PART 6

207 9 0
                                    

"mana Ami, korang ada nampak ami tak" ben pada kawan-kawanya. "dia keluar dengan Airel, pergi mana tak tahu la. Maybe shopping kot" ulas adam. "hish mana pulak pergi natang ni, aku baru nak manja dengan dia" bisik hati Ben.

"tak payah la kau nak risau, tak lari ye buah hati kau tu" usik mirul, "ntahh ye tak kam Airel nak potong line kot" tambah johan lagi, mereka memgatawakan Ben. Selepas itu, mereka semua keluar bersama untuk keluar makan malam di kedai biasa tempat geng Ben melepak.

"weyy Ami berapa banyak kau nak beli ni, dah penuh tangan aku ni" rungut Airel pada Ami. "ehh sabar la kejap aku nak pilih baju ni, nanti kau jugak nak pakai" "aku tak mintak pun kau beli semua ni, lagipun membazir jela. Barang ni semua mahal-mahal tak mampu aku nak bayar balik ami" ulas airel lagi. "aku beli ni semua nak hadiahkan kat kau, dekat kawan-kawan yang lain. Kau tak payahlah risau, aku beli hadiah kat korang takde ye nak korang bayar harga hadiah ni balik" Ami memberi alasan kenapa dia membeli barangan mewah, sebabnya untuk diberikan sebagai hadiah padanya dan kawan yang lain.

Seseorang menyapa belakang mereka berdua "busy nampak", Ami mengalih pandangan ke belakang "kak Lili!" Ami terkejut dapat berjumpa kakak kandungnya kerana kakaknya sangat sibuk menjalankan perniagaan,jadi kurang masa untuk meluangkan masa bersama keluarga. "kak buat apa kat sini?" soal Ami pada kakaknya. "kak ada meeting dengan Datuk Shahrizat tadi, lalu sini ternampak adik. Tu akak datang ni...ni sape dek, boyfriend baru ke?" ujar kak Lili yang ingin tahu siapakah bersama Ami.

"ehh takde ye boyfriend baru, ini kawan satu hostel dengan adik, airel namanya. Ha airel ni kakak aku kenalkan, kau panggil kak Lili je", airel bersalaman dengan kakak Ami "dah lama kenal Ami, Airel??" soal kak Lili. "baru lagi datuk," airel tidak menyangka bahawa Ami bukan sahaja seorang anak dari Tan Sri malah kakaknya adalah datuk Lilia seorang usahawan wanita yang berjaya di Malaysia. "ehh tak payahlah panggil datuk airel, panggil kakak je dah cukup. Datuk tu untuk majlis rasmi je" kata kakak Lili "ha'a kau panggil kakak je, bukan kena jail's pun kalau tak panggil datuk tu" tambah Ami lagi. Airel hanya mengangguk tanda faham dan berdiam sahaja, "korang dah makan belum ni, kalau belum jom ikut akak. Kita pergi makan" ajak kakak lilia pada mereka berdua. "kami belum makan malam lagi ni, jap ehh. Adek nak bayar baju-baju ni dulu" kakak Lili hanya mengangguk dan Ami terus ke kaunter untuk membayar, manakala airel terus mengikuti Ami ke kaunter kerana takut disoal oleh kakak Ami. Airel melihat resit yang dikeluarkan "bapak ahh baju ni tak sampai 20 helai dah sampai 7 ribu setengah" bisik hati Airel.

Ben tidak habis mundar-mandir berjalan, difikirannya sekarang memikirkan kemana lah Ami dan Airel ni pergi dah pukul 11:30 malam tapi bayang kereta Ami pun tak nampak, inikan pulak jasad dua mangkuk hayun ni. "ben cuba kau duduk, ini ke hulu ke hilir. Pening aku tengok kau ni" bising adam,"ishh bising kau ni, aku tengah risau ni pasal kawan kita ni" balas Ben, "pandai la Airel tu jaga diri, jaga Ami. Kejap lagi diorang balik la tu" pujuk Mirul yang cuba menenangkan hati runsing ben. "dari tadi aku call Ami, aku chat Airel. Dua tak reti angkat telefon. Hey geram aku dengan dua ekor ni!" ben terus meleter, " bateri diaorang habis kot, pasal tu diaorang tak call back kau Ben" Mirul yang masih cuba menenangkan Ben.

