bab 12

2K 147 33
                                    

Setelah berteguk-teguk air mineral menyusuri kerongkong, Thaqif duduk di bangku sendirian. Sekarang sudah pun jam tujuh. Lagi satu jam perlawanan akan berlangsung. Jujur rasa debar di dada semakin kencang setiap jarum jam bergerak.

Di pihak lawan sana, Thaqif perasan ada ramai ahli keluarga pihak lawan itu sedang memberi sokongan. Siap buat makan besar! Thaqif tersenyum bila pihak lawan itu tersenyum ke arahnya.

Bukan mereka bermusuh pun. Hanya musuh dan lawan di dalam gelanggang. Di luar pula mereka teman.

"Thaqif! Jom lah makan!" Pihak lawan itu menyeru kuat. Satu tin air hundred plus diangkat tinggi.

"Tak apa. Kau makan lah." Thaqif menolak sopan. Tak mahu lah dia mengganggu keseronokan pihak sana.

Malangnya dia cuma berdiri seorang. Tiada sokongan daripada mana-mana pihak. Hanya membaca komen di sosial media untuk mengumpul semangat. Namun bukan itu semangat utama.

Gambar yang terpapar sebagai wallpaper telefon itu yang menjadi penyemangat utamanya.

Mariam Isra'.

Saat kepala dipanggung, matanya tertunak kepada seorang wanita gelandangan. Nampak begitu lusuh pakaian wanita itu. Terus sahaja langkah dituju kepada Humaira. Perempuan tu buat apa dekat sini? Heh!

"Kau buat apa dekat sini? Balik."

Pandangan Thaqif ke kiri kanan. Kemudian ditarik tangan wanita itu supaya ke tempat yang lebih terperinci agar tiada siapa dapat melihat mereka.

"Aku nak tengok kau game hari ni. Tak boleh ke?" Humaira tatap mata Thaqif. Nampak lelaki itu tidak senang duduk. Dia tahu Thaqif tidak selesa dengan keberadaannya sekarang. Ya lah, dia kan selekeh.

"Kenapa nak tengok pulak?" Tak puas hati bunyinya.

"Biar lah aku nak tengok pun." Humaira tarik tangannya supaya ke sisi semula.

Nafas ditarik dalam. Kemudian dihembus kuat. Hesy, sabar saja lah dengan Humaira ni.

"Balik lah Humaira. Ni bukan tempat kau. Dari dulu lagi aku dah pesan jangan datang sini. Kau tu perempuan. Tak sesuai tempat macam ni."

Tubuh Humaira ditolak supaya keluar. Namun cepat sahaja wanita itu menepis. Tetap berkeras mahu melihat pertandingan yang bakal berlangsung. Yang Thaqif lawan mewakili Malaysia.

Antara Malaysia dan Thailand.

"Biar lah. Aku nak tengok player Thailand tu. Kacak. Kau ke tepi!" Ditolak pula tubuh sasa Thaqif yang tidak berbaju. Heh, sibuk saja!

Langkahnya diatur supaya ke tempat penonton. Dihiraukan juga panggilan Thaqif terhadapnya.

Thaqif merengus kuat. Geram! Memang semasa mereka masih bergelar suami isteri pun Thaqif tidak pernah membenarkan wanita itu menjejak kaki di tempat ini. Tapi sekarang mereka bukan suami dan isteri, dan Thaqif tiada hak untuk menahan wanita itu lagi.

Thaqif menuju ke tempat bersedia. Sempat matanya meliar mencari keberadaan Humaira. Tatkala matanya tertacap pada Humaira yang duduk di tempat penonton, keluhan nafas terbit lagi.

"Kau memang suka tengok aku lemah."

***

Semakin sengit pertandingan tika ini. Thaqif mengesat peluh di atas dahi dengan kekura tangan. Nafasnya kencang tidak teratur. Lelah dengan persaingan yang semakin lama semakin hangat dan sengit.

"Go Thaqif go! You can do it!"

Beria-ria Humaira menyorak buat 'bekas suaminya'. Sampai dia sudah berdiri dan melompat-lompat bila Thaqif sudah berjaya untuk jatuhkan pihak lawan.

Tujuan Where stories live. Discover now