Sara masih terlena. Daniel? Tidak dapat bergerak kerana Sara menggunakan dia sebagai bantal. Comel sungguh gayanya. Tidak semena-mena Daniel tersengih. Rambut Sara diusap-usap lembut. Tiba-tiba Sara terbangun. "Abang!"
"Hm?"
"Sahur?!"
"Abang dah sahur, sayang kan sakit takyah la sahur."
Sara mencebik. Tangan Daniel masih mengusap rambut milik Sara. Lembut dan mulus sahaja terasa. "Abang?" Panggil Sara. "Ye, cinta?" Jawab Daniel lembut. "Abang, sedih tak kalau Sara pergi?" Daniel tersentak. Kedua dua tangan Sara digenggam. "Sayang,"
Sara juga terkejut akan perubahan ekspresi muka Daniel.
"Jangan cakap macam tu ok? Abang tak nak Sara cakap macam tu lagi. Cukuplah Papa pergi. Cinta abang ni janganlah ikut sekali. Kalau boleh, kita pergi sama-sama boleh, sayang? Lagipun, abang nak tengok juga Daniel 2.0 abang ni membesar kan?"
Sara terharu. Tidak sangka pula yang dia terjaga juga masa pengumuman itu. Dia sudah buat pregnancy test. Ingatkan, nak buat suprise."Abang, nak chai boleh?"
"Chai tu apa?"
"Ala,.. Teh tu la.."
"Mana nak cari teh pukul 6 pagi ni?"
"Ish, tak apalah!"
Mata Daniel digulingkan ke atas. Haish, macam-macam. Mulut Sara muncung bagaikan itik.
"Nak ikut tak abang beli? Alang-alang nak pergi kerja terus ni."
Diam. Haish, merajuk lah tu! Daniel membersihkan diri sebelum itu dia mengambil roti lalu makan laju-laju takut habis pula waktu imsak. Sara? Masih berkerut didalam bilik. Daniel memecut laju ke dalam kereta lalu dipandu ke kedai berdekatan. Telefon dibuka.
You
Kedai dia kat mana?My sayang 💕
Dekat area Seremban jeYou
Je?! Sara kita duduk kat kuala
Lumpur Seremban tu jauh!Diam tiada balasan lagi. Merajuk lagi lah ni. Ha! Light bulb!
*****
Daniel menghantar pesanan ringkas kepada kawannya melalui aplikasi WhatsApp yang dibaca, "Weh, kau kat seremban kan? Tolong belikan aku teh esok ke harini kau bagi eh."
Nafas lega dihembuskan. Harap-harap boleh gembirakan buah hati lah. Harini houseman dan semuanya baik-baik sahaja alhamdulillah.
Patient yang tinggal pun pesakit orang-orang tua. Baru ingin menyandarkan badan. Iblis menyapa."Abang!"
Mata diacu pada Qaleysha. Astaghfirullah! Haram sungguh. Dia memakai skirt diatas lutut dan crop top pendek. Lansung dialihkan pandangan ke tempat lain. "Qaleysha, tolong jangan cabar kesabaran aku!" Senyuman sinis dihadiahkan pada jejaka itu. Makin dilarang makin dibuat!
Dia duduk diatas meja milik Daniel. "QALEYSHA!" Ngamuk bapa singa. Terhinjut bahu Qaleysha sama juga dengan nurse-nurse yang lalu lalang di depan office Daniel. "Out, NOW!" Qaleysha langsung berlari keluar. Tidak endah langsung akan pandangan nurse di luar itu.
Bukan kerana takut bukan juga kerana malu tetapi kerana dia ada rancangan yang boleh musnahkan hancur-hancur hidup Sara. 'Anak haram ni akan aku manfaatkan cukup-cukup' bisik hati hitam Qaleysha.
*****
Sara merehatkan diri diatas sofa. Penat sungguh. Almaklumlah dari tadi dia kehulu kehilir ke tandas. Sekarang, baru dia dapat berehat. Remote diambil lalu dibuka cerita Upin Ipin.
YOU ARE READING
His To Love {O9}
Short Story~sinopsis~ Sara Amanda × Daniel Azriel Dia, seseorang yang sudah menghadapi segalanya sejak lahir. Ayah yang memiliki nafsu haiwan, dan suka mengekalkan hubungan songsang biarpun ibunya masih bernafas. Jantung pula masih berdetak. Dia dian...