BAB 40 : KUNCI KILAS PATAH DAYUNG

6.7K 88 0
                                    



Petang khamis itu aku menghantar Adam ke rumah Kak Sal, aku nak berjoging sekejap memulihkan tenagaku yang kian sendu. Setelah beberapa hari aku memerahkan tenaga bersama Nurul, dan bersama Puan Rosnah, aku perlu recharge. Kak Sal memang OK, dia pun suka sekiranya Adam ada bersama, tidak bosan katanya kalua ada budak. Setelah meninggalkan Adam, aku memandu pulang. Aku keluar semula untuk berjoging ke kawasan taman rekreasi tidak jauh dari rumahku. Aku berlari-lari anak perlahan sahaja sebagai permulaan agar aku tidak cepat penat. Dengan earphone di telinga, aku menghirup udara segar menyusuri trek jogging di tepi jalan menuju ke kawasan rekreasi. Beberapa buah kereta dan motosikal turut kelihatan menggunakan laluan jalan raya itu. Aku memilih jalan yang agak kurang kenderaan agar cepat sampai ke kawasan rekreasi. Sambil lagu berkumandang di dalam kepalaku, aku terus berlari perlahan mengawal pernafasan. Mungkin sehari dua lagi aku akan minta diurut oleh Kak Som bagi melancarkan kembali salur darah urat sarafku ini.



"Berdebuk....." kepalaku berpinar, aku terjatuh berguling atas tar, tersembam dan apabila aku cuba mengamati apa yang terjadi, aku terasa sakit di bahagian kepalaku. Dalam keadaan pening dan sakit, kelihatan seorang lelaki sedang menghayunkan penumbuknya ke arah mukaku, lantas dengan refleks aku mengelak berguling ke sisi lantas cuba berdiri.


Tatkala itu satu tendangan hinggap di belakangku membuatkan aku tersungkur, namun sempat berguling untuk cuba berdiri. Serangan lelaki kedua yang menendang aku tadi berjaya aku tangkis, apabila aku menangkap tangannya, aku kilas lalu aku sepak kakinya membuat dia tersungkur, dan kesempatan itu aku gunakan untuk mengunci tangannya ke belakang, maka dengan sekuat tenaga aku hentak ke sikunya hingga berbunyi seakan tulang patah dengan menggunakan jurus Siku Layang Balas Pancung Balas Tangkis Kuak Sisi Luar Balas Tangkis Bawah dan mengilas menggunakan Kilas Payung


"Arrgghhh!!!!!" dia menjerit meraung kesakitan.



Sewaktu aku ingin menarik lehernya, aku ditendang di bahagian sisi membuatkan aku terjelepok, dan lelaki itu terus meluru kasar dengan menggenggam penumbuk. Aku bingkas bangun, bersedia menghadapi serangan, aku pasangkan kekuda, aku bersedia dengan Tapak Gayung bagi menewaskan lawan tanpa menggunakan senjata. Tapak Gayong berguna agar pesilat berkemampuan untuk membuat serang balas yang berkesan. Pada peringkat ini termasuklah buah tapak kunci hidup, teknik membuka kuncian, di samping berkemampuan untuk mengunci semula lawan. Apabila dia makin menghampir, aku ubah tapak, aku elak tumbukannya, lalu aku Tumbuk Berbalas Dituruti Tendang Lurus Dalam Tapak diikuti dengan Siku Layang Balas Pancung Balas Tangkis Kuak Sisi Luar Balas Tangkis Bawah membuatkan dia tersungkur ke tanah. Terus aku menerkam, aku terus membuat Kilas Biawak Patah Dayung Selak Mati, namun dia berjaya menempis bergerak jauh sedikit dariku. Kemudian dia keluarkan pisau lipat, aku kaget, berdebar berhadapan dengan senjata yang mungkin mencederakan aku agak parah sekiranya terkena.



Tiba-tiba, dari mana aku tak pasti, Adnan dan seorang lelaki menerpa menangkap dan memegang lelaki itu, lalu menindih dengan tubuh mereka. Kebetulan rakan Adnan bertubuh besar, dia menghayunkan penumbuk tepat ke muka lelaki itu, dan lelaki tu pengsan. Kemudian dia meluru ke arah lelaki yang terbaring akibat dikilas aku tadi, turut menerima nasib yang sama.


"Hang OK Sham?" tanya Adnan sambil memegang bahuku. Dia memapah aku agar duduk di kaki lima jalan. "Teruk jugak hang kena, berdarah ni, macam terbelah je" katanya melihat keadaan pelipis keningku yang berdarah, juga terdapat darah di lengan ku akibat tersungkur sewaktu berlari apabila dipukul curi tadi. Terasa sengal dan pedih apabila aku menyentuh kawasan tersebut.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Where stories live. Discover now