PART 16

111 4 0
                                    

Ben memberitahu pada Ami bahawa dia akam pulang ke rumah keluarganya untuk beberapa urusan, Ben mengajak Ami tetapi dia menolak dengan alasan Ami perlu hadiri wawancara temubual di televisyen. "Mirul follow me" arah Ami, "Tapi aku nak ikut Ben pergi rumah Dato" jelas Mirul dan sebenarnya dia malas mengikuti Ami kerana dia tidak mahu menunggu kerja Ami sehingga selesai, Mirul setiap kali Ami keluar dia akan habis kerja paling awal dalam waktu 3 jam dan keatas. "Biaq aku jelah teman kau pergi interview tu, biar Mirul ikut yang lain pergi rumah Ben" ulas Airel, "Tak boleh, kau tak tahu macam mana aku bekerja Airel. Mirul kau kalau tak ikut aku, aku report pakcik Ahmad" ugut Ami. "Ye la, Aku ikut" Mirul dengan nada kecewa. Ami masuk ke ruangan tengah kereta vellfire hitam dan Mirul menjadi pemandu. Ben dan kawannya masuk ke kereta mercedez Ben lalu meluncur laju ke jalan raya.
___________________________________________

"kenapa tiba-tiba kamu balik ni Ben, selalunya kalau tak disuruh kamu tak balik jenguk babah" ucap Dato Aman bila melihat Ben yang tiba di rumah. "babah Ben nak minta tolong boleh tak" jelas Ben yang ingin menyampaikan sesuatu pada Dato Aman, "minta tolong apa duit ke balas dendam?" "Bukan ba, Ben sebenarnya..." belum sempat Ben menghabiskan ayat Johan telah memotong "Ben sebenarnya nak minta uncle pinangkan buah hati dia" ucap Johan yang malas menunggu Ben berterus terang apa dia inginkan. "hahahah pinang buah hati?, Ben kamu dah ni jatuh hati dekat sape?" soal Dato Aman yang melihat anak teruna sudah gatal mahu mendirikan rumah tangga, "nama dia Ami ba, dia sama umur dengan Ben" jelas Ben. "orangnya cantik uncle, cerdik, kaya lagi, dan paling penting dia sangat famous" jelas Airel, Ben memandang Airel dengam mata tajam. "Ami??? Macam pernah dengar, siapa parents Ami tu?" soal Dato Aman.

"Dia anak Tan Sri Dahlan babah, dia anak bungsu. Kakak dia pulak Dato Lilia" Ben menjelaskan serba sedikit latar belakang Ami. " ooh budak tu, babah kenal sangat dia tu. Ami tu memang hebat, tapi macam mana kami suka dekat dia ben" tanya babahnya, "pangjang cerita ye bah, tapi nanti babah bolehkan tolong ben masuk minang Ami tu" pinta Ben yang menaruh harapan agar Dato Aman dapat menolong dia. "Boleh, nanti kami bagi tarikh. Babah akan siapkan semuanya untuk kamu" Dato Aman memberikan jawapan yang menambahkan lagi senyuman Ben hingga ke telinga. "tak lama lagi, kitaorang dapat la makan nasi minyak kau Ben" usik Adam, "Ha'ah tapi lepas kahwin tak bolehlah kau nak keluar lepak selalu nanti kena pulas dengan bini " tambah Johan. "kalau tak kena pulas kena tibai dengan batang penyapu" Airel menambah lagi usik terhadap Ben, lalu mereka ketawa dan Ben terasa lega kerana urusan dia dengan keluarganya telah selesai dan sekarang adalah Ami.
___________________________________________

"Bila nak habsk ni, dah 4 jam ni...ni la pasal aku malas nak ikut putera neraka ni" bebel Mirul. Ami masih belum siap untuk tayangan langsung, Ami dijemput oleh stesen televisyen untuk menceritakan kisah hidupnya dan kejayaan yang dilakukan oleh Ami pada waktu muda. "Terima kasih tuan muda Ami, sebab sudi hadir untuk berkongsi serba sedikit ilmu tuan muda" pengarah rancangan berasa gembira dan bangga dapat menemu bual Ami yang berjaya dalam dunia keusahawanan. "Saya juga nak berterima kasih pada tuan, dan pihak syarikat sebab sudi jemput saya ke sini" Ami menjeling lalu meninggalkan set dan keluar melihat Mirul sedang bermain handphone, "Mirul jom" kata Ami dan berjalan pergi. "lama betul, aku ni bosan tunggu kau. Ami jom pergi makan" Mirul mengejar Ami. "Ami kenapa ni, wawancara tadi tak ok ke?", Ami mendiamkan diri lalu masuk ke bahagian belakang kereta dan Mirul menghidupkan enjin kereta dan memandu. "kita pergi offices, aku nak ambil report" arah Ami dan Mirul tidak berani untuk bertanya soalan kerana bimbang akan dimaki oleh Ami, muka ketat Ami yang terlihat membuatkan Mirul tidak berani bersuara.

