24

55 5 0
                                    


"Rindunya makcik kat kamu Ket. Ramai tanya makcik bila kamu nak balik dan hantar nasi lemak berlauk kat sini"

"Alhamdulillah. Allah izinkan saya mencari rezeki menumpang kat gerai ni' Ket tersenyum dan mengatur bungkusan nasi lemak.

"Berapa lama cuti kali ni?" Harapnya lama lah sikit. Jualan dia meningkat kalau ada nasi lemak Ket. Ada juga penjual lain yang meletakkan nasi lemak di gerainya cuma tak selaku nasi lemak Ket.

"Dua bulan makcik.InshaAllah saya hantar tiap-tiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad atau kesihatan tak mengizinkan" dia sentiasa berdoa supaya sihat agar dapat menjaga neneknya bila diperlukan.

"Makcik doakan Ket dan nenek Ket sentiasa sihat sebab makcik ni tak sabar nak makan nasi minyak kamu Ket. Nenek kamu kata tahun depan nak langsungnya,betul ke?"dua minggu lepas Nenek Ket datang ke gerainya membeli kuetiau goreng dan kuih-muih. Selalunya bibiknya yang datang membeli tapi pada hari tersebut.....

"Bibik kena masuk wad. Denggi" dan dapatlah dia bersembang panjang dengan Nenek Ket. Barulah dia tahu Ket telah dua tahun bertunang dan akan melangsungkan pernikahan dengan tunangnya bernama Zahir yang sama-sama mengaji di Amerika. Nenek Ket siap tunjuk gambar bakal cucu menantu di telefon bimbit..Tinggi macam pelakon Korea, muka pandai berkaca mata macam profesor-profesor. Ada rupa sepadan dengan Ket. Kalau ada rezeki anak,entah-entah siap dapat offer boleh berlakon Penthouse.

"Makcik,nanti update la ya berapa bungkus tak habis. Esok saya kurangkan kalau tak laku sangat hari ni."dia dah menghidupkan enjin vespa birunya. Dengar kata bibik guna bawa Nenek pergi Speedmart taman sebelah. Jadi enjinnya sentiasa elok dan berguna.

"Yelah,nanti makcik whatsapp kamu. Tapi makcik gerenti confirm licin ni."Ket nak lari topik la tu. Dia faham. Gadis tu memang introvert kalau tak kena gaya pancingnya. Tadi tu salah pancing topik la tu sebab tu Ket laju je nak melarikan diri.

"Amiiin. Saya gerak dulu nak pergi pasar beli barang basah."helmet pun dah dipakai.

"Hati-hati Ket. Elok-elok bawa motor tu" nasihat pada Ket seperti nasihat anak sendiri. Mujurlah anaknya semua dah kahwin kalau tak,dia nak juga bermenantukan Ket

"InshaAllah. Assalamualaikum " menonong dia meluncurkan vespa biru kesayangan.

Selamat akhirnya. Dia memang nak melarikan diri dari topik kahwin. Seram. Malam semalam dia Skype dengan Faty berkongsi perasaan libang-libunya.

"First of all I have to say this. I am listening but to give an advice,I am surrendering happily." Faty berkata jujur bukan bergurau. Dia sendiri takut membayangkan kahwin tengah berkecamuk nak pulun study.

"Sempat ke dalam setahun ni aku ready mental aku,fizikal aku nak jadi isteri yang baik ni?"

"Tang fizikal aku tengok kau cantik dah,tak payah nak ke spa and sauna pun. Tapi tang mental tu,aku rasa kena ready la mana yang patut. Terkejut pula nanti tengok ada lelaki serumah" mesti sunyi sepi rumah Ket dan Zahir nanti. Kalau Ket terkejut tiba-tiba ada suami kat sebelah,barulah chaos sikit kot. Tapi entah-entah Zahir ni kalau kena sepak jatuh katil pun,tak bising. Ket ni tidur boleh tahan lasak. Bangun pagi semua bantal kat bawah katil.

"Kau tengah baca buku apa sekarang ni?"

"Tentang Cinta" dia tak hairan Faty membaca buku cintan cintun ni. Dia pun kadang-kadang layan juga tapi bukan heavyweight punya. Love fiction boleh jatuh raking kesepuluh dalam elibrary dia. Tapi bagi Faty, Love Fiction ranking pertama sedangkan dia mestilah science fiction.

"Cinta lagi.."

"Bukan novel la Ket. Ni buku self esteem punya. Bahasa Ustaz ni guna simple but wonderful."

