Nama aku Aria tapi semua kenalan aku panggil aku Reyya. Biasalah masa sekolah menengah ni nak kasi glamour sikit nama guna lah nama reyya tuh.
So cerita ni bermula masa aku umur 16 tahun, dalam tingkatan 4 macam tu, aku dipindahkan ke sekolah menengah berasrama penuh di Johor atas sebab family aku akan ikut Dad yang dipindahkan tempat kerja ke Sabah dan aku pula kalau balik dari asrama akan tinggal di rumah aunty Sarah, adik kepada Dad yang masih bujang untuk temankan dia sebab dia tinggal sorang.
Selepas sahaja aku mendaftar di pejabat pentadbiran, sorang akak senior berbaju sekolah biru bawa aku ke kelas aku iaitu kelas 4 Alamanda, kelas teras sains stream.
"Akak kelas apa?" Tanyaku. Saja.. nak hilangkan awkward nya berjalan ke kelas kalau tak ada sembang-sembang..
Akak tu pandang aku sekejap. Pastu sambung jalan balik.
"Akak kelas 5 Alamanda, kita sama teras" terang akak tu.
"Wahh, so bolehlah saya tanya akak kalau ada apa apa tak faham kannn? Hehe.. saya Reyya, akak nama apa?" Tanyaku lagi, sudah mula excited.
"Boleh jer, nanti-nanti datang je kelas akak, kelas kita sebelah je. Nama akak Felicia tapi semua panggil akak Icha je"
Tak lama tu, kami pun dah sampai dan Kak Icha pun masuk ke kelasnya. Laahh, depan tu je kelas kami terpisah dengan dinding aje.
Dalam kelas aku ada Cikgu yang sedang mengajar, dan aku pun ketuk pintu.
"Pelajar baru ke?" Tanya cikgu Lelaki itu. Dan aku hanya mengangguk laju.
"Masuk, sila perkenalkan diri kamu didepan"
Aku kedepan dan perkenalkan diri."Hai semua, nama saya Aria Thompson, biasa orang panggil Reyya je."
"Baik, kamu boleh duduk sebelah Jasmin dekat bahagian tengah belakang sana" tutur cikgu itu lagi.
"Baik cikgu"
Aku pun bergegas ke tempat duduk ku lalu keluarkan buku ikut tajuk harini.
"Haii Reyya, aku Jasmin" sapa Jasmin sambil hulur tangan dengan senyum lebar. Senyuman dia manis sangat aku pun terikut senyum jugak.
Jasmin ni kecik je tapi curvy jugak badan dia, berbanding aku tinggi dia sampai telinga jugak sebab aku pun bukan tinggi mana hehe, mata dia colour coklat terang dengan rambut curly paras bawah sikit dari bahu. Kulit dia putih melepak dengan sedikit freckles di bahagian bawah mata dan hidung. Serius comel. Bibir pun pink dan dia ada apply lip oil so nampak glossy gitew.
Sepanjang kelas sampailah waktu rehat, aku dan Jasmin bercerita tak sudah dan lepas sekolah Jasmin janji nak bawa aku touring keliling sekolah lepas aku dah dapat kunci bilik asrama.
Yang bestnya Jasmin kata asrama tak ketat langsung peraturan cumanya bilik kena sentiasa kemas dan tak ada kes kecurian.. wuish jarang tuhh
Sepanjang kami berkongsi cerita tu, aku dapat tahu yang Jasmin jenis lonewolf jgk la, takda kawan rapat just kenalan sebab dia suka tolong orang. Dari cikgu ke kawan sampailah makcik cleaner dan makcik canteen semua kenal dia tapi menurut Jasmin, dia nak aku jadi kawan pertama dia sebab aku pun jenis lonewolf jgk masa kat sekolah lama.
YOU ARE READING
Curious and Courage
Teen Fictionpengalaman aku masa masih jadi budak menengah atas sampai diploma dulu~ maleh nk tulis desc, korg nk tahu, baca sendiri Untuk yang nak tahu ending, cukup aku cakap aku dan dia still lovers..