Sara disebelahnya didakap erat. "I wish, you never met me." Dahi isterinya dikucup lembut. Sebelum pipinya diusap. "Mh.. abang dah bangun?" Ujarnya.
"Dah lama dah, flower." Perlahan - lahan bibirnya menguntum senyuman.
"Abang work?" Polos sungguh suara itu bertanya. "Ha',ah, harini Adrian tak dapat gantikan abang."
Sungguh, dia terasa malas ingin pergi ke tempat kerjanya itu. Tetapi apa nasib? Si Adrian itu pula tiba - tiba sakit.
"Kalau macam itu. Boleh tak sayang nak pergi kedai buku?" Sara membesarkan matanya ingin ternampak comel.
"No." Walaupun hanya sepatah perkataan tetapi dapat mematah seribu hati.
"Ala, please? Dulu pergi dengan bodyguard bonda okay aje."
"Ha, mengungkit! Bagus sangat lah itu." Mulut Sara sudah mula memuncung, dia teringin mahu pergi ke kedai buku kesayangannya itu. 'Oh, taknak bagi ya?'
Dia menyilang tangannya. Pura-pura merajuk.
"Ha, merajuk." Daniel bangun darilada katil mereka sebelum mengambil baju t-shirt dan seluar isterinya. Dahi Sara berkerut, 'Takkanlah dia nak pakai baju aku?' Detus hatinya.
"Kenapa abang ambil baju Sara?"
"Pakai." Pakaian yang berada ditangannya dihulurkan ke wanita itu.
"Orang tahulah, ambil sendiri. Ingat orang kecik lagi ke?"
Mata jejaka itu mengerling badannya dari atas kebawah. 'Betul, memang kecik pun.' Bisik hatinya. Kalau nak cakap kuat - kuat, takut kena marah dengan harimau ni.
"Kita nak pergi mana?" Sara mula bertanya.
"Pergi kedai buku kesayangan awak itu lepas itu, abang pergilah hospital."
"Habis, sayang nak balik macam mana?"
"Naik karpet Aladin." Bibirnya pecah dengan senyuman. Sara menjeling, orang serius dia buat lawak.
Selepas 40 saat berlalu, Daniel sudah siap berpakaian kot putih bersama dengan beg kerjanya. Sara? Jangan kata saat, berjam - jam baru siap!
"Flower, come on. We're gonna be late." Matanya mengerling kearah jam dinding. Jam sudah menunjukkan pukul 8;30 pagi. Dia pasti, jalan akan sesak tidak lama lagi.
"Abang." Satu suara lembut memanggilnya dari atas tangga. Nafasnya bagai tergantung. Jantungnya berdegup laju. Masyaallah, cantik.
Mukanya? Jangan cakaplah, merah bak buah delima. "Sayang, cantiknya awak." Pujinya separa berbisik. Tidak pernah dia melihat bidadari secantik ini.
"Ish, apa pula? Biasa jelah orang pakai. Semalam waktu pergi majlis hari jadi itu, abang tak puji pun!"
Nafasnya dihela perlahan. Ingat lagi dia perihal semalam?
"Iyalah sayang, abang salah."
Tangan ramping itu menggenggam tangannya membuatkan dia tersentak. Bibirnya dikemam, cuba untuk menyembunyikan senyuman. 'Ya Allah, dugaan apa yang kau beri ini Ya Allah?'
"Jom." Sara hanya mampu tersenyum melihat gelagat si suami. Manja.
*****
(POV SARA)Kening aku berkerut. Jam yang berada di pergelangan tanganku itu dicuri pandang. 'ish, lama lagi ke nak sampai?' Ingin sahaja dia keluar terjun dari kereta ini.
YOU ARE READING
His To Love {O9}
Short Story~sinopsis~ Sara Amanda × Daniel Azriel Dia, seseorang yang sudah menghadapi segalanya sejak lahir. Ayah yang memiliki nafsu haiwan, dan suka mengekalkan hubungan songsang biarpun ibunya masih bernafas. Jantung pula masih berdetak. Dia dian...