Geng Boboiboy berkumpul di satu meja bersama dulang makanan masing-masing. Keadaan kantin tidak terlalu sibuk, hanya beberapa Alien Mop berkumpul di situ untuk makan atau bersembang.
"Aku rasa dia sama umur dengan kita." Fang membuka mulut.
"Reverse?" Boboiboy mengerutkan dahinya.
"Siapa lagi, dia nampak macam muda lagi. Aku teka dia ada sebaya dengan kita," terang Fang.
"Aku pun rasa macam tu, tak mungkin Komander nak letak dia dalam pasukan kita jika dia terlalu tua." Yaya pula bersuara.
"Itu aku tak kisah sangat tapi aku tertanya-tanya, kenapa dia tanya pasal Retak'ka tadi? Dan juga, aku nampak jam dia. Jam dia macam jam kuasa," kata Boboiboy, menarik perhatian pasukannya.
"Jam kuasa? Kau betul-betul nampak ke?" Gopal terkejut.
"Aku nampak sekali imbas tapi style jam itu bukan style jam biasa." Boboiboy mengusap dagunya sendiri.
"Adakah korang tunggu aku lama?" celah Reverse yang berdiri di sebelah meja mereka.
"Oh, Reverse. Kau… tukar baju?" Boboiboy mengerutkan dahinya, dia memandang pakaian milik Reverse.
Reverse memakai jaket berhoodie berwarna oren dan topeng masih menutup wajahnya.
"Ya, baju aku pakai ke sini tadi adalah baju formal. Selepas aku tengok korang pakai baju biasa sahaja, aku tukarlah." Reverse membalas.
"Oh, okey. Pergilah ambil makanan kau, nanti habis pula."
Reverse menganggukkan kepalanya dan dia terus berjalan ke kaunter kantin untuk membeli makanan.
"Tengok tu. Aku rasa dia suka warna oren macam kau, Boboiboy." Gopal berbisik.
"Biarlah dia, bukan aku seorang sahaja yang suka warna oren. Mungkin itu kebetulan sahaja," bisik Boboiboy pula, roti bakar disuap ke dalam mulutnya sendiri.
Beberapa saat kemudian, Reverse kembali sambil membawa dulang makanannya ke arah Geng Boboiboy dan duduk bersebelahan dengan Boboiboy.
"Macam mana dia nak makan tu? Dia masih pakai topeng," bisik Gopal lagi.
"Ish, kau ni. Nanti dia bukalah tu."
"Kenapa korang tengok aku macam tu?" soal Reverse.
"Ta.. Tak ada apa-apa." Kesemua Geng Boboiboy mengalihkan pandangan masing-masing.
Reverse berdengus sinis, dia menekan butang pada jam kuasanya dan skrin hologram muncul. Dia menekan beberapa papan kekunci pada skrin hologram itu dan sebahagian daripada topengnya terbuka, menunjukkan bibirnya sahaja.
"Ish, tak dapat juga tengok muka dia." Gopal merungut kecewa.
".. Jadi betullah itu jam kuasa?" soal Boboiboy.
"Oh, kau perasan ya? Ya, sebab itu aku terpilih ke sini. Aku dapat semasa aku kecil," balas Reverse.
"Kau dapat daripada Ochobot ke?" soal Fang pula.
".. Ochobot? Oh tidak, dari sfera kuasa lain. Sfera kuasa itu hilang selepas berikan jam kuasa ini kepada aku," balas Reverse.
"Huh?! Hilang?!" Geng Boboiboy terkejut.
"Ya, sfera kuasa itu dicuri oleh seseorang. Aku tak ingat sangat, jadi cuma tinggal jam kuasa kat aku dan guru aku selamatkan aku semasa pencurian sfera kuasa itu. Dialah yang bantu aku untuk sertai TAPOPS," terang Reverse panjang lebar.
".. Kau ada keluarga?" Boboiboy melontarkan soalan.
"… Tiada, mereka sudah tiada semasa pencurian itu."
![](https://img.wattpad.com/cover/363468013-288-k747443.jpg)
YOU ARE READING
The New Member [BBB Malay Fanfiction]
FanficBoboiboy sering mendapat sebuah mimpi yang samar-samar di mana dia sering berjumpa dengan seorang kanak-kanak lelaki misteri tetapi mimpi tersebut terasa realiti dan ianya perlahan-lahan menghantui dia. "Saya ingin umumkan sesuatu kepada kamu semua...