Spotify playlist:
https://open.spotify.com/playlist/2sRGu7od9FXCQj8ViOi6uY?si=mU_gOX3URc-kHU9TvrW_ZA
Disember 2007, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, tempat yang padat dan baru berkembang pesat. Banyak bangunan yang sedang dibina dan stesen LRT mahupun MRT yang baru dibuka. Aku berdiri di bahu jalan sambil menikmati angin di bandar yang makin berkembang maju.
Aku mengeluarkan ipodku dari beg silangku, lalu memakai earphones pada telingaku dan memasang lagu kegemaranku iaitu 'Diari Seorang Lelaki' dari kumpulan 'Pretty Ugly'.
Klip rambut merahku aku betulkan dan melintasi jalan sampai ke bahu jalan yang seterusnya. Pada hujung minggu macam ni, memang jalan sangat sesak, lebih lebih lagi di sekitar kawasan Petaling Jaya dan Bandar Sri Damansara. Ni lah rutin aku setiap pagi hujung minggu jikalau tidak mempunyai kelas. Lepak di kaki lima, layan busking tepi jalan.
Tiba - tiba aku rasa aku rindu keluarga aku di Ipoh. Rindu nak dengar bebelan arwah ibu kat rumah sebab aku malas belajar dan leka bermain gitar akustik milik abangku.
'Kau ni kan, Johanna. Asyik main gitar tu je! Ingat, SPM dah nak dekat.'
Aku tersenyum sendiri apabila mendengar bebelan ibu yang terngiang-ngiang di kotak mindaku. Ibu sudah lama pergi meninggalkan kami sekeluarga kerana menghidapi kanser. Dia tidak sempat melihat aku berjaya masuk ke menara gading. Aku pasti, dia akan bangga melihatnya. Ibu, Johanna rindu ibu.
Aku mengambil jurusan kegemaranku iaitu komunikasi massa. Impian aku dari kecil ingin menjadi seperti Fara Fauzana, jadi penyampai radio yang terkenal dan 'multi-talented' seperti beliau. Tiba-tiba lagu lain berkumandang di iPodku. Lagu baru dari kumpulan indie iaitu Hujan yang sedang meningkat naik sekarang ini.
'Pagi yang gelap,
Kini sudah terang,
Aku adikmu,
Dan engkau abang,
Ku amat merindui kamu'Tiba-tiba aku teringat seseorang yang aku sayang dan masih ada di dunia ini. Abang aku, Amir. Aku dah beberapa lama tidak berjumpa dia sejak aku sambung belajar di sini. Dia pula menyambung pengajian di UPSI.
Konon dulu nak ambil jurusan 'arkitek' sekali masuk jurusan 'reka bentuk permainan'. Salah ambil kos katanya. Entahlah, alasan dia sebab tidak mahu berjauhan dengan abah.
Tiba-tiba aku terdengar suara seorang perempuan menyapaku, aku berpaling ke suara itu, ternyata itu adalah Daiyan.
'Joe!' Ye, nama aku Joe. Itu nama panggilan aku sejak dari kecil. Abang aku yang panggil aku mula - mula tu sebab aku time kecil dulu macam 'boyish' plus 'rebel' pastu 'avril lagvine wannabe'. Yang tu tak ada kaitan, tapi takpe lah.
'Yow, Daiyan! Kau buat apa kat sini?', tanya aku kepada Daiyan.
'Aku nak pergi kedai buku. Nak beli buku FIXI baru. Baek punya!' Daiyan ni memang 'kaki buku'. Kalau ada buku baharu, dia orang pertama yang serbu kedai buku tu.
Daiyan ni aku kenal dia kat konsert O.A.G. Itu first meet aku dengan dia but waktu tu sekadar 'hi hi bye bye' sahaja. Aku mula rapat dengan dia time konsert Pretty Ugly sebab kami perasan yang music taste kami sama. Kami minat indie dan oldskool. By the way, indie tu independent ye. Bukan india ok. Aku harap hidup kau tak selamat lepas ni kalau kau make it fun on it.
'Perh, buku haritu dah habis baca ke?'
'Dah, best sangat!'
'Oklah, Joe. Aku gerak lu. Bye!' Daiyan pun pergi dan hilang dari pandangan mata aku.
Aku pun bangun dan beredar dari situ. Aku pun berjalan disekeliling bandar Kuala Lumpur. Teringat lagu Noh Salleh dengan Altimet tu.
'Oh, Kuala Lumpur. Kisah seribu satu, abadi di jalananku.'
Sekali lagi aku teringat abang aku. Kenangan aku bersama abangku mula bermain di kotak mindaku.
'Abang, apa ni?! Eiiiiii, tak payah lah!', marah aku kepada abangku yang sedang menarik telingaku yang masih dibaluti tudung sekolah.
'Ohh, kau. Kau dah dating dengan member aku kat Blok Delta pastu dah kantoi dengan aku, tak mengaku pula. Dah lama kau dengan si Fazziq tu?'
Siang selepas habis persekolahan, aku jumpa Fazziq kat Blok kelas aku. Blok tu memang ramai orang, open place. Tapi, abang aku ni lah kecoh, macam aku tengah buat perkara tak senonoh pula.
Maklumlah, kapla sekolah.
By the way, aku dengan Fazziq Hakim a.k.a si 'mat salih celup' ni kawan rapat je, tak lebih dari itu pun. Tapi, tulah. Fazziq tu kuat berangan, beria. Tak pasal-pasal aku kena hentam dengan abang aku.
'Eiiiii, dating mende nya! Joe dengan si Fazziq tu kawan je. Lagipun dia yang nak jumpa Joe bukannya Joe yang nak sangat kat dia.', ujar aku kepada Amir a.k.a 'KAPLA' sekolah a.k.a abang aku.
'Apa kecoh-kecoh ni, Johanna, Amir? Kalau sehari tak gaduh tak boleh ke?' Tiba-tiba ibu turun dari tangga rumahku.
'Ibu, Johanna kan bu....dia dating kat sekolah, bu. Nasib kantoi dengan abang, kalau kantoi dengan cikgu disipin, ish, ish, ish....' Kau memang sial, Amir. Kau memang sial.
'Adik, kan ibu dah pesan. Jangan bercinta waktu macam ni. Kamu tu masih muda lagi tau tak. Pandai dah ye menggatal sekarang!' Dah mula dah bebelan dari Puan Irnada Sherena.
Ingatan itu mula pudar.
Aku tersenyum sendiri di kaki lima kedai yang masih belum beroperasi. Ya Allah, kalau lah aku boleh undur kembali waktu dulu.
Agak nya lah kan, mana lah keberadaan Fazziq Hakim a.k.a 'mat salih celup' tu? Makin hensem ke dia sekarang?
Aku pun bangun dan menyambung perjalananku bersama iPodku.
'Aku adikmu dah engkau abang, inginku ulang ke masa dulu.'
YOU ARE READING
PAGI YANG GELAP
Teen FictionIkuti kisah hidup Johanna atau Joe, seorang remaja yang ingin mencapai cita-cita nya dan pada masa yang sama ingin mencari abang nya yang sudah lama terpisah.