Bab 2 - second sem

2 1 0
                                        

“Nak masuk kelas kami?” Natasa bertanya semula kepada Syuhada, sekadar menginginkan kepastian. Ketika itu, hanya ada mereka berdua termasuk Anis yang sedang memakai baju.

“Kenapa tiba-tiba?” Anis menyampuk, masih lagi berdiri di hadapan loker.

“Um..diorang memang tak sukakan aku. Setiap kali group assignment, mesti aku orang last yang tercari-cari member. Korang rasa?” Luah Syuhada.

Air mata sedikit sahaja lagi mahu tumpah.

Anis hela nafas.

“Kena contact koordinator program, takpun advicee kita. Rasanya, aku ada save nombor Madam Firdaus.” Katanya. Telefon yang berada di atas katil, diambil.

Advicee, atau dalam bahasa Melayunya Penasihat Akademik, adalah dalam kalangan pensyarah mengikut fakulti. Anis dan Syuhada di bawah advicee yang sama.

Jadi, senang jika ada apa-apa.

“Tolong, Anis..”

---

Setelah berjaya proses penukaran kelas untuk Syuhada, mereka beritahu Afifah. Roommate mereka seorang itu terkejut juga. Kerana, semasa minggu orientasi, ada juga senior terangkan pasal kelas untuk setiap program dan diselitkan beberapa pesanan.

Antaranya...

'Kelas ni stay sampai semester terakhir. Tak boleh tukar.'

Itulah apa yang dipesan, seingat Anis.

“Wah, tak sangka dapat! Okaylah tu, korang bertiga.” Ujar Afifah.

Syuhada senyum, puas hati.

“Lepas ni, kita gerak sekalilah, kan?” Natasa dan Anis angguk.

“Bestnya kelas sekali.”

Anis memandang Afifah.

“Masuklah jugak dalam kelas kitorang.” Katanya sambil tersengih.

Afifah laju menggeleng.

“Dah selesa kelas sekarang, buat apa tukar?”

“Faham.” Serentak, Syuhada dan Natasa membalas.

---

Semester kedua pun, tiada apa yang istimewa. Anis merenung gambar-gambar lama dalam telefonnya. Sekarang ini, dia dalam fasa memujuk hati sendiri.

Lama dia menyimpan perasaan terhadap kawan sekelas dengannya ketika sekolah menengah. Hanya sakit hati yang dia dapat.

Telefon, ditutup.

‘Harap tak berulang.’ Dia sedaya-upaya menutup hatinya agar tidak terjadi lagi.

Jatuh hati pada kawan sendiri.

Kawan sekelas.

Dia serik.

Walaupun, ketika kali pertama berjumpa, dia sudah tertarik dengan seseorang. Tapi, dia cuba untuk menidakkan.

Menafikan.

Dan, menyembunyikan.

---

to be continue.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jul 17, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Can I be Her?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang