"Lama ke kau tunggu aku? Tak sangka kau betul-betul datang ambil aku" kata Nabila dengan penuh gembira. Haniff memerhati dari kejauhan.
"Dah sampai Malaysia nanti kita buat haluan masing-masing" kata Nabila.
"Kenapa pula? Saya dah katakan saya takkan lepaskan awak. Saya ni suami awak" balas Haniff.
"Eh, kau ni bodo ke? Kita kahwin senyap-senyap kau tahu tak? Kau nak ayah aku mati terkejut ke dapat tahu aku balik dari Paris bawa lelaki bergelar suami aku?" marah Nabila. Cakap tak serupa bikin mamat ni.
"Sampai je Malaysia kau dengan hal kau, aku dengan hal aku. Jangan call, text or kacau aku sampai aku sendiri call kau kata nak balik. Faham tak?"
Haniff dapat rasakan sesuatu yang tak kena dengan Nabila.
"Bila yang awak rasa awak akan call ajak saya balik?" soal Haniff.
"Entah." Sepatah jawapannya.
"Dari segi apa yang dah jadi dekat sana mungkin lepas setahun or dua tahun" kata Nabila selamba.
"Setahun? Awak dah gila?! No, saya bagi awak masa sebulan saja lepastu kita balik Paris semula" kata Haniff.
"Kau nak ibu ayah aku tahu ke pasal kita? Ke kau nak aku meroyan macam orang gila sampai kita bercerai lepastu semua rancangan kau hancur" kata Nabila penuh sinis. Mata Haniff ditatap dalam.
"Ok fine. Saya setuju tapi saya akan pantau awak dari jauh. Selagi awak sedar status awak sebagai isteri orang saya takkan kacau hidup awak" pesan Haniff pula.
"Deal."
"Tak ada apa lah. Lagipun permintaan kawan baik takkan aku nak tolak" kata Khairul.
"Sebab tu aku sayang sangat dekat kau. Kau kawan terbaik aku" puji Nabila. Khairul berdehem tanda bangga diri.
"Well, aku ni hensem, baik, kaya, banyak orang minat, banyak orang sayang. Tapi dalam banyak-banyak orang yang sayang aku, kau paling aku sayang. Kau tahu kan sebab apa?" Nabila senyum kekok. Hujung kepalanya digaru. Lain yang dicakap lain pula dia balas.
Haniff genggam buku limanya. Rahang diketap rapat. Kalau diikutkan nak tumbuk-tumbuk muka si Khairul tu tapi sebab tidak mahu kehilangan Nabila dia tahan.
"Nabila, kau tahu kan aku suka kau? Dan dah banyak kali kau reject aku" kata Khairul.
Haniff senyum sinis. Tangan disilang ke atas dada.
"Tapi kali ni aku betul-betul serius. Please terima lamaran aku" kata Khairul.
Haniff dah panas telinga, panas hati. Kaki bergerak laju ke arah mereka.
Nabila yang ternampak Haniff dari belakang Khairul yang sedang menghampiri mereka seperti singa kelaparan terus menjerit.
"Jangan!" Terkejut semua orang. Jeda seketika.
Hanya beberapa langkah lagi saja Haniff akan mendekati mereka.
"Kenapa kau tiba-tiba jerit, Nabila? Apa yang jangan? Apa yang kau tengok?" Khairul pusing ke belakang tetapi dihalang Nabila.
"Jangan pandang belakang!" Khairul memandang Nabila dengan pandangan pelik.
"Ma-maksud aku, jangan bercakap fasal benda ni boleh tak sekarang? Kau pun tahu kan yang aku anggap kau sebagai kawan je, tak lebih dari itu?" Khairul angguk faham.
"Dah lah jom balik. Aku dah rindu sangat nak jumpa dengan ibu ayah aku" kata Nabila.
Mereka pergi menaiki kereta Khairul. Haniff memandang kereta mereka meluncur laju membelah jalan.
YOU ARE READING
WANG FAMILY
RomanceCerita NANIFF yang tergantung sepi dari cerita Aryan sebelum ini... REMINDER: Baca cerita KAU TETAP SEMPURNA dahulu baru boleh datang ke sini👍 START: 5/9/2024 END: - {READ AT YOUR OWN RISK}