" Jeon Jungkook! Bangunlah, hari ini kita kembali ke sekolah. Bangun, bangun," gesa Namjoon seraya cuba mengejutkan Jungkook dari lenanya. Tetapi Jungkook pula enggan membuka mata menyambung lelap yang terganggu. Namjoon mengeluh kecil. Aduhai, bab-bab membangunkan Jungkook dari tidur, memang bukan tugas dirinya. Apakan daya, Jungkook sahajalah yang dia ada sejak kematian keluarga mereka berdua dalam tragedi pertembungan minivan kedua-dua buah keluarga beberapa tahun yang lalu. Lebih menyedihkan, Jungkook ketika itu baru sahaja beberapa bulan usianya. Terlalu mentah untuk memahami apa yang berlaku.
" Hyung, tidak bolehkah kalau Kook tidak ke sekolah untuk hari ini? Kook rasa kurang sihatlah," omel Jungkook memberi alasan. Namjoon kembali tersenyum, jarinya menjentik jendul kepala Jungkook. " Aduh, sakitlah!"
" Kamu ingat itu sekolah kamu? Sudahlah, Jungkook. Lagipun tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum kamu tamat pengajian di sekolah itu, bukan?"
" Betul,"
" Jadi apa kata kamu pergi bangun, mandi dan bersiap? Tidak mengapa, hyung sudah siapkan sarapan,"
" Sarapan?"
" Kalau roti bakar dengan Nutella yang Mak Cik Park belikan dari Singapura, mencukupi bukan?" Kata Namjoon. Seolah-olah mengetahui sahaja snek sarapan kegemaran Jungkook. Boleh pula dia lihat Jungkook tersenyum kambing. Pasti dia sudah lapar, desus hatinya.
•
" Saya cemburu dengan hyung!" Tiba-tiba Jungkook bersuara dalam kereta, Namjoon menjadi pemandu. Dia memandang sekilas lelaki di sebelahnya itu. " Mengapa pula cemburu?"
" Yalah, hyung seorang bujang tapi ramai peminat. Semua rakan-rakan kelas Kook yang perempuan, semuanya asyik bercerita tentang hyung. Hyung kacaklah, kayalah, itulah inilah. The most eligible.. err.. eligible butcher!"
" Butcher?" Tanya Namjoon, menerima anggukan dari Jungkook. Dia kemudiannya ketawa terbahak-bahak. Mujur sahaja mereka berhenti dek kerana lampu isyarat yang masih merah. " Butcher tu pemotong daging. Bachelorlah Kook,"
" Mana Kook ingat. Hyung sangka Kook hadir ke setiap kelas Bahasa Inggeris Mr. Park?" " Joonhyung kan warganegara AS. Takkan kelas dia membosankan?" " Membosankan bagi Kook. Sudahlah suaranya lantang, lagaknya macam orang asing, dia lelaki pula tu!" " Jadi, Kook inginkan guru perempuan ya?"
Jungkook tersenyum. " Hyung ni, seolah-olah tahu sahaja,"
" Apa-apa pun, Kook tetap cemburukan hyung! Walaupun kita tinggal serumah. Bagaimanalah Kook dapat kejar hyung sebegini. Terlalu susah!" omelnya lagi. Kebetulan pula mereka sudah pun sampai di pintu hadapan sekolah. " Turun sahajalah, Jungkook. Kamu dah sampai," " Hyung pula?" " Hyung kan guru di sini. Pandai-pandai sahajalah hyung uruskan diri," " Cis! Saya benci hyung,"
Namjoon menurunkan tetingkap pintu kereta di sebelah penumpang setelah Jungkook keluar dari kereta. " Petang ini kita pergi makan tteokbokki di kedai berdekatan Sungai Han kegemaran kamu, ya? Hyung malas pula nak masak," pujuk Namjoon meredakan rajuk manja si Jungkook. Meskipun berpaling, Namjoon tahu Jungkook sudah pun tersenyum kecil. Oh yes, dapat juga aku makan kek beras pedas kegemaran aku! Jungkook bersorak gembira di dalam hati. Dengan perasaan teruja, Jungkook berjalan memasuki perkarangan Sekolah Tinggi Geumseung.
•
" Hei, aku dengar guru baharu kita seorang perempuan!" " Yakah? Seronoknya!" " Rasanya pertama kali dalam sejarah guru Kesusasteraan Korea seorang perempuan," " Aku dengar dia seorang yang jelita!"
" Sudah-sudahlah Wang Jackson. Kita kena belajar, bukannya menjadi peminat atau sasaeng cikgu," marah Hye-in. Iri hati mungkin. Masakan tidak, selama ini dialah yang disebut-sebut para pelajar lelaki di sekolah itu. Cemburu pula rasanya mendengar ura-ura tentang kehadiran seorang guru perempuan baru. Jackson dilihat kurang puas hati dengan decitan Hye-in. " Eh, sejak bila kau jadi pelajar contoh? Sedangkan kau boleh pula berfantasi dan bercerita tentang Sir Namjoon dengan geng kau, mengapa pula aku tidak boleh bercerita tentang guru baru kita?" " Tidak mengapa, Jackson. Dia cemburu sahaja," sindir Youngji. Merah muka Hye-in sebelum dia melangkah keluar dari kelas.
Jungkook yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka tergelak kecil. Cerita ini harus aku kongsi dengan hyung, detik hatinya. " Tiada gunanya kau bergaduh dengan Hye-in, Jackson. Bukannya kau tidak kenal dengan dia," pujuknya pula. Jackson berpaling ke belakang menghadapi Jungkook. " Siapa sahaja yang tidak geram dengan dia? Makin panas pula hati aku!"
" Cikgu baru sudah datang! Duduk tempat masing-masing!" jerit Jihyun. Kelam-kabut jadinya kelas itu. Mujur mereka sempat duduk di tempat masing-masing saat Namjoon melangkah masuk.
" Students. Today onwards there will be a new teacher who will be momentarily replacing Mr Song Ilkook, your Korean Literature tutor since he is on leave to take care of his wife and his newborn triplets. I hope that none of you will piss her off because if you do, then you'll just have to wait for me,". Namjoon berkata, dengan sedikit selingan ugutan. Ah, mungkin ini sebabnya mereka meminati hyung, desus hati Jungkook lagi. Ugutannya pun buatkan hyung nampak macho.
Pintu kelas terbuka. Seperti diskripkan pula, cahaya matahari tiba-tiba menyinari pintu masuk kelas itu. Guru perempuan baru yang seringkali diceritakan profilnya memasuki perkarangan kelas.
Hampir semua pelajar lelaki kelas itu ternganga melihat kehadirannya.
Termasuk Jungkook.
Wah, cantiknya dia. Tanpa solekan pula tu!
Guru itu tersenyum, menampakkan barisan giginya yang putih berseri lantas membongkokkan diri.
" Selamat pagi semua. Saya akan menjadi guru Kesusasteraan Korea kamu yang baru. Nama saya Song Jihyo. Panggil sahaja saya Miss Jihyo. Salam perkenalan,"
YOU ARE READING
[ M ] Irreplaceable Noona
Fanfiction" Yoongi," " Apa dia?" " Normalkah kalau aku... aku..." " Kau apa, Jungkook?" " Kalau aku jatuh cinta dengan seseorang lebih tua dari aku?" Kata orang tua-tua, cinta itu buta. Tapi benarkah ia buta atau manusia sahaja meletakkan syarat berbeza untuk...