Ami berjalan pantas dan masuk ke dalam biliknya lalu duduk di kerusi, Mirul hanya mengikuti Ami dan sesudah dia berada di hadapan Ami. "Macam mana kau buat kerja ha!!!!!" tengking Ami dan itu membuatkan Mirul agak terkejut, "kau baca ke tidak soalan yang editor bagi tu ha celaka!!!" jerit Ami lagi, Mirul terpinga-pinga apakah salah yang dia lakukan sehingga Ami sangat marah padanya. "aku rasa ok je soalan yang editor dengan pengarah bagi tu" jawab Mirul yang sudah ketakutan, "ok kau kata, aku dah cakap dari mula kan. Tak boleh ada soalan tentang personal, kalau ada soalan tentang personal bukan tak boleh tapi kena la berpada-pada!!!!" Ami terus mencampak skrip ke muka Mirul, Mirul pada ketika ini sudah berkaca mata kerana tidak tahan tajaman mulut Ami. "Aku minta maaf Ami, salah aku tak tengok soalan tu betul-betul. Sebabtu Aku taknak ikut kau. Pasal aku tahu aku tak mampu nak uruskan" Mirul bersuara dengan membiarkan air matanya jatuh, "senang kau cakap kan, habis tu aku nak jawab apa!!, ohh aku ni memang jenis serah badan macam tu, sebab apa. Sebab cara pemakaian aku, kau ni kan...." Ami mengambil kunci kereta dari Mirul dan keluar dari bilik. Mirul yang berada di dalam bilik pejabat Menangis sepuasnya.
___________________________________________

Selepas tayangan secara langsung Ami itu, heboh di media sosial tentang teruna Ami dipersoalkan oleh warganet, hal ini membuatkan Ami menjadi geram dengan soalan yang disediakan oleh pihak stesen. Ami masuk ke perkarangan rumah lalu masuk ke biliknya, Ben dan kawan yang lain hairan kenapa Mirul tidak balik bersama Ami. Ben mahu naik keatas untuk berjumpa Ami tetapi kedengaran bunyi loceng rumah berbunyi. Mereka membuka pintu dan melihat Mirul teresak esak menitiskan air mata lalu memeluk Ben. "Ben tolong aku Ben!!" Mirul bersuara, mereka yang lain terpinga apa yang telah terjadi sebenarnya. Ami turun kebawah dan membaling beg berisi baju Mirul, "Kau berambus dari sini. Aku taknak tengok muka kau, kau memang tak boleh nak jaga aip kawan kan!! BERAMBUS!!!" Ami menjerit seperti orang meroyan dalam pantang. "apa ni Ami, sampai kau nak halau Mirul keluar dari rumah. Apa yang dia dah buat" pinta Ben, Mirul menghampiri Ami dan memegang kakinya "tolong Ami aku minta maaf, kau boleh buang aku tapi jangan babitkan keluarga aku Ami" Mirul sangat merayu padanya. "kau berambus sekarang!!" Ami menarik kakinya lalu pergi dari situ.

Mereka semua tidak faham apa yang terjadi sebenarnya "apa dah jadi Mirul" tanya Airel, Mirul menceritakan perkara sebenar. Mirul yang sepatutnya memeriksa soalan yang akan diberikan pada Ami, hanya memeriksa soalan tersebut dengan tidak teliti lalu, jadi semasa sesi berjalan terdapat 2 soalan yang menjadi punca Ami mengamuk pada Mirul, soalan pertama fesyen Ami adakah untuk mengoda para lelaki dan soalan ke-dua adakah Ami seorang pelacur, kerana terdapat ura-ura bahawa Ami senang menyerah badan pada lelaki yang ingin bersama dengannya. Mereka terasa kesian pasa Mirul tetapi tidak boleh memihak padanya secara keseluruhan kerana masalah ini juga berpunca daripadanya. Ben memberikan kunci rumah nya untuk Mirul, sementara mereka mencari jalan memujuk Ami. "kau pergi duduk rumah aku dulu Mirul, nanti aku dengan yang lain akan fikir macam mana nak pujuk Ami tu" pujuk Ben. Mirul mengambil kunci rumah Ben dan keluar bersama beg berisi bajunya....

Sambung Next Part.

Cintaku bukan mainan Where stories live. Discover now