Bab 3

109 12 2
                                    

Five days later..

Sara terbangun dari mimpi buruknya. Mimpi dirogol oleh kawan ayahnya itu masih membuatnya trauma.

Kalau ibu ada, mesti ibu dah datang peluk Sara. Tetapi tidak, ibu masih terlentang di katil menunggu ajal.

Satu demi satu air mata menitis.

Sara mengerling kearah jam dinding. Pukul 5:18 pagi syukur, dia tidak terlajak tidur. Dia pergi mengambil air sembahyang lalu menunggu waktu solat masuk.

Wajahnya kelihatan sembab akibat menangis terlalu banyak.

Selepas dia menunaikan solat subuh. Sara melabuhkan punggung ke tempat duduk sebelah katil ibunya. Kepalanya diletak di perut ibunya. Dia terlelap.

12 minit kemudian.

"Cik sara." Ujar Daniel daripada belakang.

Sara pantas mennyekat air matanya.

"Yes?" Sara berpaling kebelakang, lalu diberi senyum nipis.
"Hospital decide nak bukak tiub pernafasan." Sara terkejut. Buka tiub? Mengapa tiba-tiba?

"Kenapa..." Mata terus berkaca.
"We have no hope for her. I'm sorry, tetapi ini arahan hospital." Daniel tidak berani melihat anak mata Sara. Rasa bersalah sedang menerkamnya.

Sara hanya mengganguk lalu melabuhkan punggung diatas sofa.

'Assyadu Allah illaha illallah wa' asyhadu an'na muhammadurrasululah'

Tiada Tuhan selain Allah dan Rasulullah pesuruh Allah.

Satu demi satu nurse memasuki bilik itu. Tiub pernafasan dicabut. Aku hanya mendiamkan diri. Aku sudah pasrah, pasrah dengan segala dugaan yang dialami. Daniel tidak mengatakan apa-apapun.

Selepas tiub pernafasan dicabut. Dr. Ahmad mengatakan yang mungkin ibu akan tiada dalam masa 5 jam. 5 jam? Ya Allah, lutut ku terasa lemah. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa luluhnya hati ini.

Aku memeluk jasad ibu erat. Doktor dan nurse sudah keluar. Cuma Dr. Daniel sahaja yang menemaniku. Ibu terbangun. "Sara.." lembut sahaja ayat itu tetapi mampu membuatkan aku menitis air mata. "Ibu.." puan Shalea tersenyum. Lalu menoleh ke arah Dr. Daniel.

"Tolong jaga Sara elok-elok tahu? Tolong... Ibu tiada nanti cari suami cepat. Itu sahaja hasrat ibu." Pelukan dikemaskan.

"Ibu,.. Jangan la kata begitu.. Ibu takde nanti-" Ayat Sara pantas dipotong oleh bunyi mesin.

Tiiiiiiiiiiiiit

Puan Shalea menghembus nafas terakhir. Lalu hanya tinggal jasadnya sahaja di katil.

Selepas segala benda diselesaikan. Seperti pengebumian, surat kematian, dan banyak lagi. Daniel menyuruh Sara tinggal di rumahnya. Mula-mula Sara menolak tetapi lama-lama di iyakan sahaja.

Beg bagasi ditarik. Tergamam melihat rumah Dr. Daniel. Mansion besar dan disebelahnya ada tree house. "Tunggu apa lagi? Jom masuk." Sara membuntuti langkah Dr. Daniel. "Kau tidur kat bilik seberang sana tahu," Dr. Daniel menuding kearah bilik besar, didepan bilik Datin dan Dato.

Aku hanya mengangguk. Tidak tahu mahu mengata apa. Aku menolak daun pintu bilikku. Ya Allah! Dah macam bilik hero-hero wattpad! Ada walk-in wardrobe, bilik air yang dilengkapi dengan heater, Aircon dua, dan yang paling membuatnya rasa terharu, ada gambar perpisahan Daniel dan Sara, juga dengan portret terakhir Puan Shalea.

Tok tok tok

Satu ketukan didengar. Lalu seseorang menolak daun pintuku. "Miss, Dr Daniel panggil." Ujar sesorang dibelakang pintu. Miss? Lah sejak bila pula aku dah kahwin ni? Dekat hospital pun kena panggil miss. Aku hanya mengangguk. Aku menyarung tudung berwarna hitam. Lalu bergegas keluar. Mujur orang yang memanggilnya itu perempuan.

"Yes? Doktor?" Sapa Sara dari belakang.

"Makan." Dingin sahaja ayat itu. Aku mengangguk lalu duduk mengambil nasi.

Aku duduk diatas lantai. "Eh, nak pergi mana tu? Duduk atas ni." Datin Sharifah menegur. Ala, malunya. Maklumlah, dirumah Puan Shalea makan di lantai dikira normal.

