6

424 44 7
                                    

Jihyo memicit-micit kepalanya yang terasa berat itu. Sudah jam berapa pula sekarang ni, ya? Dia pun meneliti jam loceng di meja kopi yang terletak bersebelahannya.

Sudah jam 8 malam.

Jihyo pun memalingkan badannya ke sebelah kanan sebelum ternampak kelibat seseorang yang merehatkan kepalanya di sisi katil bujang itu. Jungkook?

Gerakan Jihyo segera membangunkan Jungkook dari lena yang tidak selesa itu. " Noona? Noona dah bangun?"

Noona?

Jihyo menganggukkan kepala, senyuman kecil terukir di wajah lelaki itu. " Mujurlah,"

" Bukankah kamu yang pengsan? Kenapa kamu biarkan saya yang tidur?" " Saya kan kuat, noona. Noona mungkin letih menjaga saya jadi saya pun biarkan noona tidur pula," balasnya lagi.

" Jungkook," panggil Jihyo perlahan. " Kenapa kamu tak hadir ke sekolah? Lama tahu awak tidak hadir. Kalau abang kamu tahu, macam mana? Saya risau, kamu tahu tak?-" bebelnya sebelum tertarik ke dalam pelukan Jungkook. " Noona, dah malam ni, saya pening sedikit, janganlah bebel ya?" pinta Jungkook dengan suara yang sedikit lemah. Gerak hati Jihyo mengatakan anak muridnya itu masih tidak sihat.

' Noona?' detik hati Jungkook saat melihat Jihyo masih lena dibuai mimpi, kepalanya dilentokkan di atas meja kopi beralaskan lengannya. Kepala Jungkook masih rasa berpinar, namun lega sedikit dengan Jihyo di sisi.

Sedang Jihyo nyenyak dalam tidurnya, Jungkook ralit memerhatikan noona yang disukai itu. Dalam merenungnya, Jungkook juga teringat akan mesej ringkas dari Yoongi tentang status hubungan Jihyo dan Joongki.

" Jungkook. Cikgu Joongki curang terhadap Miss Jihyo,"

Jungkook sendiri pelik. Bagaimana seseorang secantik Jihyo boleh dicurangi? Perlahan-lahan, Jungkook menggenggam penumbuknya. Perasaan jengkel terhadap Joongki mulai ditanam dalam hati. Namun amarahnya reda apabila melihat Jihyo menggeliat dalam tidurnya yang tidak selesa itu. Jungkook hanya tersenyum kecil, sebelum bangkit dari baringnya.

Mengumpulkan kekuatan, Jungkook perlahan-lahan mengangkat Jihyo tanpa mengejutkannya, ingin menukar tempat. 'Noona mesti penat,' fikir Jungkook.

Dengan berhati-hati, Jungkook menyelimuti tubuh badan Jihyo. Wajah jelitawan yang disimbahi pula cahaya bulan dari tingkap kamar itu menambah keayuan Jihyo semasa dia beradu, membuatkan Jungkook jatuh cinta sekali lagi. Dengan mesra, dia merangkul jemari cikgunya itu.

"Noona, saya takkan biarkan noona disakiti lagi,"


Hari Sabtu menjelma keesokannya. Jihyo masih lagi tidur berselimut, menghadap jam loceng yang menunjukkan sudah pukul 7 pagi. Dengan mamai, dia membuka matanya secara paksa. Hari ini hari Sabtu, bukan? tanya dirinya sendiri. Bagus, bolehlah aku sambung tidur. Memikirkan keenakannya untuk menyambung mimpi tadi, Jihyo pun beralih sisi, sebelum dikejutkan dengan kewujudan Jungkook di sisinya sepanjang malam tadi. Terkejutnya Jihyo, sehinggakan dia hampir menjerit. Jarak muka mereka hanya beberapa sentimeter, dan Jihyo pula serba salah untuk terus bangkit dari katilnya membangunkan Jungkook. Sedikit demi sedikit, Jihyo teringat akan apa yang berlaku malam tadi.

Tapi, dia murid aku. Aku cikgu dia. Betulkah apa yang aku buat ni? Jihyo berdilema sendiri. Membuang sangkaan itu jauh-jauh, dia cuba menjauhkan diri dari muridnya itu, sebelum pinggangnya dirangkul rapat oleh Jungkook yang disangka masih tidur!

"Sabarlah noona, lagi 5 minit," ujar dirinya, sebelum memeluk Jihyo dengan lebih erat. Omo! Jihyo semakin berasa malu, pipinya merah padam. Kepalanya dirapatkan ke dada Jungkook, membenarkan Jihyo mendengar degupan jantung si teruna itu.

