Di hadapan sebuah pintu gergasi yang bercat mahogani serta dihiasi hasil ukiran tangan si pengukir kerajaan, Raja Kuldar berjalan ke kiri dan ke kanan dengan riak wajah yang risau. Ada masa dia akan berhenti sebentar sambil memeluk tubuh kekarnya. Kemudian, berjalan semula seperti menunggu sesuatu.
Dayang-dayang serta pengawal istana hanya mampu melihat raja mereka. Kejadian ini bagaikan dejavu seperti 7 tahun yang lalu, semasa Putri Mahkota Kirana dilahirkan.
Walaupun si raja pernah mengalami rasa gembira, takut dan risau yang membuncah dalam dirinya 7 tahun yang lalu, tetap sahaja dia tidak dapat menahan rasa cemasnya. Suami mana yang mampi duduk tenang disaat isteri kesayangannya bertaruh nyawa untuk melahirkan anak mereka.
Isterinya sedang melahirkan cahaya mata kedua mereka. Sesekali jeritan kesakitan akan kedengaran, menunjukkan perjuangan sang ratu. Setiap jeritan kesakitan yang didengari, Raja Kuldar hanya mampu memanjatkan doa semoga isterinya mampu bertahan.
Jangan ditanya mengapa sang pemerintah itu tidak menemani isterinya melahirkan, kali terakhir dia melihat darah yang banyak keluar daripada tubuh bawah sang isteri semasa melahirkan Kirana, Raja Kuldar yang gagah dan tegah itu pitam dahulu sebelum isterinya.
"Tuanku, minumlah dulu teh ini untuk mengurangkan rasa cemas, " seorang dayang meletakkan dulang emas dimeja dan kemudian menunduk hormat.
Raja Kuldar hanya mampu mengangguk. Namun teh itu hanya dibiarkan menyejuk di sana.
Di dalam ruangan persalinan, sang bidan kerajaan terus mengarahkan Ratu Hairin untuk menolak bayi daripada dalam rahimnya.
"Sikit lagi yang mulia," ujarnya si bidan lembut namun meyakinkan.
Salah seoranh dayang yang berada di sisi Ratu Hairin tidak lelah hanya untuk mengelap peluh yang membasahi kulit mulus ratunya.
"Ahrgh!" Ratu Hairin meneran lagi. Tangannya menggenggam kain sutera berkualiti tinggi yang terpasang disitu.
"Lagi sekali Yang Mulia!" seru si bidan setelah melihat kepala kepala si bayi mencuat keluar.
Dengan tarikan nafas yang dalam, Ratu Hairin menghembuskannya bersama-sama dengan jeritan.
"ARGHHH!"
"Uweekkk! Uweekk! Uweekk!" Tangisan yang kuat memenuhi ruangan, bahkan kedengaran sehingga keluar.
Raja Kuldar yang mendengar tangisan bayi itu menghela nafas lega. Tangan yang berpeluh diusap pada seluar suteranya.
Hatta beberapa minit kemudian, pintu besar itu dibuka oleh dayang yang ada di dalam bilik tadi.
Raja Kuldar beranjak masuk dengan tidak sabar. Melihat isterinya telah dibersihkan dan sedang berbaring dengan selimut yang hangat di atas katil empuk beralaskan anyaman sutera asli, membuatkan hati Kuldar tenang. Syukur, kekasih hatinya selamat melahirkan.
"Sayang okay? " tanya Kuldar sambil memegang tangan Hairin dengan lembut. Dahi ratunya dikecup hangat, menyalurkan rasa cintanya.
"Hmm.. Okay.. Tapi masih sakit sikit, " balas Hairin dengan suara yang serak. Dia membalas genggaman tangan Kuldar.
Tidak lama kemudian, bidan kerajaan datang dengan senyuman hangat. Di dalam pelukannya terdapat bayi yang dibungkus dengan kain kapas asli dan terlihat lembut.
"Tahniah Tuanku dan Yang Mulia, seorang putera telah dianugerahkan kepada kerajaan Gurlatan, " ujarnya dengan senyum manis lalu menyerahkan bayi itu kepada pasangan diraja.
Ratu Hairin memeluk bayi yang terbungkus kain merah saga dengan wajah bersinar. Raja Kuldar duduk dikerusi jati bersebelahan dengan isterinya.
Kuldar mencuit pipi tembam putih seperti mutiara itu.
"Eummhh.. " gumaman halus terdengar daripada bibir mungil yang merona bagaikan mawar.
Rambut bayi itu hitam kecoklatan, warna yang sangat langka bagi keturunan diraja Gurlatan. Majoriti keluarga diraja Gurlatan mempunyai surai merah bersinar. Hanya beberapa ratus tahun sekali sahaja keturunan daripada kerajaan ini mendapatkan warna rambut yang langka itu.
