BAB 41 : MELEPAS DILEPAS TERLEPAS

9.4K 130 13
                                    



"Puan Nurul Nabila ke?" soal seorang anggota Polis perempuan, tertera Namanya NORA pada tanda nama yang dipakai.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ye saya..." jawabku. "Mengapa cik?" Macam-macam bermain di fikiranku, mengapakan aku dilawati oleh Polis di kala waktu begini. Ada kecemasan yang terjadikah pada suamiku, pada keluargaku. Kalau ya, kenapa mereka tidak menelefonku. Bermacam-macam andaian bermain di benakku


"Begini puan..." hatiku berdebar. "Suami puan kini ada dalam tahanan pihak polis di Balai Polis Kota Kuala Muda


"Haaa?!!!!" hampir gugur jantungku mendengar penjelasannya. "Kenapa dengan suami saya?"


"Dia terlibat dalam kes memukul dan mencederakan seseorang bersama rakan subahatnya" jelas pegawai itu. "Puan dikehendaki mengikut kami ke balai bagi mengesahkan yang Encik Sharif ialah suami pun, dan kami ingin dapatkan sedikit penjelasan dari puan. Boleh puan ikut kami?"


"Baik, bagi masa kejap saya nak bersiap"


"Sila"


Aku melangkah ke bilik dengan seribu persoalan. Aku mengenakan pakaian yang boleh dicapai, touch-up lebih kurang. Aku mendukung anakku, kami berempat menuju ke balai, dan benakku masih rungsing memikirkan nasib suamiku. Walaupun dia garang, panas baran, sering memukulku, mengabaikanku, namun dia teteap suamiku.


Setibanya di balai, aku dibawa ke sel, memang sah itu suamiku. Aku diminta menjawab beberapa soalan asas bagi mendapatkan gambaran tentang kerjayaku, dan kerjaya suamiku. Apabila soalan berkait dengan Cikgu Sham, barulah aku faham apakah yang terjadi. Suamiku mengakui yang dia dalang dalam kes itu, dia mengupah dua lelaki memukul Cikgu Sham. Aku menangis, aku malu. Aku tak sangka dia sanggup memanjangkan hal itu hingga melibatkan kes jenayah yang boleh memudaratkan kehidupan dan kerjayanya.



"Kami dan mendapatkan statement dari mangsa, dia pun tak nak panjangkan hal ini. Dia seorang yang baik, dia tak mahu dakwa suami puan"


"Ermm..... jadi macam mana cik?"


"Esok puan perlu hadir ke sini lagi, jam 10. Kita bincang sama-sama. Encik Sham juga akan hadir. Apa-apapun, nasib suami puan bergantung padanya. Kalau dia bertegas nak panjangkan, jadikan kes di mahkamah, kami akan proceed. Buat masa ni, hanya laporan lisan tak rasmi sahaja yang kami pegang dahulu"

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Where stories live. Discover now