BAB 22 : OPPO PRIVATE FOLDER

7.1K 76 0
                                    



Sabtu itu aku ke sekolah sebab nak kemas makmal yang tergendala, dari sehari ke sehari tak siap-siap lagi. Aku meninggalkan Adam di rumah Kak Sal sepeti biasa disambut mesra oleh pasangan suami isteri itu. Mereka suka pada Adam yang telah mereka jaga, mereka asuh sejak Adam baby lagi. Walaupun ada baby lain selain Adam, kasih sayang mereka terhadap Adam tidak pernah luntur. Aku bersyukur mengenali Kak Sal dan Abang Man yang aku anggap seperti keluarga sendiri, tambahan pula anak-anak mereka pernah menjadi anak muridku. Hanim antaranya yang kini sedang menuntut di UITM Merbok, sangat rapat denganku, rapat dan dekat hingga ke ranjang.


Walaupun hari cuti, namun keadaan sekolah agak meriah. Ada guru yang mengadakan kelas tambahan, dan ada juga yang mengadakan latihan sukan, kelab, dan permainan. Ada juga antara guru yang hadir disebabkan ingin menghabiskan tugas yang tertangguh pada minggu itu. Aku mengemaskan makmal komputer aku, menyapu dan membuang barang-barang yang tidak lagi diperlukan. Aku jarang minta bantuan pelajarku, sebab bagiku, aku lebih suka uruskan sendiri, buat lambat janji aku puas hati. Lagi pun, peralatan dan barangan dalam makmal ini merupakan asset yang perlu dijaga rapi. Sambil mengemas, aku memasang MP3 bagi mewujudkan suasana yang agak seronok untuk menjalankan tanggungjawab aku.


Bangunan Makmal Komputer yang aku jaga ini mempunyai dua buah makmal sebelah menyebelah, yang dinamakan Makmal A dan Makmal B. Di tengah-tengah antara dua makmal itu terdapat bilik server, bilik stor, dan di hadapan kedua bilik itu adalah bilik Penyelaras, iaitu bilik aku. Bilik yang pernah menjadi saksi pelbagai peristiwa indah, yang menjadi lokasi aku dan beberapa orang guru melepaskan rindu dendam gejolak nafsu. Di bilik itu, juga merupakan pusat operasi makmal komputer, aku susun sebaik mungkin. Ada meja, almari, rak fail, meja untuk aku lakuan kerja-kerja penyenggaraan, dan juga sudut kosong yang aku hamparkan permaidani, untuk aku bersolat dan diletakkan bantal bagi memudahkan aku lelap sekiranya aku mengantuk. Itulah tujuan asal ruang itu dibuat dalam bilik aku itu, namun ruang itu telah menjadi tempat 'permainan' aku bersama Ustazah Masyitah, Cikgu Suriani, Cikgu Latifah, Cikgu Nurul, dan juga menjadi tempat aku dan Faizal berbincang tentang aktiviti kami.


"Assalamualaikum..." terdengar pintu makmal A diketuk, lalu daun pintu ditolak ketika aku sedang mengemas laci-laci meja.


"Waalaikumussalam" jawabku apabila melihat kelibat Cikgu Siti, dia senyum lalu melangkah masuk.


"Cikgu Sham, boleh tak budak-budak saya nak pinjam komputer, nak guna Internet, nak cari bahan sikit, depa ada pertandingan bahas nanti" kata Cikgu Siti Norfadilla yang merupakan guru Bahasa Melayu.


"Boleh, boleh, guna makmal belah sana, sebab hat sini saya nak kemas sikit" jawabku senyum melihat Cikgu Siti Norfadilla yang berseluar track dan berbaju T ala ala jersey, mengenakan tudung bawal yang dililit kemas.


"Terima kasih Cikgu Sham" jawabnya lalu dia kembali ke pintu, dia memanggil pelajarnya masuk.



Mereka beri salam padaku, lalu terus menuju ke Makmal B. Mereka pernah gunakan kemudahan ICT di makmalku ini, jadi aku tak perlu ajar bagaimana nak menggunakannya. Cikgu Siti mengekori pelajarnya dari belakang hingga hilang dari pandangan. Cikgu Siti seorang yang pendiam, aku jarang berurusan dengannya walaupun dia sering diusik oleh Cikgu Hayati dan Cikgu Zainab, dan biasanya dia akan diam atau larikan diri dari perbualan itu. Cikgu Siti hanya muda setahun dariku, tetapi telah pun mempunyai anak, anaknya lebih tua dari Adam. Menurut kata cikgu-cikgu perempuan yang suka membawang, Cikgu Siti dikatakan berkahwin awal semasa semester pertama di Univerisiti, dan terpaksa mengulang semester disebabkan dia mengandung dan melahirkan anak sulungnya. Anak sulungnya dah berusia 9 tahun yang merupakan anak tunggal. Desas desus dari cikgu cikgu yang suka busy body mengatakan yang Cikgu Siti tak boleh mengandung lagi, mungkin ada masalah dari salah seorang dari mereka, sama ada Cikgu Siti sendiri ataupun suaminya.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Where stories live. Discover now