"Kita nak namakan apa? Hm? " tanya Kuldar sambil mengusap lembut rambut lebat bayinya.
"Hmm... Nama Puteri kita sudah bermula dengan huruf 'K'. Jadi kali ni saya nak mula dengan huruh 'H' " usul Hairin dengan senyuman yang mampu meluluhkan Kuldar.
"Baiklah. Apa pun untukmu. Apa kata kita namakan dia... Haikal? " Kuldar memberi idea.
"Taknak. Nak nama yang unik. Seperti kelahirannya. Putera kita yang langka, "
"Hahaha baik-baik. Hali.. Hmm.. Halilintar? ""Halilintar? " Hairin memikir sebentar. Nama yang unik. Indah. Seperti kilat yang menerangi langit tatkala mendung tiba.
Hairin mengangguk setuju. "Baiklah, Putera Halilintar. Kesayangan seluruh Gurlatan, "
Kuldar tersenyum senang.
"Lihat, pipinya tembam sekali! Puteraku yang langka, Halilintar, ayahanda akan selalu menyayangimu, " Kuldar mengecup pipi gembul bayi itu. Kemudian dia menggigitnya perlahan. Tidak dapat menahan rasa geram akan kecomelan anak keduanya.
"Eeeummh, " kerana terganggu, bayi yang awalnya tidur itu kini terbangun daripada tidurnya.
Sepasang mata delima yang bulat dan bercahaya menunjukkan keindahannya. Tidak lupa, bulu mata yang lentik menjadi mahkota pada wajah manis itu. Bibur mungil milik si bayi seperti memuncung, seakan-akan menunjukkan rasa kesalnya.
Mata ruby yang bulat mulai berair.
"Uuuweekk.. Uuwekk" tangis halus kedengaran.
"EH! Eh! Jangan nangis sayang, lihat ini bondamu dan ini ayahandamu," ucap Hairin untuk menenangkan tangisan bayi lelaki itu dengan cara mengenalkan identiti dirinya dan suami kepada makhluk yang baru wujud di bumi. Eh, seperti ada yang kurang..
"Ah! Kirana mana?" Hairin bertanya sambil melihat ke sekeliling.
Kuldar baru sahaja ingin menjawab namun teriakan bingit daripada suara kanak-kanak menyapa mereka.
"Ayahandaa! Bundaaa!!! " seorang gadis dengan rambut merah separas bahu berlari masuk dengan senyuman indah yang menampahkan kecantikannya.
"Kirana, puteri tidak boleh berlari seperti itu. Mana sepatu mu sayangg?" bebel Hairin dengan gelengan kepala. Puteri sulungnya ini sungguh bersemangat.
"Hehe! Kira nak tengok adik!" balas Kirana dengan senyuman manis. Sengaja meluluhkan kedua-dua raja dan ratu itu.
"Okey mari sini! Lihat adikmu. Dia tengah nangis," Kuldar mengangkat tubuh kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu ke pangkuannya supaya dapat melihat dengan lebih dekat.
"Uuweek.. Uuuweekk"
Iris delima Kirana bertentangan dengan Halilintar.
Ahh! Hati Kirana bagaikan ditembus panah. Tapi bukan sakit yang terasa, melainkan rasa sayang dan cinta yang membuak-buak. Sudah lama dia menginginkan adik seperti sahabatnya, Kaizo.
"Namanya Halilintar. Cuba Kirana tenangkan dia," kata Kuldar kemudian menepuk perlahan puncak kepala puteri sulungnya.
Kirana dengan ragu memegang jari halus milik Halilintar bergerak perlahan. Tangisnya masih berlarutan.
"Halilinta... Aku Kirana, kakakmu~. Aku akan sntiasa menyayangi Halilintar. Jadi jangan nangis. Kakakmu ada disini untuk melindungimu, " pujuk kanak-kanak 7 tahun itu dengan lembut. Kuldar dan Hairin yang mendengar itu tersenyum lembut. Hati mereka terasa gembira melihat Kirana yang tumbuh dengan baik.
Tangisan Halilintar semakin perlahan.. Jari-jari kecilnya memegang jari telunjuk Kirana.
"Wah, dia dah tak menangis!" kata Kirana dengan gembira sambil memandang ibu bapanya.
"Pandai anak ayahanda, " puji Kuldar sambil mengecup kepala Kirana.
"Halilintar jangan nangis lagi tau. Tak comel nanti, " Kirana mengecup pipi gembul adiknya yang terasa basah dek air mata.
°
°
°
°
°To be continue.
YOU ARE READING
The Heart of Gurlatan
Fantasy"Aku hidup untuk mati. Bukankah itu pengakhirannya?" ujar Halilintar. Roseate; warna mawar atau sifat optimis seperti iris matanya dan semangat yang terpancar dari kolam merah tersebut. Pulchritudinous; Sosok yang sangat indah. Disaat kelahirannya...