009 ☆ Mr Guitar

5 0 0
                                    

✿

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lee Chaera Pov

selepas sahaja kejadian live tadi aku menutup telefon dan terus melompat keriangan di katil. apakah pentanda ini semua?! adakah joshua dah suka aku atau macam mana?! awal betul! tapi seriously aku dah fall in love at first sight giler dengan shua ni!

"nunna!! kau taknak makan ramyeon ke?! kalau tak aku habiskan ni!" jerit chan di ruang tamu

aigo! ramyeon! siapa je taknak? buatan adik tercinta tuh! aku pun berlari ke ruang tamu dengan perasaan masih berdebar

"WAIT WAIT JANGGKAMAN! kau ni dah kenapa?! macam beruk kelaparan! cuba bertenang sikit!" chan menepuk meja makan dengan chopstick di tangannya

"tepi! aku laparni! tak jadilah nak diet aku lapar nak mampos!" aku menolak tubuh badan chan ketepi dan mengambil ramyeon yang ia pegang. jangan risau dia dah makan separuh ..

"aiguu! perlahan lahan la telan akakku! tersedak nanti aku taknak angkat kau pergi hospital eh" chan menggosok belakangku dengan perlahan apabila ia melihat aku batuk tercekik ramyeon. ehek caring pulak rupanya

"halah! ha ni aku nak bukak tikar ni ada benda nak digosipkan!" kataku sambil mengunyah ramyeon tadi

"ni mesti pasal mamat shua tu kan?" dia menjelingkan matanya

"ha tau pun! chan kau tau tak dia kenal kau rupanya"

"seriuslah? ehm aku rasa aku pernah nampak kot dia iyalah aku kan dah jumpa beribu orang dekat cafe tuu" chan melihat ke atas tengah mengingat ingat lah tu

"aku rasa aku pernah nampak kot! jap! aku rasa dia lah tu! orang yang selalu nyanyi sambil main gitar dekat cafe!" dia membuat muka terkejut

"haah eh? asal aku tak perasaan?" aku setiap hari ambik chan dekat cafe tu tapi kenapa aku tak perasan eh joshua main gitar kat situ?

"ha aku nak tanya ni! kau bersiap lawa lawa dengan baju sweater ni nak kemana? dating ehh?" aku mengangkat keningku dengan kehairanan

"dating bapakmu! tu lah! diminta baca group 'jeju sehati sejiwa' tadi taknak baca!" jap aku tak perasan pun group tu masih hidup

"ha kau cakap je la aku malas nak bukak fon banyak betul notification tu" kataku dengan nada malas

"ni ahjuma jeong minta ambik si yura sepupu sehati sekepala kita tu dekat airport dan aku nak jalan lepasni member aku ajak tengok wayang" terang chan

"wah! nak ikott!" aku menayangkan muka aegyo

"burok la kau! macam beruk!" chan menampar perlahan pipi aku

"alaa nak ikot boleh chan? aku berlanja burger tepi jalan nanti!"

"taknak! rasuah! aku nak mekdi!" chan kembali tersenyum menang

"oi boikot! mekdi mekdi dah macam budak budak! jangan manyak cakap aku ikot jugak eh! jap nak bersiap!" aku berlari laju masuk kedalam bilik

"woi! ramyeon kau ni siapa nak cuci mangkuk!" jerit chan

"kau la! tolong ye! sayang chan!!" jerit aku dengan nada penuh kasih sayang. ni dah dua chapter berturut turut mintak adik cucikan pinggan bukan malas cuma nak rapatkan silaturahim

✷✷

aku turun dari kereta kelabu aku diikuti dengan chan.

"wah! lama dah aku tak menjejak kaki dekat airport ni" ujarku sambil melihat sekeliling diluar airport

"eh eh jangan nak buat malu macam tak pernah keluar rumah eh!" chan menarik lengan aku masuk kedalam airport. ish orang baru nak feel feel

"ha nunna kau call la si yura tu tanya dia, dia kat mana dah sampai ke kapal yang dia naik ni?" chan duduk di bangku airport tu

"ish kau ni sabar la belum tu yura sampai tunggu la berapa minit lagi yang ko tergesa gesa ni apahal?" aku melihat chan dengan hairan. dia ni biar betul nak jumpa kawan? perempuan ke lelaki?

"dah aku kata aku nak keluar ngan kawan aku lepasni ha jangan nak fikir banyak kawan aku la si jihoon tu junior aku waktu kat hanlim!" aduh macam tahu tahu je apa yang aku tengah fikirkan dia ni

tiba tiba fon aku yang di poket ni bergetar getar. ni mesti orang call nasib aku silent fon kalau tak mahu gegar airport ni dengan ringtone aku

"nee yebeoseyoo?-"

"yak! chaera ni aku la! kim yura! mana kauorang ni penat aku pusing satu airport tak jumpa jumpa" aduh boleh sakit telinga dengar dia jerit ni

"akh kau rupanya! ha ni aku dengan chan dekat depan kedai donut tu!"

"eoh jinjja! jap!-" panggilan telefon itu dimatikan secara mengejut. haih manalah budak ni

"juseyoo! anak lee! kauorang ke tu?!" aku pun menoleh ke belakang dah agak tu suara yura

"aiguu yuraaa~! dah besar panjang kau ye!" aku berlari ke arah yura sambil memeluknya dengan erat. rindu la dengan sepupu sendiri

"chaeraaa~~~ wahh tinggi tinggi jugak kau! ingat tak besar besar! ha ni chan kan?! wah besar dah last aku jumpa waktu form 3!" yura melihat kami berdua dengan wajah terkejut. ye la kami dulu tak la berapa visual sangat rupa sekarang dah glow up okayy!

"weh yura engko sabar jap aku rasa emergency ni nak ke toilet!" aku memegang perut ku dengan menahan kepedihan. aku terus berlari ke arah tandas airport dah lah jauh bhai!

BUGH!-

"aish-aiguuu! sorry sorry!! saya tak sengaja langgar luggage awak!" aduh! malang betul nasib! dari chapter 1 aku asyik terlanggar orang je ni! aku cepat cepat tunduk ke bawah tanda minta maaf

"ah-gwenchana! saya okay je awak okay tak?" gadis itu kelihatan risau akan aku yang memegang perut. dah la sakit perut! time time ni jugak kena langgar luggage tepat kena perut aku!

"sikit..heheh saya minta maaf tau!" aku menggaru kepalaku yang tidak gatal

"saya okay je cuma awak..nampak macam tak okay tuu-eoh! shuaa!!" jap..shua? joshua ke? perempuan yang aku terlanggar tadi terus dia berlari ke arah seseorang yang sangat aku kenali.

"ahh! janee! how are you now?! bruh don't hug me at this time! Ahahaha!" lelaki itu menolak tubuh gadis yang bernama 'jane' itu

"eoh?-josh-shua? awak..joshua kan?" aku datang kearah mereka dengan lebih dekat. jantung aku berdegup laju. takkan la..tu gf dia?..

"jap awak kenal dia? awak siapa sebenarnya?" kata gadis tadi kehairanan

"eoh! awak-chaera kan?.." betul tekaan aku dia ialah joshua

New Cast

Jeong Yura

Jeong Yura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mr Guitar - Joshua HongWhere stories live. Discover now