Johan mendekati Ben "kau jangan risau la ben, jom tidur esok kena bangun awal. Kau dah payah nak bangun", "ntah ye jom tido, kau dah payah bangun. Nak kena simbah air satu baldi baru nak bangun" usik adam lagi, terus ketawa bertiga gelakkan Ben. Mereka semua memadam lampu dan tido manakala ben tido di atas katil Ami.

"Hey Ami dah pukul 12 ni, jom balik asrama" minta airel pada Ami, kerana risau kawan-kawan ya akan mencari mereka berdua. "alah relax la Airel, kita balik rumah aku, esok subuh baru kita balik asrama ok" jelas Ami yang sedang memandu laju di tengah malam yang sunyi. Airel hanya mendiamkan diri sahaja tetapi dia risau jika ben mencari mereka berdua, lagipun telefonnya sudah kehabisan bateri sudah pasti kawannya bertambah risau jika dia tidak mengangkat telefon mereka. "ami phone kau ada bateri tak" tanya airel, Ami tidak berkata apa-apa dan menunjukkan beg tangannya di atas tempat minuman. Airel mengambil telefon iphone Ami dan melihat terdapat 200 miss call dan 100 mesej dari Ben "mak aii sampai 200 miss call ben call kau Ami, kau tak dengar tu phone kau berbunyi?". "mana la aku nak dengar, aku silent Kan phone. Malas la nanti ada je nak kacau time shopping aku"

"Tapi banyak kali ben telefon ni, kita balik asrama jela Ami, aku takut depa cari kita la" pinta Airel yang bimbang. "ahh takde kita dah sampai pun rumah aku" Ami membuka pagar dengan pagar automatik dan masuk parking di halaman rumah, Airel terlopong mata bila melihat rumah agam Ami yang sangat besar kerana lebih besar dari rumah banglo 2 tingkat Ben. Ben mempunyai rumah banglo yang dihadiahkan oleh ayahnya Dato' aman. "besar gila rumah kau Ami, kau tinggal dengan dekat sini?" soal airel yang seronok melihat keindahan seni rumah tersebut. "aku duduk sorang je, Parents aku and my sibling stay at another home" Airel ikut ami masuk ke dalam rumah, airel terasa seronok kerana dapat masuk ke dalam rumah mewah itu.

Mereka menaiki lif untuk ke tingkat 4, airel hanya mengikuti ami kemana dia pergi takut akan sesat di dalam rumah tersebut, yela baru pertama kali kut dia masuk dalam umah ami. "airel kau tidur dekat bilik ni", airel tunduk tanda setuju dan masuk ke dalam. Apabila airel masuk sahaja ke dalam dia terpegun "besar gila bilik ni, boleh main acik kejar lagi" kata airel pada dirinya. Pada airel yang pertama kali masuk ke dalam rumah ami menjadikan dia agak terkejut kerana belum pernah dia masuk atau tinggal dalam rumah yang sama besar istana. Pintu bilik diketuk, airel membuka dan ami sedang menghulurkan baju sekolah serta seluar baharu padanya "Nah baju sekolah kau" "takpayah la ami, esok subuh kita balik asrama aku pakai baju sekolah aku la" ulas airel. " takpayah la, esok kita pergi sekolah terus. Takde ye aku nak balik asrama dul. Nak amik, esok pakai" balas ami, airel mengucapkan terima kasih padanya dan ami hanya tersenyum dan pergi ke biliknya.

Malam itu airel berasa sangat beruntung kerana berkesempatan untuk bermalam di rumah yang di anggapnya sebagai sebuah istana. Mereka berdua terlena tenang begitu juga kawan-kawan mereka di asrama terutamanya Ben yang tidur diatas katil ami sambil menunggu kepulangan orang yang dia cinta.....

Sambung Next Part.

Cintaku bukan mainan Where stories live. Discover now