Haniff pulang ke Paris selepas dua minggu di Malaysia. Ada mesyuarat penting dengan orang atasan yang perlu dia hadiri.
Hotel dia masuki bersama Ryder. Semua pekerja yang lalu lalang di situ menunduk hormat kepadanya.
Kerjanya dilakukan seperti biasa. Mesyuarat dijalankan tanpa gangguan.
Di satu lagi sudut, Nabila yang sedang seronok menikmati kehidupannya. Bekerja, bergurau senda dengan rakan-rakannya.
Waktu senja, dia berjalan dipantai seorang diri. Lama dia tidak ke pantai yang sudah menjadi tempat kegemarannya untuk menenangkan jiwanya yang bercelaru.
Punggung dilabuhkan di atas pasir. Dia memeluk lutut sambil menikmati pemandangan senja yang indah.
"Kenapa kau kemas bilik ni, Talam?" soal Nabila apabila dia berjalan melalui koridor situ.
"Sebab tetamu bilik ni dah balik?" Hisham kembali menyoal.
"Balik? Bila?" soal Nabila. Hisham jongket bahu tanda tidak tahu. Nabila angguk kaku lalu pergi dari situ.
Nabila mengeluh kecil sambil melihat lautan yang luas di hadapannya.
"Nak balik tapi tak bagitahu aku sepatah pun. Mula-mula dia yang beria tak nak berpisah dengan aku, sekarang dia pergi tanpa ucapan selamat tinggal... Biarlah dia! Asalkan dia dah tak paksa-paksa aku, dah tak kacau hidup aku lagi" kata Nabila.
"Kau cakap dengan siapa, Nabila?" soal Khairul yang tiba-tiba muncul.
Nabila menoleh memandang Khairul.
"Dah lama ke kau kat sini?" soal Nabila.
"Tak ada lah lama sangat. Kau ok ke tak?" soal Khairul. Punggung dilabuhkan disebelah Nabila.
Nabila angguk kepala.
"Kalau kau ada masalah, kau tahu kan aku ada untuk dengar semua masalah kau?" Nabila senyum kekok.
"Ya, aku tahu. Semua kawan aku ada untuk aku bila aku susah senang. Cumanya..."
"Cuma apa?" soal Khairul.
"Tak ada apa-apa lah. Dah lah jom balik. Dah nak dekat magrib" kata Nabila lalu bangun dan terus pergi dari situ. Sebelum Khairul merepek lagi baik dia balik sekarang.
Khairul memandang pemergian Nabila.
"Happy birthday Nabila" kata Khairul.
Nabila sambut huluran bunga yang besar daripada tangan Khairul.
"Terima kasih, Kerol. Ingat juga kau birthday aku eh. Ingatkan dah lupa sebab dah jumpa kerja lain jauh dekat KL sana" sindir Nabila.
"Rezeki kita tak boleh atur. Nak dekat atau jauh itu ketentuan Allah. Yang penting jodoh aku tak lari jauh" kata Khairul. Nabila angguk laju.
"Nabila, aku nak cakap sikit boleh?"
"Cakap je lah, macam tak biasa" kata Nabila.
"Aku akan sentiasa doakan kau dapat jodoh yang baik. Yang pandai jaga kau, sayang kau, cintakan kau dunia akhirat."
"Amin.."
"Aku doakan juga orang itu adalah... aku" kata Khairul selamba. Nabila terkaku.
"Sejujurnya aku dah lama sukakan kau, Nabila. Memang mengejutkan dan pelik sebab kita dah berkawan sejak kecil and selalu bergaduh. Tapi cinta tak kenal siapa" jelas Khairul.
"Kau cakap apa ni Kerol? Ni prank eh? Kau saja nak prank aku kan? Mana diorang menyorok? Najwa! Talam!"
"Nabila. Aku betul-betul serius ni. Tak ada sesiapa dekat sini yang menipu kau. Aku jujur, ikhlas dari hati aku sukakan kau" jujur Khairul.
YOU ARE READING
WANG FAMILY
RomanceCerita NANIFF yang tergantung sepi dari cerita Aryan sebelum ini... REMINDER: Baca cerita KAU TETAP SEMPURNA dahulu baru boleh datang ke sini👍 START: 5/9/2024 END: - {READ AT YOUR OWN RISK}