Jam menunjukkan 7:30 pagi, kedengaran bunyi beep pada charging port milik Ochobot. Kelihatan Ochobot terbang dari charging portnya dan terbang ke katil milik Boboiboy.
"Boboiboy, bangun. Sudah pa.. Huh?! Boboiboy?!" Ochobot terus segar apabila kelibat Boboiboy tidak kelihatan di atas katilnya.
"Awal betul Boboiboy bangun hari ni! Boboiboy?!" Ochobot terus terbang dan mencari Boboiboy di seluruh Stesen Angkasa TAPOPS.
"Boboiboy?! Oh, Boboiboy?! Mana kau?!"
"Ochobot? Kau buat apa kat sini?" sapa Fang yang baru sahaja meronda stesen.
"Oh, Fang! Aku tengah cari Boboiboy," balas Ochobot.
"Eh? Boboiboy tak ada kat bilik dia ke?"
"Tak ada! Aku cari semua tempat tapi dia tak ada!"
"Hmm.. Pelik ni, takkan dia balik ke Bumi pula awal pagi?" Fang kehairanan.
"Mustahil, Boboiboy merajuk untuk pulang ke Bumi!"
"Huh?! Apa jadi?!"
"Alamak! Aku terlepas cakap!" getus Ochobot.
"Uh, kau buat tak tahu je dengan apa yang aku cakap tadi." Ochobot cuba berdalih.
"Ochobot, kau jangan nak tipu aku eh? Apa jadi? Kenapa Boboiboy merajuk untuk pulang ke Bumi?" Fang merenung Ochobot.
".. Ada masalah keluarga, itu sahaja."
"Oh, aku faham. Okey, aku takkan kacau hal itu. Jadi, tempat mana lagi yang kau tak cari Boboiboy?" soal Fang.
"Entah, aku rasa banyak tempat sudah aku cari dia."
"Ruang latihan?" soal Fang.
".. Seram sangat, koridor kat situ gelap sangat."
"Kau ni, penakut betul. Jom, aku teman kau." Fang kembali berjalan.
"Terima kasih, Fang." Ochobot terus mengikuti Fang.
Setiba di koridor ruang latihan, Fang dan Ochobot ternampak salah satu ruang latihan di situ menyala.
"Aku rasa mereka di situ," kata Fang.
"Oh, akhirnya! Boboiboy, kenapa kau kat.." Ochobot tidak dapat meneruskan ayatnya apabila dia ternampak Boboiboy dan Reverse sedang berlatih.
Suasana di dalam ruang latihan itu agak sengit di mana Boboiboy dan Reverse sedang berlawan menggunakan kuasa elemen masing-masing.
"Lontaran bebola api!" jerit Reverse sambil melontar bebola api ke arah Boboiboy.
"Tanah pelindung!" Boboiboy menaikkan dinding tanah di hadapannya, menghalang bebola api milik Reverse.
"Hm! Hentakan tanah tinggi!" Reverse menghentakkan kakinya dan tanah tinggi serang Boboiboy dari bawah.
"Lompatan cahaya!" Boboiboy melompat dari serangan tanah tinggi milik Reverse dan muncul di hadapan Reverse.
"Huh?!" Reverse menerbeliakkan matanya.
"Tumbukan cahaya!" Penumbuk milik Boboiboy bercahaya.
"Jangan harap eh! Tumbukan berapi!" jerit Reverse sambil melepaskan tumbukan berapi ke arah Boboiboy.
Mereka berdua menjerit dengan sangat lantang sebelum penumbuk masing-masing berlaga antara satu sama lain dan satu letupan yang kuat terjadi di dalam ruang latihan itu, menolak Ochobot dan Fang yang berada di pintu.
"Aduh?! Kepala aku!" jerit Ochobot dan Fang secara serentak.
Asap letupan menghilang dan terlihat Boboiboy serta Reverse tercunga-cungap sebelum Reversw terus melutut di atas lantai.

YOU ARE READING
The New Member [BBB Malay Fanfiction]
Fiksi PenggemarBoboiboy sering mendapat sebuah mimpi yang samar-samar di mana dia sering berjumpa dengan seorang kanak-kanak lelaki misteri tetapi mimpi tersebut terasa realiti dan ianya perlahan-lahan menghantui dia. "Saya ingin umumkan sesuatu kepada kamu semua...