blurb

77 2 1
                                    

Nama diberi Galuh Cendera Kirana. Ya, namanya unik dan klasik. Jarang-jarang dengar nama macam tu. Tapi itulah. Dah ibunya berkenan dengan nama tu. Dia pun terima dengan hati terbuka. Bekerja sebagai seorang doktor di sebuah hospital swasta. Banyak ragam pesakit dia jumpa. Yang lain dia boleh terima. Tapi yang satu ni masalah betul.

"Encik, saya suruh makan ubat, kenapa encik tak makan?"

"Ubat tu tak sedap. Cuba carikan ubat yang sedap untuk aku"

Dia tahu salah dia buat lelaki itu masuk hospital. Dan-dan tu pula lelaki itu batuk dengan selesema. Apa yang dia boleh kata, pecah kepala dia jaga lelaki yang bernama Firash Aslan ni. Lagi susah dari jaga adik lelakinya.

"Encik stalk saya?"

"Eh aku banyak kerja lain dari nak stalk kau"

Kirana ingat pertemuan dia dengan lelaki itu hanya sampai situ saja. Terkejut bila mereka sama-sama terlibat dengan satu majlis. Dan setelah itu banyak kali mereka bertemu. Kirana naik menyampah kerana hanya lelaki itu yang muncul di setiap tempat yang dia pergi.

"Aku tahu ni mengarut tapi jom kahwin"

Nak pengsan Kirana bila Firash kata macam tu. Bukan tak mahu terima tapi bagaimana dengan penerimaan keluarga lelaki itu?

"Mati hidup balik pun aku tak terima dia jadi menantu aku"

Firash tidak kisah. Yang mahu dia jadikan isteri ialah Kirana. Mereka bernikah juga tanpa restu sang ibu lelaki.

Semua berjalan dengan baik. Mereka hidup bahagia tanpa sebarang gangguan. Sampailah satu hari muncul satu fitnah yang membuatkan Firash benci sangat-sangat kepada isterinya.

"Kau jangan sentuh aku, Kirana! Aku jijik dengan kau!"

Hanya kerana satu kesalahan yang dia langsung tak buat, semua tunding jari kepadanya. Bahkan ahli keluarganya sekali. Tiada siapa yang menyebelahinya. Sungguh, dialah manusia yang paling lemah.

"Aku mungkin buat benda tu dulu. Tapi demi Allah, aku dah cuci tangan"

Ada sesuatu yang tak diketahui oleh sesiapa termasuk ahli keluarganya.

"Setiap percaturan Allah itu mendatangkan hikmah. Maka, sebagai hamba Allah yang taat, bersangka baiklah dengan-Nya"

Firash menyesal dengan perbuatannya. Dia mahukan Kirana semula. Namun...

"Allah bagi saya hadiah, Firash. Hadiah yang tak ternilai"

Mungkin ini pengakhiran bagi kisah mereka. Dan mereka perlu terima dengan hati terbuka.

"اشهد ان لا الا الله، واشهد ان محهدا رسول الله..."

"Kerana dia, aku kenal betapa indahnya takdir yang diatur Engkau, ya Allah. Engkau kurniakanlah syurga buat dia. Sesungguhnya, dia adalah anugerah paling indah buat aku"

Syurga Buat Dia Where stories live. Discover now