🎶Nicky Tirta ft. Vanessa Angel - Indah Cintaku🎶
Ku tak melihat dari sisi sempurnamu
Tak peduli kelemahanmu
Yang ada aku jatuh cinta karena hatimu
Cintaku tak pernah memandang siapa kamu
Tak pernah menginginkan kamu lebih
Dari apa adanya dirimu selalu
Cintaku terasa sempurna karena hatimuSelalu menerima kekuranganku
Sungguh indah cintaku
.
"BABAH setuju," ucap babah sejurus melabuhkan punggung di atas sofa. Hari ini, hari pertama aku membuat keputusan untuk keluar dari bilik untuk menonton televisyen di luar bilik. Terkebil-kebil mataku mereaksi bapa kandungku yang tiba-tiba datang dan bersuara.
"Apa maksud, babah?" Sejak pulang dari hospital dulu, aku memang lebih suka berdiam diri walaupun babah sering cuba berbual denganku. Tapi, kali ini aku terus menyoal semula. Reaksi babah pun nampak serius dan tidak tenang seperti selalu.
Kenapa nama Zafran tidak berhenti bermain dalam kotak fikiran aku sejak beberapa hari yang lepas? Malah, sejak pulang dari jumpa dengan Wafa, ibunya juga sering menelefonku untuk bertanya khabar.
"Ada orang nak masuk meminang Aisy dan babah dah setuju. Tak perlu apa-apa acara sebab babah pun tahu Aisy tak suka keramaian. Cukup tiga minggu, Aisy nikah."
Nafasku terasa tersekat di rongga. Jadi apa yang Zafran katakan memang betul. Aku ketap gigi sendiri, rapat. Tangan dikepal erat, geram.
"Kenapa babah setuju tanpa berbincang dengan Aisy? Babah sedar tak semua ini berkaitan masa hadapan Aisy. Aisy pun tak habis belajar lagi." Aku masih cuba mengawal nada sendiri. Hatiku bagai ditoreh lagi dan lagi.
"Babah tahu perkara ini memang berkaitan masa hadapan Aisy, sebab itu babah setuju. Lagipun keluarga kita dan dia memang ada hubungan yang baik. Aisy kan tangguh semester ini sebab nak fokus rawatan. Lagipun tinggal dua semester lagi saja kalau termasuk pratikal."
Ternganga aku dibuatnya. Jin mana yang rasuk babah ini? Sebelum ini babah sangat menghalang aku dari mempercayai mana-mana lelaki. Takkan dengan satu pinangan dari keluarga Zafran dah boleh buat babah berubah arah?
"Babah yakin dia boleh jaga Aisy yang degil ni."
"Tipu! Babah tipu! Babah mesti dah termakan racun yang isteri babah sajikan, kan?" Aku dengar dari Zafran sendiri yang ibu dia berbincang dengan perempuan itu! Jadi tidak hairan jika babah tiba-tiba berubah angin. Pasti sebab ikut cakap bini baru!
"Mulut tu jaga sikit, Aisy Lilian. Mama ada dekat dapur sana tu." Babah mengeluh panjang. Tapi, aku lagi tidak kisah. Biarlah kalau dia dengar pun, memang tak patut pun mereka nak atur hidup aku.
"Kalau babah nak sangat halau Aisy, Aisy tak kisah. Aisy boleh kahwin tapi dengan pilihan Aisy sendiri! Babah tak boleh paksa Aisy kahwin dengan orang yang Aisy tak cinta macam Zafran." Aku menoktah dengan geram. Amarah mengalir di setiap penjuru hati.
Aku benci babah!
"This is for your own good, Aisy Lilian. Baiklah kalau Aisy tak mahu kahwin. Babah lagi suka tapi Aisy kena berbaik dengan mama. Aisy tak boleh kurung diri dalam bilik dan main dengan Arash."
YOU ARE READING
One: Untuk Sekali Lagi
Romance"One advice." "Take care, abang." "I will, cinta." "One request." "Don't forget me." "Of course, my wife." "Then, one wish." "Be happy even I'm not here anymore." "I will try, cinta hati." "One truth." "I will always love you, Aisy Liliann." Dan, ak...