"Oh ustaz ke?ebook tak ada ke?"

"Kau tu dah kat Malaysia,pergilah Popular tu cari buku ni. Best and highly recommended "

Dan gara-gara itu,selepas dia ke pasar mencari ikan bilis,bawang merah,bawang putih,halia dan timun,dia pantas ke Popular selepas meletak barang di rumah. Pandai-pandai lah bibik Hasanah simpan.

Kalau dah jejak Popular ni bukan setakat satu buku je dia rembat,mau sederet buku kaup licin. 

"Hai,sorang je ke?"aaa sudah siapa pulak nak mengurat dia ni. Itulah Zahir bagi cincin,kau tak pakai dengan alasan susah nak hiris timun. Di buat dek je tak melayan teguran tersebut. Dia masih khusyuk baca blurb di buku Tentang Cinta. Menarik patutlah Faty baca. Cinta yang dicari adalah baik tetapi cinta yang yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik. Akulah tu kan.

"Amboi tak kenal kita dah maklumlah dah belajar kat oversea" mendengarkan bait patah itu yang membuatkan dia memandang tuan punya suara. Muaz! Dan Mine 

"Allahuakbar. Sorry. Akak khusyuk tengok buku ni. Acik awak kata buku ni best tu yang akak cuba cari kat sini" Muaz pandang buku yang berada di tangan Ket. Dia mengerutkan dahi.

"Buku ni Angah yang belikan untuk Acik. Padanlah kita cari satu rumah tak ada. Dah selamat berhijrah ke Jepun rupanya Ngah"Mine hanya menyimpul senyuman. Kekok pula rasa berdiri begini dengan adiknya dan Ket. Bagaimanapun reaksi Ket selamba je. Macam dulu-dulu.

"Yelah. Angah dah agak dia bawak sekali masa balik cuti dulu. Malas nak bising je"harap-harap buku tu pandai la beli tiket flight balik rumab nanti. Dah la dia punya dapat versi hardcover.

"Eh akak,jomlah kita pergi makan. Angah baru dapat gaji ni. Jomlah kita pow dia" dalam matanya dah terbayang keenakan sizzling yee mee dan chicken chop. Tak sabar nak pow Angah.

"Tak pe la. You guys enjoy your meal. Nenek ajak lunch sama kat rumah hari ni. Bibik Hasanah buat gado-gado harini. Tak tidur malam dia buat kuah kacang tu."yang sebenarnya bibik masak otak-otak frozen dengan tumis sayur je. Tapi nak menampakkan kuatnya alasan dia nak balik,terpaksalah buat white lies sikit.

"Ala.. tak dapat nak sembang panjang dengan akak. Kan Angah"

"Biarlah. Nenek dengan bibik kan dah lama tak jumpa Ket. Rindu lah tu" 

"Ok lah . Akak nak bayar dulu ni." Akhirnya sebuah buku je dapat dirembat dalam keadaan kelam kabut. Dia meminta diri ke kaunter kedua beradik tu mengangguk serentak.

"Angah, tak tercapai hajat Angah nak bersembang panjang kan"

"Eh kau kan yang nak sembang tadi kenapa kaitkan dengan Angah" Mine dah bergerak ke rak buku thriller. Tema kegemarannya.

"Ingat kita ni tak nampak ke tadi" mesti Angah acah-acah tak faham ni. Bukan dia buta. Teringat memori setengah jam lepas semasa mereka mencari parking di Aeon Bukit Raja ni.

"Bukan ke tu motor Kak Ket? Yelah betul la motor dia BX123." Serentak itu Honda City Angah brek mengejut. Mujur tak ada kereta di belakang,kalau tak mau cium bumper hari ni.

"Yelah tu" kemudian Angah yang mengajak dia ke Popular walaupun baru tiga malam lepas mereka ke situ memborong buku nota SPM. 

"Ha apa yang kau nampak Muaz Sobri?" Sinis gayanya Angah menyoal macam dia dah masuk zon Krakatua ni.

"Tak ada apa"

Sesungguhnya Ahmad Muhaimin faham penolakan halus Siti Khadijah. Fitnah itu tidur. Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.Riwayat al-Rafi'e dalam al-Amali ini mengingatkannya pada respon Ket. Dengan situasi Ket sebagai tunangan orang,eloklah dijauhi oerkara yang boleh membawa fitnah ini. Period.

[💚COMPLETED] JODOH MR.MINETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang