" Miss! Umur Miss berapa?"
" Bolehkah kalau kami panggil Miss ' noona'?"
" Miss! Miss cantiklah!"
" Miss dah kahwin?"
Bertalu-talu soalan yang diajukan saat Jihyo membuka ruang kecil trivia buat pelajar. Sehinggakan status kehidupan peribadinya pun ingin diketahui! Mendengar soalan berbaur gatal dari Jackson tadi sedikit sebanyak menimbulkan perasaan cemburu dalam diri Jungkook. Selalunya, dia bersama Taehyung yang kecoh berdua. Kini dia hanya mematungkan diri memerhati setiap gerak geri si guru baru yang cantik jelita.
Mengapa pula aku berasa cemburu?
" Dalam kelas, panggil saya Miss. Itu muktamad. Dan belum, saya masih belum berkahwin lagi,"
" Jadi bolehlah kalau saya cuba tawan hati Miss?" tanya Jackson kembali, menerima respons nakal para pelajar ketika itu. Jungkook pula semakin menebal perasaan iri hati, sedangkan Jackson sedikit pun tidak memulakan langkah ' memikat' Miss Jihyo.
Muka Jihyo berubah menjadi garang dan serius. Wah, seperti pelakon profesional lagaknya! Boleh pula dia bersikap dua muka! Pembaris kayu panjang dihentak-hentak mengenai permukaan berkayu meja guru itu.
" Baiklah semua! Sila buka buku teks anda, muka surat 26. Jackson, saya ingin awak rumuskan perenggan kedua sekarang,"
•
" Wah, benarlah kata orang. Cikgu tu memang lawa!"
" Bertuahlah kamu semua, Miss Jihyo menjadi guru kamu yang baharu. Kami pula mendapat Cikgu Ko sebagai ganti Mr Song," rungut Minah dari kelas berlainan. Waktu rehat yang diberi kepada pelajar sungguh riuh ketika itu, umpama berada di pasar tani pula. Tetapi, hanya seorang yang kekal membatukan diri tidak bersuara. Dahulu, dia yang paling bising merungut dan berceloteh apabila tiba sahaja waktu rehat!
" Jeon Jungkook, kau tidak laparkah?" Tanya Minah, melihat pinggan makan Jungkook yang masih penuh. Yoongi dan Jimin menggaru-garu kepala. Selalunya, Jungkook yang paling cepat menghabiskan makanan. Hari ini, lain anginnya. Jungkook hanya termenung jauh menghadap jendela, pemandangan padang sekolah hijau menjadi hiburan mata.
Pandangannya kemudian tertancap ke arah satu figura yang amat dikenali di situ. Tidak menghiraukan nasi yang masih berbaki, Jungkook bingkas bangun dari tempat duduknya dengan dua kotak jus oren dalam tangan. Suga memanggil-manggil namanya, tetapi tidak diendahkan.
Apa-apa sahajalah Jungkook.
Sampai sahaja di padang sekolah, Jungkook memperlahankan langkah. Penat berlari mungkin. Oleh kerana selepas ini guru subjeknya tidak hadir, dapat dia ponteng kelas sebentar lagi. Itu alasan Jungkook untuk berlari menghabiskan tenaga. Semakin dekat derap kakinya terhadap seseorang yang ingin dia jumpa tadi. Berdebar pula rasa hati.
" Miss Jihyo,"
Jihyo yang asyik membaca buku ketika itu sedikit terkejut dengan kehadiran Jungkook. " Oh, kamu rupanya. Mari duduk," ajak Jihyo, seraya menyuruh anak muridnya itu duduk bersebelahannya. Wah, dapat duduk sebelah Miss! Jungkook berasa lebih malu, namun dituruti juga arahan gurunya sebelum tangan menghulurkan jus oren yang dibawa dari kantin.
" Nah. Saya takut Miss tak makan lagi. Alaslah perut dulu, Miss," ujar Jungkook, menerima senyuman lebar dari si jelita di sebelahnya. Jihyo mengusap-usap kepala Jungkook, nyata terkejut dan gembira. " Wah, anak murid saya tahun ini semuanya baik-baik. Comellah kamu ni, Jungkook!"
Jika boleh, ingin sahaja Jungkook berlari mengelilingi padang dan menjerit sekuatnya. Dia kata aku comel! Jungkook lebih terpesona melihat wajah Jihyo secara dekat. Eyesmile Jihyo tatkala dia ketawa. Ah! Jungkook memang sudah jatuh cinta!
" Eh Jungkook. Awak demamkah?" tanya Jihyo dengan nada yang risau. Jungkook keliru. Demam kenapa pula?
" Demam?"
" Yalah. Muka awak merah semacam. Awak tak apa-apa?" balas Jihyo sambil meletakkan telapak tangannya pada dahi Jungkook untuk memeriksa suhu badan. Tidaklah panas sangat-
" Eh kamu mahu ke mana?" jerit Jihyo. Jungkook tiba-tiba sahaja lari!
Skinship! Miss Jihyo dan aku ada skinship! Jungkook hanya mampu menjerit dalam hati sambil berlari keluar dari kawasan padang dek kerana tidak dapat menahan malu. Jihyo yang memerhati tergelak kecil. Menarik pula dia ni.
" Eh? Kemana pula si Jungkook tu mahu lari?"
" Aku rasa dia sudah jatuh cinta,"
" Bagus! Dapat aku gunakan ini sebagai bahan usikan untuk Jeon Jungkook,"Minah, Yoongi dan Jimin tidak dapat menahan tawa ' menghendap' gelagat Jungkook yang lari dari kantin sekolah tadi. Tidak sangka mereka yang si Jungkook itu mampu jatuh cinta!
•
" Sungguh, hyung! Miss Jihyo amat lawa!"
" Hyung bayangkan, okey? Eyesmile dia, ketawa dia, seperti perempuan Korea terakhir!"
" Dia.. dia.. sentuh Kook di dahi! Kook hampir pengsan di situ-"" Ya, Jungkook, ya. Hyung faham," Namjoon menelekup mulut Jungkook menghentikan celoteh Jungkook. Lagaknya seperti peminat kumpulan idola Hallyu terkenal pula! Bising dan riuh seperti murai tercabut ekor!
Sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah, Jungkook tidak habis-habis memuji guru perempuannya yang seorang itu. Mata Namjoon kemudian fokus ke arah sebatang lolipop dalam soket pintu tempat duduk pemandu. Bagus.
Kebetulan pula mereka berhenti dengan isyarat lampu trafik yang merah. Namjoon segera mencapai lolipop itu dan membuka balutannya.
" Miss Jihyo seperti bidadari-"
Dan terus senyap pujian Jungkook setelah disumbat dengan lolipop berperisa strawberi itu.
" Hyung rasa hyung kena sumbat mulut kamu dengan lolipop setiap hari," keluh Namjoon sebelum meneruskan pemanduan. " Oh, Pak Cik Choi sudah berpindah keluar dari rumahnya ke bandar di Soji. Katanya, anak buah perempuannya sudahpun berpindah masuk tengah malam tadi. Hyung mahu singgah sebentar ke kedai bunga nak belikan sejambak untuk dia. Kamu jangan lupa telefon Pak Cik Choi sesudah sampai rumah nanti,"
Setelah membeli sejambak bunga ros sebagai hadiah selamat datang, mereka sudah pun sampai rumah. Jungkook terlebih dahulu keluar dari kereta ingin meninjau rumah jirannya yang sudahpun diduduki oleh tuan rumah lain menurut Namjoon. Semakin dekat dirinya dengan rumah itu, sekali lagi jantungnya berdegup laju. Mengapa pula aku berasa gementar ni?
Namjoon yang membawa keluar jambakan bunga ros tadi mengikuti Jungkook dari belakang. Kehadiran mereka berdua disambut oleh seorang remaja perempuan, sedikit pendek dari Jungkook.
" Hai, awak jiran baru kami ya?" tegur Namjoon. Mungkin dia juga akan ke sekolah yang sama. Si dara yang ditegur itu tersenyum lebar, terutama saat melihat kehadiran Jungkook di sisi Namjoon. " Ya. Kami baru sahaja sampai di sini,"
Kami? Hati Jungkook semakin berdebar.
" Hai, Jeon-Jung-kook," tuturnya lagi. Jungkook kemudiannya tersedar dari lamunan kecil.
" Wah, nama awak memang mempunyai maksud tersendiri! Saya Song Jiyeon. Gembira bertemu awak!" Jiyeon menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Jungkook menyambut huluran tangan itu dengan besar hati. Ada kawan baru.
" Jiyeon! Kamu bercakap dengan siapa di sana?" jerit seorang perempuan dari dalam rumah. Jiyeon memandang ke belakang dan menjawab, " Jiran baru kita!" " Jiran baru? Sebentar kakak keluar,"
" Itu kakak saya," jelas Jiyeon.
Orang yang dimaksudkan pun keluar dari beranda rumah. Jungkook terkejut dengan kehadiran kakak Jiyeon. Dia?
Namjoon sekali lagi mengeluh kecil dalam hatinya. Oh tidak, makin riuhlah Jungkook nanti.
" Miss Jihyo?"
" Jungkook! Sir Namjoon!"
YOU ARE READING
[ M ] Irreplaceable Noona
Fiksi Penggemar" Yoongi," " Apa dia?" " Normalkah kalau aku... aku..." " Kau apa, Jungkook?" " Kalau aku jatuh cinta dengan seseorang lebih tua dari aku?" Kata orang tua-tua, cinta itu buta. Tapi benarkah ia buta atau manusia sahaja meletakkan syarat berbeza untuk...