Haniff dah tak ada jalan lain selain datang ke perjumpaan kali ini. Dia ditipu. Mereka kata ini bakal menjadi perjumpaan besar. Akan ada semua ahli keluarga mereka tetapi yang ada cuma keluarga mak long dan dia sahaja. Kalau dia tahu memang dia takkan hadirkan diri terus. Kalau dia datang seorang lagi menggeletis lah Christine itu.
Haniff yang baru tiba di situ menghalang Ryder iaitu pemandunya merangkap pengawal keselamatannya untuk ikut bersama. Ryder akan ikut Haniff kemana saja tetapu kali ini biar dia seorang yang hadap keluar ini.
"Just stay here. It won't take long" kata Haniff. Ryder angguk sekali.
"Come and join us, Yu Ze. Don't worry, I cooked only halal foods. It's all seafood" kata Wang Fen Qi. Haniff mengeluh kecil lalu salam tangan Wang Qi Xuan iaitu bapa kepada Christine. Mereka juga salah satu mangsa kahwin paksa dulu sebab itu nama keluarga mereka sama.
"叔叔, 你好? (Pakcik, sihat?)" soal Haniff kepada Wang Qi Xuan.
"好。谢谢你这次跟我们一起吃饭,雨泽.(Sihat. Terima kasih sebab sudi sertai kami untuk makan malam kali ini, Yu Ze)" kata Wang Qi Xuan. Haniff tersenyum manis.
Kaki bergerak ke sebelah kiri Wang Qi Xuan untuk duduk di situ memandangkan disebelah kanan Wang Fen Qi sudah duduk.
"I'm so glad that you made it tonight, Yu Ze" kata Wang Fen Qi dengan senyuman lebar.
"Yu Ze!" Jerit Christine yang baru datang ke ruang makan itu. Dia berlari ke arah Haniff.
Haniff bingkas bangun untuk mengelak pelukan Christine. Dia dah agak yang Christine akan tunjuk belangnya.
"Christine, watch your attitude. He's a muslim. I told you so many times you can't touch him until you guys get married" kata Wang Qi Xuan.
Walaupun ayah Christine salah satu pembangkang untuk penerusan adat keturunan ini tetapi ini saja cara untuk Christine berhenti menggeletis dengan Haniff sekarang.
Christine menjeling tajam sebelum kaki dihentak sekali. Dia duduk di sebelah Haniff. Haniff menarik kerusi jauh sedikit daripada Christine yang terlalu dekat dengannya.
"Where's my flowers?" soal Christine. Tangan ditadah kepada Haniff.
"I don't have time to buy them" kata Haniff selamba.
"How could you! You already promised me! I don't want to eat until you buy me flowers" kata Christine. Tangan disilang di atas dada tanda protes.
Haniff menggenggam buku limanya. Bibir diketap. Dia cuba bersabar dengan sikap manja minta penampar Christine. Sejak bila dia janji untuk belikan bunga untuk minah ini pun tak tahu lah.
"Christine, it's just a flowers. I will make sure Yu Ze buy them next time. Please, don't be like this. Eat, sweetheart" pujuk Wang Fen Qi.
Wang Fen Qi risau kerana Christine pernah mogok lapar dulu sebab Haniff beritahu semua ahli keluarga Wang yang dia takkan kahwin dengan Christine. Dua minggu Christine mogok lapar sampai masuk hospital.
Haniff tayang wajah selamba. Ini juga salah satu sebab kenapa dia tak nak datang sini. Mengada Christine mengalahkan budak kecil.
Wang Qi Xuan mengeleng lemah. Malu dengan sikap anaknya yang kebudak-budakkan.
"No, I want Yu Ze to persuade me" kata Christine. Suaranya naik seoktaf.
"Yu Ze, can you?" panggil Wang Fen Qi lembut. Isyarat mata diberikan. Haniff sengaja buat-buat tak faham.
"Christine, I'm sorry. Please eat now and stop acting like a 5 year old kid" kata Haniff selamba. Wajahnya sungguh tidak ikhlas.
"Mummy!" Jerit Christine lagi.
YOU ARE READING
WANG FAMILY
RomanceCerita NANIFF yang tergantung sepi dari cerita Aryan sebelum ini... REMINDER: Baca cerita KAU TETAP SEMPURNA dahulu baru boleh datang ke sini👍 START: 5/9/2024 END: - {READ AT YOUR OWN RISK}