Jungkook sedari tadi sudah lama dia bangun, lebih awal dari Jihyo. Namun sengaja dia berpura-pura tidur untuk mengenakannya. Mata Jungkook sudah pun luas terbuka, dia menongkat dagunya di ubun-ubun kepala Jihyo. Tangannya ralit menggosok-gosok belakang Jihyo, dirinya tersenyum bangga. Alangkah indahnya kalau pagi-pagi aku bangun sebegini, di samping noona. "Sudah lenakah noona tidur?" tanya dirinya pula. Jihyo yang masih kaku itu hanya menggangguk. Jungkook tergelak kecil sebelum mencium ringan dahi Jihyo. Mata Jihyo terbeliak dengan tindakan Jungkook itu. "Mujurlah, noona tidur pun sehinggakan berdengkur," usik Jungkook lagi.

"Mana ada! S-saya tidur okey sahaja, tahu! Saya-" Jihyo menentang, tetapi sebaik dia mendongak ke atas, dia menyedari bibir mereka pula yang semakin rapat. Cepat-cepat, Jihyo kembali berselindung di dada Jungkook itu. "Saya tak dengkur pun," bisik Jihyo.

Keadaan itu kekal untuk beberapa minit seterusnya, kedua-dua mereka berasa tenang di samping masing-masing. Entah mengapa, Jihyo tidak pula marah akan tindakan Jungkook yang boleh disifatkan melampaui batas itu. Mungkin itu yang dia harapkan selama ini?

Sepanjang dia bersama Joongki, pelukan mesra sedemikian tidak menimbulkan apa-apa perasaan yang istimewa, meskipun mereka kembali bersama atas dasar "cinta lama". Lain pula dengan Jungkook, Jihyo berasa tenang berada dalam dakapannya.

"Noona, kalau boleh saya nak kita kekal lama-lama macam ini," tutur Jungkook. "Tapi..,"

Tapi? Dia tidak suka? Atau rimas? Atau bersalah? Jihyo pula fikirkan yang bukan-bukan.

"Tapi saya lapar, dan saya nak ke tandas,"



Jihyo menyediakan sup tauge untuk melegakan demam Jungkook yang masih terasa dedar. Tersenyum-senyum sendiri memikirkan mereka berdua di bilik tidur tadi. Makin bersemangat Jihyo memasak untuk sarapan mereka. Sambil Jihyo tekun mengacau sup yang mereneh, pinggangnya dirangkul dari belakang oleh Jungkook. Juraian rambutnya yang masih basah dirasai Jihyo, menunjukkan Jungkook baru sahaja selesai mencuci muka. Kepala Jungkook diketuk ringan dengan senduk kayu yang dipegang Jihyo. "Aduh, noona! Sakitlah!" dia mengadu manja. "Noona, kamu panggil ya? Saya cikgu kamu okey. Jangan berani pula nak panggil saya noona, Jeon Jungkook," Jihyo berpura-pura memarahi Jungkook, sebelum kembali memeriksa sup taugeh itu.

"Tapi noona suka juga pagi tadi," ujar Jungkook dengan perlahan, membuatkan Jihyo menjegilkan matanya. Jungkook tidak takut dengan jelingan Jihyo itu, malahan kembali memeluk dia dari belakang. Jihyo akhirnya tergelak sendiri, mengalah dengan Jungkook.

"Noona masak apa ni?" tanya Jungkook dengan manja. "Sup tauge untuk kamulah, kamu masih demam lagi, kan?" "Kalau macam tu saya kenalah demam hari-hari," " Kenapa pula macam tu?"

Tanpa segan-silu, Jungkook mengucup tepi dahinya. "Bolehlah noona masak untuk saya hari-hari," usiknya lagi, sebelum lari dari Jihyo yang mengejarnya sambil memedang senduk kayu tadi. "Hei, Jeon Jungkook! Kamu jangan nak lari ya? Mari sinilah!"
 
Meskipun diri terasa ingin memukul Jungkook kerana perbuatannya, kalau dia sesekali ditanya, Jihyo akui pagi itu adalah pagi cuti yang tidak akan sesekali dilupakan. Seolah-olah Joongki sudah hilang dari memori simpanannya. Hanya Jungkook yang memenuhi fikiran.

Dan Jungkook pula akui, dia sudah berjaya mendapatkan wanita yang dia cintai sejak penggal pertama persekolahan itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 28, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ M ] Irreplaceable NoonaWhere stories live. Discover now