PART 18

118 4 0
                                    

Mirul setiap hari dilawati oleh kawan-kawan "thanks la korang mari ziarah aku" ucap Mirul. "its so k la beb" balas Airel " setakat ziarah je pun, bukan kena basuh berak kau " tambah Ben. Ami yang berada di hujung katil Mirul hanya mendiamkan diri. "Ami nape diam ni, janganlah senyap... bercakaplah selalu kau paling kuat bebel kat laki kau, harini takkan tak ade drama" tanya Mirul, Ami yang mendengar kata-kata Mirul terus menitiskan airmata "laa janganlah nangis sayang" Ben mengesap air mata Ami dengan tangan, "i'm so sorry Mirul" rayu suara Ami. "dah lah, aku dah maafkan kau pun. Lagipun aku pun salah jugak" jawap Mirul, "mana Adam bukan dia kata nak jaga kau ke?" tanya Ben yang ingin menceriakan keadaan, "hmmm, budak adam tu bukan nak jaga aku, sibuk mari sini pasal nak try doctor cina" jawap Mirul

"seriuslah, patut dia beria nak jaga kau. Rupanya ada udang sebalik mee" jelas Johan, "dia datang bagi aku makanan pastu terus blah cari doctor cina tu, hey geram aku. Saje jadikan aku alasan nak jumpa doctor dia tu!" geram Mirul pada Adam yang menjaganya kerana bersebab, mereka semua tergelak mendengar cerita Mirul. Adam datang bersama seorang lelaki berbangsa cina, "ha' doctor, can you check my friends, I think he head have some problems" jelas Adam. Mereka yang lain hanya memerhati apa yang dilakukan olehnya, doctor Alberts memeriksa keadaan Mirul "he ok Adam, Don't worry about him. I'm to go now" Dr Albert meninggalkan mereka sekawan.

"Pandai kau sekarang ehh, cakap nak jaga Mirul..tapi dok menggatal dengan dokter pulak kau" ucap Airel dan menyiku Adam, muka Adam mula memerah "ala apa salahnya kalau aku minum sambil menyelam" Adam menggoyangkan badan seperti ular kena pukul. "Nak gorat tu boleh dam, tapi jaga-jaga takut diri sendiri terluka nanti pulak" ucap Ami dan Adam membuat muka cebek, "memang patah hati pun nanti Ami, tak padan sekolah lagi. Nak cari doktor, kalau diri tu dah kerja tak pe lah jugak" sindir Airel "ntah, sekolah pun belum habis lagi, dah nak mengatal" tambah Ben lagi. "diamlah! Sibuk je!" Adam memuncungkan mulut lalu menjeling pada kawan-kawanya.

iPhone Ami berdering, "baik, lagi sejam saya akan sampai", Ami menamatkan panggilan dan meminta berundur diri kerana ada urusan yang perlu diuruskan. "Biar baby ikut" pinta Ben tetapi Ami tidak mahu Ben ikut kerana risau akan Ben merasa bosan tetapi Ben tetap berdegil untuk mengikuti Ami. "nanti korang balik naik grab ehh, aku nak hantar sayang aku" ucap Ben. "uwekkk menyampah aku" usik Johan "ye la. pandai-pandai kitaorang la nak balik. Bini kau kan lagi penting dari kawan" tambah Airel, Ami hanya tersengih dan menjelirkan lidah pada mereka lalu berjalan sambil memegang tangan Ami keluar dari hospital. Ramai yang melihat keadaan Ben dan Ami berpegang tangan serta tidak sampai seminit gambar mereka berdua telah viral di laman sosia.
___________________________________________

Didalam kereta mereka berdua rancak bersembang, "papa dan mama setuju kita bertunang sebelum cuti sekolah tamat" jelas Ami pada Ben, "betul ke ni sayang!?" Ben sangat teruja apabila Ami memberikan berita gembira buat Ben. "ye baby, and diorang dah setuju untuk kahwinkan kita seminggu before I'm fly to UK baby" ucap Ami dengan teruja, "Tak sabar baby nak beristerikan sayang" Ben mengambil tangan Ami lalu menciumnya. "tapi baby baru perasan yang sayang tak panggil dah nama baby, sebelum ni sayang susah nak panggil baby" ucap Ben yang baru perasan tentang panggillan baby pada dirinya. Ami hanya berdiam dan mukanya telah merah padam kerana malu, Ami membuka siaran radio dan lagu amuk matahari. Mereka berdua bernyanyi bersama-sama.

Ku datang mencarimu
Yang berselindung dalam bayangan
Teryatalah kealpaan
Menjadi duri dalam jiwaku
Semakin jauh, menyusur matahari
Semakin aku hilang arah tujuku
Tidak kusangka yang terang akan suram
Meskipun intan bayangnya jua tak berwajah...

Mereka sampai di sebuah bangunan gergasi yang menjadi antara bangunan pentadbiran syarikat Tan Sri Dahlan. Mereka masuk ke bangunan tersebut dan Ami meninggalkan Ben dalam pejabatnya lalu pergi meninggalkan Ben. Ben dalam bilik Ami tidak tahu apa yang harus dia buat, jadi Ben melihat gambar, perhiasan yang ada di bilik tersebut.
___________________________________________

Cintaku bukan mainan Where stories live. Discover now