Anis memasukkan barang terakhir ke dalam lokernya. Penat juga kemas semuanya dalam satu hari. Peluh di dahi, dilap. Dia menghempaskan badan ke katil. Mahu melelapkan mata sementara tunggu waktu Asar.
Kolej yang dia duduki ini agak luas biliknya. Dan, dia ambil bilik yang mempunyai empat orang penghuni. Sebut pasal itu, tiga orang lagi teman biliknya masing-masing keluar bersama keluarga buat kali terakhir.
Jadi, agak sunyi bila seorang diri di situ.
“Bilalah diorang nak balik? Bosan..” Ujar Anis, perlahan nadanya.
Pintu bilik dia biarkan terbuka luas. Takut pun ada biarpun hari masih terang. Tapi, siapa tahu apa akan jadi? Bilik ini pun sudah lama tidak mempunyai penduduk sejak sebelum dan selepas pandemik Covid-19 dulu.
Meremang bulu roma Anis bila fikirkan.
Matanya merenung siling. Bunyi notifikasi dari telefon pintarnya, dia hiraukan. Seminggu sebelum mula kuliah, adalah minggu orientasi dijalankan.
Dia ada mendengar, semester satu sampai semester dua wajib duduk di kolej dalam universiti. Entahkan betul atau tidak, dia juga tidak pasti.
Posisi baringnya diubah ke meniarap. Pandangan menghala ke arah tingkap. Betul-betul menghadap jalan raya. Jadi, nampaklah masih banyak kereta ibu bapa menghantar anak-anak.
Anis senyum, tipis.
“Lucky them.”
Dia sembamkan wajah ke bantal.
---
“Hari ni, kita kenal-kenal dulu.”
Seminggu selepas minggu orientasi adalah minggu pertama kuliah bermula. Selalunya, para pelajar sibuk mencari lokasi kelas, berkenalan dengan pensyarah yang mengajar mereka, dan banyak lagi.
Pertama kali Anis melangkah keluar dari kawasan selain kolejnya, dia berasa teruja. Alam universiti yang memang lain dari alam persekolahan.
Pelbagai jenis ragam dan karenah manusia muncul. Semuanya muka-muka baharu, tidak pernah bertemu lagi.
Anis ketawa kecil.
Kemudiannya, dia memberi sepenuh perhatian kepada kawan kelasnya yang sedang mengenalkan diri. Kebetulan juga, salah seorang teman biliknya iaitu Natasa berada di dalam kelas yang sama.
Jadi, mereka bergerak sekali dari kolej ke kelas.
“Anis, lukis apa tu?” Natasa bertanya.
Anis terus merenung tangannya. Di muka surat yang terbuka itu, sudah ada beberapa contengan.
Aduh, terleka pula!
“Saja..” Jawabnya sambil tersengih.
“Lepas ni, giliran kau.”
Anis angguk.
---
“Okay ke kelas hari ni?” Anis yang berada di meja belajar, tersentak. Dia menoleh ke belakang.
Ada dua teman biliknya, Afifah dan Syuhada yang sedang merenung ke arah dia dan Natasa. Anis mengusap-usap dagunya.
“Okay je. Kenapa ? ” Natasa membalas pertanyaan Afifah.
“Hmm..kenal-kenal diri je baru. Belum start belajar.” Tambah Anis.
Afifah dan Syuhada angguk.
“Samalah. Tapi, aku ada sorang lecturer tu dah mula dah. Tak sempat apa lagi.” Di hujung bicara, Afifah meletuskan tawa.
Anis, Syuhada dan Natasa juga tertawa sama.
“Kadang-kadang, ada lecturer macam tu. Nak habiskan silibus awal, maybe.” Syuhada berkata.
Afifah mencebikkan bibir.
“Kau macam mana, okay ke? ” Giliran Natasa bertanya pada Syuhada.
Kedengaran bunyi keluhan dari gadis itu.
“Classmate aku semua perempuan.” Anis menjongketkan kening.
“Baguslah tu! Takdelah malu sangat.” Sorak Natasa. Disokong oleh Afifah. Hanya Anis yang tidak memberi respons.
“Tapi, diorang macam semacam je dengan aku.” Luah Syuhada.
Anis masih tidak bereaksi.
“Perasaan kau je..kot?” Afifah cuba menyenangkan hati Syuhada. Tidak mahu kawan biliknya itu berfikiran negatif.
Natasa bersetuju.
---
“Nak group sekali tak untuk assignment subjek ni?” Semua sudah sibuk mencari ahli kumpulan. Anis dan Natasa berbalas pandangan, sesama sendiri.
“Kita dua je lah.” Ujar Anis.
Natasa senyum sambil kepala dianggukkan.
“Yang lain, nanti kita chat dalam group kelas. Sekarang ni, tak payah pening fikir.” Tangan Anis mencatat nota sambil berbicara dalam yang perlahan, khas ditujukan untuk Alieya.
“Okay, boss!”
---
to be continued.

ANDA SEDANG MEMBACA
Can I be Her?
Romance"Wish I could be the one you talk about in all your stories." start: 20 Feb 2024 end: (DD / MM / YYYY)