RAFAYEL menanti penuh debaran, bibirnya tersenyum tanpa tahu erti lelah. Sayangnya, rasa tidak kena menjelma tidak diundang. Hatinya bagai ditetak sembilu bila mana datang seorang gadis berpamitan dengannya.Gadis itu memakai tudung litup, sopan dan kelihatan ayu walaupun pakaiannya hanyalah baju kurus kapas. Di sisi gadis itu, ada lelaki tinggi lampai, berkulit putih dan berwajah kacak. Sedang bergelak ketawa, bahagia. Cemburu meruap di dada, mengapa timbul perasaan begini sedangkan dia adalah kasanova yang berjaya? Dan, perempuan itu tidak dikenali pun. Hanya stranger!
“Rafayel. I’m coming, daddy…”Bibirnya disambar kucupan mesra oleh Tiara Maryana. Salah satu girlfriend yang dia punya. Gadis yang ke seratus mungkin. Dia pun tak ingat. Rafayel menolak tubuh itu, bukan tidak suka. Bimbang gadis yang telah menjauh itu, dapat melihat aksi tidak senonohnya. Entah kenapa dia tak nak itu terjadi.
“You kenapa ni? Tak suka I dah?” Muka cemberut Tiara terpampang. Bengang juga ditolak macam tu saja. Padahal sebelum ini, Rafayel lah paling galak mencumbuinya.
“Ish, you ni baby… Of courselah I sayang… You kan my girlfriend…” Tangan Tiara diramas lembut, bagi memujuk dengan tidak ikhlasnya. Kalau boleh dia mahu meninggalkan Tiara begitu saja. Dan, mengejar gadis yang telah jauh dibawa oleh lelaki lain. Tapi, itu bukan caranya.
Dia bukan lelaki yang tergamak begitu sekali. Maka, disabarkan hati. Harus dia cari tahu, dengan mengupah penyiasat.
“I nak pergi shopping. Teman I, daddy…” Tiara dah buang rasa marah, diganti dengan mood manja. Matanya sudah terbayang barangan brand mahal. Purse, beg tangan, baju, dress, and gold. Urgh, tak sabar!
“Sure, come… Kita pergi Paradigm.” Bagai mengantuk disorongkan bantal, Rafayel setuju sahaja. Memandangkan bila Tiara sedang leka di shopping mall nanti. Dia boleh buat kerja lain. Hari ni pun mood untuk menggatal telah terkubur.
Nak berasamaradana dengan Tiara langsung zero. Nafsu kelakiannya terkubur sebentar. Entah siapa boleh hidupkan semula.
ZAYNE ZARIEFF gelak lepas. Pelik dengan kawannya yang seperti sasau itu. Asyik membelek handphone di tangan. Macam tunggu panggilan dari isteri. Padahal sudah menjadi duda.
“Kau tunggu siapa, bro?” Zayne menyoal sambil merampas handphone di tangan Rafayel.
“Spy aku ni lah. Bak balik handphone aku.” Tenang, tidak pula dia naik angin. Kenapa lambat sangat pengintip ni? Bagi info pun lambat. Susah sangat ke nak kejar maklumat gadis kampung itu?
Zayne bagi balik handphone tersebut. Dia bukan tidak kenal dengan Rafayel, si buaya darat. Tapi, tak pernah lagi tengok buaya ni duk diam. Tak mencari mangsa. Macam orang lain pulak. Kena sampuk hantu mana lah ni.
“Kenapa dengan spy kau? Ada awek kau nak spy ke? Awek mana pulak kali ni. Tak cukup dengan Tiara, model seksi tu? Doktor Isabella pun tak cukup montok ke? Lecturer Zulayla pun tak mampu ikat kau? Ah sudah, banyak lagi list. Letih lidah nak menyebut.”
“Aku dah bosan dengan dorang tu. Macam lah aku tak tahu, dorang pun ada jantan lain. Lebih baik aku cari mangsa baru, yang suci murni. Bukan bekas orang.” Dilayankan saja Zayne. Sedap kawannya mengutuk, padahal perangai dua kali lima.
“Kau pun duda. Ada hati nak yang suci konon. Cermin diri tu, bro.” Zayne sedap mengutuk dia. Disekeh kepala Zayne, geram pula dibiarkan. Mulut takde insurans.
“Kau pun sama.” Jegil biji mata, Rafayel simpan handphone di dalam saku. Biarlah esok pun ada lagi, spy terhandal kut. Tak mungkin terlepaslah gadis itu dari genggaman dia.
“Wei, dah lah jom pergi penthouse aku. Mummy aku semalam baru balik dari London. Ada buah tangan untuk kau. Haa, ada cousin aku sorang tu pun ada datang singgah. Boleh lah kau jamu mata. Kut berkenan, boleh jadikan calon seterusnya. Nak?”
“Cantik ke? Kalau muka macam munchkin, cute and adorable baru aku nak…” Matanya mula terbayang wajah gadis yang menggangu harinya sekarang, memang ada iras munchkin. Cute sangat. Macam nak gigit. Geram!
“Ish, tebiat ke? Taste kau kan model seksi. Tang mana datang muka macam kucing. Tak boleh jadi ni, aku kena angkut kau keluar dari apartment ni sebelum penyakit kau semakin parah.”
YOU ARE READING
Tuan Rafayel, Duda Kasanova
RomanceSinopsis Tuan Rafayel, Duda Kasanova Pertemuan secara tak sengaja ketika Tuan Rafayel dating bersama girlfriendnya, membuatkan dirinya gila bayang. Tidak mengenali, namun hatinya seakan terpaut dengan seorang gadis ayu bertudung litup itu. Takdir te...