Aku mengangguk lalu duduk di sebelah Datin Sharifah. Dato' Qaiser luthfan Othman pun baru keluar dari dapur.

"Maaf, Sara menganggu ke?" Risau, pula kalau kehadiranku menyakitkan hati mana-mana pihak. "Eh, apa pulak cakap macam tu! We family ok je. Adalah geng nanti aunty nak membawang." Datin Sharifah mengenyit matanya ke aku. Dato hanya tersenyum kearahku.

"Doctor.-" baru sahaja Sara ingin bertanya sesuatu. Daniel pantas memotong. "Panggil aku Daniel. We're not in the hospital arent we?" Sara mengangguk.

"Daniel dah kahwin ke?" Aku berbisik kecil ke Datin. "Belum, dingin macam ais, siapa je nak?" Datin berbisik balik. Supporting betulla Datin ni! I like!

"Niel, dengarla." Daniel menjeling matanya kearahku. Eh, main jeling-jeling pula, korek mata tu kang.

Lepas makan aku membawa pinggan ke dapur untuk dibasuh.

"Eh, nak buat apa pula ni? Nak basuh pinggan? Takyah la letak je kat dish washer tu" Tegur Datin Sharifah.

Sara tersenyum kera. Dia meletakkan pinggan kedalam dishwasher.

Keesokan harinya

Sudah masuk tengah hari. Datin mengajak Sara berborak sambil memotong bawang.

"Er.. Sara?" Sara menoleh ke wajah Datin. "Ye?" Kening terangkat. "nak ngumpat sikit dengan kamu boleh?" Aku tertawa kecil lalu mengangguk.

"Kamu nak tahu? Acik depan rumah tu, dia bawak lari pompuan pergi hotel. Isteri tak tahu tu yang heboh satu kawasan perumahan ni." Sara spontan mendengar.

"Pastu? Apa jadi pulak Datin?" Rasa ingin tahu terus menyapa dirinya.

"Isteri dia, mengamuk! Suami dia, apa lagi? Kene tempeleng dengan isteri. Kalau Dato buat macam tu. Bukan setakat tempeleng! Aunty bagi sepakkan syahdu sekali." Aku tertawa kecil. Best pula mengumpat dengan Datin ni.

Bawang putih sudah siap dikupas sama dengan bawang merah.

"Tengok, berbaloi tahu mengumpat sambil borak, sambil itu buat kerja." Jelas Datin.

"Datin, takde maid ke?" Sara bertanya.

"Panggil aunty je, ade je mak Leha dengan makcik Salmah." Sara menggangguk,.

"Mom?" Ujar Dr. Daniel dari belakang.

Sara dan Datin Sharifah memandang Daniel.

Daniel duduk di sebelah Sara. "Mama.." Daniel membuat muka polosnya. "Dah kenapa kamu ni?" Datin berkerut kening. Jarang anak sulung nya ini berbuat begitu.

"Nak kahwin." Terbeliak mata Datin Sharifah dengan Sara. "Dah kenapa ni? Kahwin dengan sape? Si kawan kamu, Harraz ke? Eh kamu jangan main-main!" Sara berkerut kening, manakala Datin Sharifah bercekak pinggang.

"Mama ni ada pula kata camtu.." Anak mata Daniel melihat anak mata Sara. Eh, kahwin dengan Sara? Betul ke ni?

"Er.. Kenapa pandang Sara macam tu?" Daniel menjawab. "Ibu kau kan suruh aku jaga kau. Macam mana aku nak jaga kau kalau kita masih ada batas?" Daniel menjelaskan dengan ringkas. Hanya kerana itu? Oh tidak.

"Banyakla! Saya boleh jaga diri sendiri lah! Tidak perlu kahwin pun takpe!" Datin Sharifah hanya menjadi pendengar.

Hmm..

"Eh, excuse me? Ini hasrat terakhir ibu kau tahu? Pastu dia kata apa? Cari husband fast-fast kan?" Daniel mengangkat kening.

Ada juga, yang kena pelempang kang..

"Fine!" Balas Sara sedikit tinggi.

Daniel tersenyum kemenangan.

"Nanti aku inform Dato."

Tiada sudah istilah 'get to know each other'. Sara mengangguk perlahan lalu berlari kedapur. Malu, iya, suka, pun iya, bengang? Lagila iya!

To be continued

Buat masa sekarang hero kita ketepikan dulu ya anak2 biar semua aib heroin terserlah dulu yah 💅

Vote ler sayang2😘

Kalau ade tersalah ke apa2 bagitahu ye saya tak tahu sangat tentang hospital2 ni sorry ek💗

His To Love {O9}Where stories live. Discover now