Takut-takut saja gayanya.
"Aku tak bodoh sangat, Daliya."
"Kenapa kau pegang macam ni first time kau tengok ayam yang bogel dan belum dipotong, eh?" soalku dengan nada mengusik.
"Aku cuma nak check sama ada ayam yang kau nak beli ni segar atau tak. Kan kau pernah cakap macam mana nak check dulu."
Aku mengangguk mengerti. "Okey, macam mana? Pilihkan seekor ayam yang segar. Aku nak masak nasi arab. Nak bagi dekat umi dan abi sekali."
Fatihah memandangku dengan mata yang membulat luas. Aku menahan senyum yang mahu terukir. Gelabah!
"Cepatlah! Banyak lagi nak dibeli ni."
Fatihah menjuihkan bibir ke hadapan. "Aku lupalah... kita kena bau ke?"
Aku tergelak perlahan. Kepala sudah tergeleng-geleng sendiri.
"Kau selamat sebab aku nak cepat. Kalau tak, memang dekat sini juga aku buka kelas khas untuk kau."
Fatihah menampar perlahan bahuku sebelum mengatur langkah menjauhiku. Sama ada kerana dia merajuk atau pun dah malas nak layan usikan aku.
Selesai memilih ayam, aku merapati susuk tubuh Fatihah yang berdiri di hadapan satu rak yang menempatkan pelbagai jenis botol sos dan kicap.
"Kau biasa ambil jenama yang mana satu ni?" Fatihah menyoal.
Aku menunding jari ke arah satu botol.
"Weh, lama tak nampak jenama ni! Dekat sana tak ada pun. Aku terpaksa beli yang kurang kena dengan tekak aku..."
"Ada beza ke?"
"Entah." Fatihah angkat bahu.
"Apa kata kalau beli jenama yang ni pula? Kita tengok ada beza ke dengan yang kita biasa beli."
"Tak payah, membazir! Ambil sajalah yang ni."
Sedang aku dan Fatihah sambung bertelingkah tentang sama ada kami patut mencuba jenama sos cili yang lain atau tidak, kami ditegur dengan satu deheman yang keras.
Kami berpaling ke belakang dengan pantas. Saat tersedar yang kami mungkin sedang menghalang orang lain daripada mengambil sos cili ini, terus aku menarik tangan Fatihah untuk ke tepi.
"Maaf, maaf." Kalut Fatihah berkata.
"Kau orang berdua masih lekat berkawan sampai ke tua, eh?"
Keningku terangkat saat mendengarkan itu. Perempuan di hadapan aku dan Fatihah ini... bercakap dengan kami ke?
"Excuse me?"
Fatihah yang pertama menyoal. Menjadi wakil kepada aku yang jelas malas mahu membuka mulut.
Perempuan itu berpaling dengan senyuman.
"Ya, Puan Fatihah?"
"You kenal I ke? Wait, muka I nampak macam dah kahwin ke?" soal Fatihah dengan riak bengang.
Aku ketawa perlahan. Sangat perlahan. Mana mungkin aku ketawakan Fatihah yang sedang menahan rasa bengang itu. Mahu aku sekali yang jadi mangsa.
"I kenal you. You tak kenal I ke? Daliya... Fatihah?"
"Siapa eh? You kawan atau musuh? Sebab biasalah, kami ramai musuh daripada kawan. Kalau ada pun, awal-awal saja kawan tapi rupanya musuh dalam selimut. I pun tak faham kenapa boleh macam itu..."

ANDA SEDANG MEMBACA
Noktah Yang Terhapus | C
RomanceOGOS 2023 Blurb: DALIYA menyangka kisah sepuluh tahun lalu akan terus bernoktah. Namun noktah itu telah terhapus. Atau hakikatnya, noktah itu memang tak pernah wujud? "Dah sepuluh tahun aku pendam dan selama itu, setiap detik aku berharap aku dapat...